Funny

Funny

Wednesday 19 March 2014

60 Saat (Bahagian I)

Kedengaran tapak kaki melangkah setapak demi setapak. Jiyeon menggelengkan kepalanya. 

“Haiya, ya, ya... habis bersepah baju.” 

Jiyeon mengambil baju tersebut dan memasukkannya ke dalam bakul. Jiyeon berjalan menuju ke pintu bilik Woohyun. Jiyeon berdiri kaku di depan pintu bilik Woohyun. Belum sempat Jiyeon mengetuk pintunya, Woohyun meluru keluar. Jiyeon yang tidak sempat berbuat apa-apa terjatuh ke belakang. Woohyun yang ternampak Jiyeon sudah terjatuh cepat-cepat menolongnya bangun.

“Haiyah! Sorry, Ji, sorry, nak cepat tadi. Aku pergi dulu!”

Woohyun terus berlari ke arah pintu dan meluru keluar dari rumahnya. Jiyeon kenal benar dengan sikap Woohyun yang suka bangun lambat untuk pergi ke kolej. Sudah 2 tahun Jiyeon tinggal serumah dengan Woohyun tetapi mereka tidak pernah suka sesama sendiri. Hanya kawan sahaja. Tak lebih dari itu.

**********

Woohyun berlari menuju ke tempat kolej. Sesekali matanya melirik ke arah jam tangannya. Dah nak masuk pukul 9 pagi. Dia betul-betul sudah lewat. Sewaktu Woohyun berlari, Woohyun telah melanggar seseorang dan menyebabkan buku yang dibawanya terjatuh bersepah di atas jalan.

‘Ah, mati aku macam ni!’

Woohyun berbisik dalam hati sambil mengutip bukunya. Orang yang dilanggarnya turut membantunya. Sewaktu orang itu menyerah buku itu kepada Woohyun, belum sempat Woohyun mengucapkan terima kasih, orang itu telah pergi. Woohyun melongo sendiri. Cepatnya dia hilang. Woohyun mengerling ke arah jamnya. Saat itu Woohyun baru sedar kejadian tadi hanya berlaku selama 60 saat. Lewatnya sudah tidak dipedulikannya lagi. Woohyun mahu tahu siapa orang itu.

No comments:

Post a Comment