Funny

Funny

Wednesday 19 March 2014

60 Saat (Bahagian II)

“Hyunnie!”

Luhan menerpa ke arah Woohyun yang sedang duduk di kafeteria. Woohyun seakan tidak dengar panggilan Luhan tadi dikejutkan oleh Hoya, yang datang dari mana.

“Oh, mak kau terkejut!”

Hoya tergelak apabila Woohyun melatah.

“Mak aku tak terkejut, kau yang terkejut!”

Hoya membalas seraya dengan ketawanya. Merah muka Hoya menahan tawanya melihat muka Woohyun yang semakin merah. Luhan yang datang terus menepuk bahu Hoya dengan kuat.

“Hey, hey, cukuplah tu mengusik dia. Eh, Woohyun, kenapa kau tak datang ke dewan kuliah tadi?”

“Err… aku bangun lewat tadi. Dah la lewat, terlanggar orang pula tu, haihh…”

Hoya mengerutkan dahinya.

“Tapi kau still boleh masuk lagi, tau tak? Tadi Prof ada tanya pasal kau.”

Kata-kata Hoya tadi ada benarnya. Woohyun masih boleh masuk ke dewan kuliah walaupun sudah lewat tetapi Woohyun memilih untuk duduk di kafeteria kerana terlalu memikirkan lelaki yang dilanggarnya tadi. Luhan dan Hoya berpandangan sesama sendiri. Serentak Hoya dan Luhan menyergah Woohyun.

“Oh mak kau meletup-meletup!”

Luhan dan Hoya ketawa terbahak-bahak mendengar Woohyun melatah tadi. Dongwoo, seorang pelajar senior, memerhatikan gerak-geri Woohyun daripada tadi. Dia tahu apa yang berlaku pada Woohyun tadi. Dia tahu siapa yang dilanggar Woohyun tadi.

“Donggie-ya…kenapa termenung ni?”

Dongwoo menggeleng kepalanya perlahan.

"Tak, sayang. Donggie cuma teringat pasal sayang je."

No comments:

Post a Comment