Funny

Funny

Sunday 3 November 2013

Budi (Bahagian IV)

        Sepanjang cikgu mengajar di depan,aku terasa seperti ada orang mencuit lenganku dari sebelah kanan ku.Apabila aku memaling ke arahnya,dia melambai dan tersenyum kepadaku.Senyuman nipis terukir di bibirku dan aku ternampak tanda namanya,ianya tertulis 'Dongwoon'.Orangnya berkulit cerah dan muka seperti orang asing.Di sebelah Dongwoon pula,pelajar itu memandangku dengan pelik.Aku tak berapa nampak tanda namanya tapi aku pasti dia orang Korea kerana mukanya seperti orang Korea.Dongwoon memberi isyarat tangan yang sukar difahami.Mejaku dihentak kuat oleh cikgu di depanku.Bahuku terangkat sedikit dan semua orang memandang ke arahku.Cikgu itu berdehem,"Hmm...Eric,kamu ni...baru hari pertama masuk kelas saya dah buat hal? Kamu sepatutnya tumpukan perhatian pada kelas,bukan kawan baru!!" marah cikgu.Mukaku terasa panas dan ikutkan hati,mahu aku tendang cikgu di hadapanku ni.Selepas itu,cikgu berkata,"Biasa la...anak orang kaya...tak payah belajar pun tetap pandai..." Aku mengenggam tanganku dengan kuat.Kenapa? Kenapa cikgu cakap camtu? Tanpa ku sedari,air mataku mulai gugur dan aku berlari keluar dari kelas.Aku tidak mempedulikan orang yang lalu-lalang yang melanggarku,yang aku tahu,aku nak mati!

        Aku terus berlari dan berlari,aku sudah tidak peduli dengan keselamatan ku lagi dan ketika aku menuruni tangga,aku terasa tubuhku seperti melayang ke bawah dan ada sepasang tangan memeluk tubuhku dan terjatuh ke bawah.Aku membuka mataku dan ternampak Kris berbaring di situ,tidak sedarkan diri. "Kenapa? Kenapa kau selamatkan aku? Aku nak mati tetapi kenapa kau selamatkan aku?!" kataku sambil memukul badan Kris.Kris tidak memberi sebarang reaksi dan ku lihat darah mengalir keluar dari kepala Kris.Aku mula diserang perasaan takut tetapi entah kenapa aku bukan menjerit meminta pertolongan sebaliknya aku menciumnya. Aku tak pasti apa yang ku lakukan ni tetapi aku dapat rasakan ada tangan yang memegang bahagian belakang tengkukku.Dalam diam-diam,Kris membuka matanya perlahan dan saat terdetik dalam hati Kris untuk berkata,"Adakah kau betul-betul sukakan aku? Tetapi aku pasti kau akan bersedih bila tahu aku bukan seperti yang kau sangka."

       Bau-bau ubat menusuk ke dalam hidungku dan cahaya lampu menyilaukan mataku."Aku kat hospital ke?" kataku,perlahan.Tiba-tiba,satu suara menjengah ke telingaku."Awak dah bangun ke?" Terkejut aku mendengar suara itu dan aku terus bangun terduduk.Siapa perempuan ni? Budak kelas aku ke? Aku memandang sekeliling,suasana hospital yang sangat aku benci dan Dongwoon,yang tersenyum lega melihat aku sudah sedar."Eric,nasib baik kau dah sedar,risau kitorang sebab kau pengsan tadi." kata Dongwoon. Aku berasa pelik,bila masa aku pengsan? "La...kau tak ingat ke? Tadi kau pengsan masa kau jatuh tangga tadi.Lepas tu,terkocoh-kocohlah Kris hantar kau pergi hospital sebab risau sangat." kata perempuan seorang lagi.Aku cuma mengiyakan sahaja."Err...siapa nama awak semua?" tanyaku,pelik.Dongwoon menepuk dahinya."Aishh...lupa pula,nama aku Dongwoon,perempuan yang terkejut kau tadi,Sunhwa dan yang ini, Ailee." kata Dongwoon sambil menuding jari ke arah Ailee."Dan ada seorang lagi,nama dia Heechul,dia pergi keluar beli air kejap sebelum kau sedar." kata Dongwoon lagi."Mana Kris?" Soalan itu terpancul keluar dari mulutku."Kris...dia dah balik tadi.Kepala dia berbalut sikit sebab selamatkan kau." kata Dongwoon lagi.

No comments:

Post a Comment