Setibanya mereka tiba di tokong itu,So Ryong terus berkata,"Wow,tokong ni nampak seramlah dan sangat menjengkelkan." kata So Ryong,mengejek.Tiba-tiba,angin berdesup dengan kuat dan pintu tokong itu terbuka.Sulli dan Krystal memeluk lengan Dae Ryong dengan erat."Wei,aku takut la..." kata Krystal.So Ryong seperti tidak takut apa-apa."Ceh,angin je kut...buat apa nak takut.Setakat pintu terbuka sebab angin je,biasa je..." kata So Ryong lagi.Dae Ryong hanya mendiamkan diri.Melihat reaksi mereka bertiga,So Ryong terus berkata,"Helo! Ada hantu tak kat dalam ni?!!" kata So Ryong.Suara So Ryong bergema-gema dalam tokong itu.So Ryong memaling ke arah mereka bertiga,"Dah la tu.Kata nak buat pasal tokong ni,takyah nak takut sangat la." kata So Ryong seperti mencabar.Mereka berempat memasuki tokong tersebut.Sebaik sahaja mereka masuk,pintu tokong itu terhempas kuat seperti seseorang menghempasnya.Mereka berempat terkejut dan Krystal mula menjerit,"Aaaahhhh!!!" So Ryong menyalakan lampu suluh yang dibawanya dan menyuluh ke arah Krystal."Woi,kau ni boleh tak jangan jadi penakut sangat? Bising tau tak?!" marah So Ryong."Tapi...tapi..aku..." So Ryong memotong percakapan Krystal."Dah...dah...aku tak nak kau menjerit lagi.Babi betul la...apsal gelap sangat tokong ni? Takde tingkap ke tokong ni? Bodoh betul saper yang buat tokong ni..." bebel So Ryong.Mereka berjalan,berjalan dan tiba-tiba So Ryong menjerit,"AAHHH!!"
Krystal bertambah takut dan memeluk Dae Ryong dengan erat.Sulli mula panik,"So Ryong! So Ryong! Kau kat mana? Jawab la!" panggil Sulli dan secara tiba-tiba So Ryong muncul di depan Sulli dan menyergahnya.Sulli dan Krystal menjerit.So Ryong ketawa terbahak-bahak,"Hahaha..apalah korang ni..penakut sangat...aku tak apa-apa la...aku cuma terlanggar ni.." kata So Ryong sambil menunjukkan benda yang dilanggarnya tadi."Tengkorak!!?" kata Sulli dan Krystal serentak.Setelah lama mendiamkan diri,Dae Ryong mula bersuara,"So Ryong,jom balik lah.Aku mula rasa tak sedap hati." kata Dae Ryong.So Ryong mencebik,"Kau ni...aku langgar tengkorak je kut...apa la sangat tulang ni...bukan hidup pun,dah mampus dah.." kata So Ryong,celopar dan So Ryong mencampakkan tengkorak itu dan tengkorak itu pecah.So Ryong berjalan ke depan meninggalkan mereka bertiga di belakang.Tiba-tiba,tokong itu menjadi sangat gelap.
No comments:
Post a Comment