Funny

Funny

Wednesday, 19 March 2014

60 Saat (Bahagian II)

“Hyunnie!”

Luhan menerpa ke arah Woohyun yang sedang duduk di kafeteria. Woohyun seakan tidak dengar panggilan Luhan tadi dikejutkan oleh Hoya, yang datang dari mana.

“Oh, mak kau terkejut!”

Hoya tergelak apabila Woohyun melatah.

“Mak aku tak terkejut, kau yang terkejut!”

Hoya membalas seraya dengan ketawanya. Merah muka Hoya menahan tawanya melihat muka Woohyun yang semakin merah. Luhan yang datang terus menepuk bahu Hoya dengan kuat.

“Hey, hey, cukuplah tu mengusik dia. Eh, Woohyun, kenapa kau tak datang ke dewan kuliah tadi?”

“Err… aku bangun lewat tadi. Dah la lewat, terlanggar orang pula tu, haihh…”

Hoya mengerutkan dahinya.

“Tapi kau still boleh masuk lagi, tau tak? Tadi Prof ada tanya pasal kau.”

Kata-kata Hoya tadi ada benarnya. Woohyun masih boleh masuk ke dewan kuliah walaupun sudah lewat tetapi Woohyun memilih untuk duduk di kafeteria kerana terlalu memikirkan lelaki yang dilanggarnya tadi. Luhan dan Hoya berpandangan sesama sendiri. Serentak Hoya dan Luhan menyergah Woohyun.

“Oh mak kau meletup-meletup!”

Luhan dan Hoya ketawa terbahak-bahak mendengar Woohyun melatah tadi. Dongwoo, seorang pelajar senior, memerhatikan gerak-geri Woohyun daripada tadi. Dia tahu apa yang berlaku pada Woohyun tadi. Dia tahu siapa yang dilanggar Woohyun tadi.

“Donggie-ya…kenapa termenung ni?”

Dongwoo menggeleng kepalanya perlahan.

"Tak, sayang. Donggie cuma teringat pasal sayang je."

60 Saat (Bahagian I)

Kedengaran tapak kaki melangkah setapak demi setapak. Jiyeon menggelengkan kepalanya. 

“Haiya, ya, ya... habis bersepah baju.” 

Jiyeon mengambil baju tersebut dan memasukkannya ke dalam bakul. Jiyeon berjalan menuju ke pintu bilik Woohyun. Jiyeon berdiri kaku di depan pintu bilik Woohyun. Belum sempat Jiyeon mengetuk pintunya, Woohyun meluru keluar. Jiyeon yang tidak sempat berbuat apa-apa terjatuh ke belakang. Woohyun yang ternampak Jiyeon sudah terjatuh cepat-cepat menolongnya bangun.

“Haiyah! Sorry, Ji, sorry, nak cepat tadi. Aku pergi dulu!”

Woohyun terus berlari ke arah pintu dan meluru keluar dari rumahnya. Jiyeon kenal benar dengan sikap Woohyun yang suka bangun lambat untuk pergi ke kolej. Sudah 2 tahun Jiyeon tinggal serumah dengan Woohyun tetapi mereka tidak pernah suka sesama sendiri. Hanya kawan sahaja. Tak lebih dari itu.

**********

Woohyun berlari menuju ke tempat kolej. Sesekali matanya melirik ke arah jam tangannya. Dah nak masuk pukul 9 pagi. Dia betul-betul sudah lewat. Sewaktu Woohyun berlari, Woohyun telah melanggar seseorang dan menyebabkan buku yang dibawanya terjatuh bersepah di atas jalan.

‘Ah, mati aku macam ni!’

Woohyun berbisik dalam hati sambil mengutip bukunya. Orang yang dilanggarnya turut membantunya. Sewaktu orang itu menyerah buku itu kepada Woohyun, belum sempat Woohyun mengucapkan terima kasih, orang itu telah pergi. Woohyun melongo sendiri. Cepatnya dia hilang. Woohyun mengerling ke arah jamnya. Saat itu Woohyun baru sedar kejadian tadi hanya berlaku selama 60 saat. Lewatnya sudah tidak dipedulikannya lagi. Woohyun mahu tahu siapa orang itu.

Sunday, 16 March 2014

60 Saat (Sinopsis & Watak)

Sinopsis:
Mengisahkan seorang lelaki bernama Woohyun yang sentiasa ceria dan gembira dalam kehidupannya. Kehidupannya mula berubah apabila dia bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Sunggyu, yang hanya muncul selama 60 saat dalam hidupnya.

Watak Utama


Woohyun lakonan Woohyun (Infinite)

Sunggyu lakonan Sunggyu (Infinite)

Watak Sampingan

Jiyeon lakonan Jiyeon (T-ARA)

Gayoon lakonan Gayoon (4minute)

Dongwoo lakonan Dongwoo (Infinite)

Luhan lakonan Luhan (EXO)

Hoya lakonan Hoya (Infinite)

Perhatian!!

Cerita bertajuk 'Budi' dihentikan kerana kesilapan jalan cerita. Saya minta maaf sangat-sangat. Harap maklum dan harap anda masih terus setia untuk membaca cerita saya yang tak seberapa ini.