Funny

Funny

Thursday, 24 October 2013

Budi (Bahagian I)

      Namaku Eric Kim Jaeyoon. Semua orang memanggilku Eric. Aku merupakan pelajar sekolah tinggi yang mempunyai latar belakang yang baik di kawasan rumah kenamaan. Aku tidak pernah berasa bangga dengan kekayaanku dan aku ingin hidup seperti manusia biasa walaupun aku sebenarnya seorang albino. Aku berasa agak kekok sikit kerana ini adalah kali pertama aku bersekolah di sini, di Kanada. Aku terpaksa berpindah daripada Korea Selatan ke Kanada atas perpindahan tempat kerja ayahku. Lagipun aku sudah meminta ayahku untuk menyekolahkan aku di sekolah biasa. Aku juga tidak berapa fasih dengan bahasa mereka jadi aku hanya menggunakan bahasa perantaraan. Aku berharap tiada apa yang berlaku kerana esok merupakan hari pertama persekolahan ku di sini. Aku berharap sangat.

        Keesokkan harinya, aku sudah bersiap untuk pergi ke sekolah pada awal pagi. Aku terpaksa memakai bedak untuk menutup warna kulitku yang tidak berwarna. Cuaca hari ini sangat panas, jadi aku hanya memakai kemeja sekolah dan seluar slat. Aku turun ke bawah untuk mengambil sarapanku. Seperti biasa, anak tunggal seperti aku hanya makan berseorangan di meja makan setiap pagi. Ibu bapaku sangat sibuk dengan tugasan mereka sampai terlupa akan sarapan pagi. Ku lihat pembantu rumahku mencuci pinggan di dapur. Sebelum aku beredar dari meja makan, pembantu rumahku memanggilku. 

       "Tuan muda Eric, tuan dah nak pergi sekolah?" tanyanya dengan lembut. 

        Aku mengangguk perlahan. "Ya,mak cik. Mak cik tidak perlu memanggil saya tuan muda Eric, panggil Eric sahaja." kataku sambil tersenyum. Pembantu rumahku menggeleng kepalanya. 

        "Tak boleh,tuan merupakan anak majikan saya, jadi saya harus menghormati tuan muda juga." katanya lagi. Aku hanya memandangnya dan berjalan menuju ke pintu. Pembantu rumahku memanggilku lagi. "Tuan muda, tuan tertinggal bekalan tuan." katanya sambil memberi bekal kepadaku. "Mak cik harap kamu dapat menyesuaikan diri ketika di sekolan baru nanti." Kata-kata mak cik tadi membuatkan hatiku menjadi perit dan aku hanya tesenyum nipis.

       Aku berjalan kaki menuju ke sekolah yang hanya 2km jarak daripada rumahku. Pemandu peribadiku beria-ia ingin menghantarku tetapi aku menolak dengan cara baik. Aku tidak mahu bergantung kepadanya. Sewaktu aku berjalan, aku terlihat beberapa orang gadis yang berjalan tidak jauh daripadaku sudah tersenyum-senyum lebar. Aku terdengar perbualan mereka. 

        "Eh, tengok. Budak itu sangat kacak!" Seorang lagi berkata. 

        "Warna kulit dia lagi cerah daripada kita semua. Rambutnya pula berwarna perang!"

        "Comelnya dia!"

         Itulah apa yang aku dengari. Aku tidak berapa kisah dengan pandangan mereka. Aku hanya terus berjalan. Tiba-tiba,aku ternampak seorang lelaki, aku rasa dia sama sekolah denganku kerana uniformnya dan ketinggiannya membuatkan aku terkejut. Aku pasti ketinggiannya 187cm ke atas. Sangat tinggi. Aku sangat terpegun dengan ketinggiannya sampai aku tidak menyedari aku sudah berada di tengah jalan raya. Aku terdengar bunyi hon yang membingitkan daripada belakangku. Saat aku menoleh ke belakang, aku ternampak sebuah lori menghampiriku dan tiba-tiba semuanya menjadi gelap.

No comments:

Post a Comment