"Kita kawan kan? Selagi kita bersama,kita tak perlukan kawan yang lain...selama-lamanya...."
Aku berjalan laju menuju ke sekolahku.Aku tidak menghiraukan pandangan tajam pelajar lain.Aku terdengar perbualan mereka."Eh,bukan ke budak tu yang kawan dia mati semalam?" "Saya dengar kawan dia terjatuh dari bumbung sekolah semalam.." "Kesian dia,sudah la tidak ada ramai kawan,sekarang ni,satu-satunya kawan dia dah mati.." dan macam-macam lagi.Aku tahu aku tidak mempunyai ramai kawan tapi aku akan cuba cari kawan baru.Sampai sahaja di sekolah,semua pelajar menjauhkan diri daripadaku.Aku tau mereka takut terkena bias hantu kawanku.Aku segera masuk ke kelas dan duduk di tempat duduk.Sekali lagi,aku terdengar perbualan pelajar lain."Kasihan budak tu.Dia dah takde kawan lagi." "Bukan ke dia yang berkawan dengan budak hot tu?" "Kita langsung takde peluang nak bercakap dengan budak hot tu..." "Malang tak berbau,kita patut kesiankan dia.." KRINGGG! Cikgu mula masuk ke kelasku."Pelajar semua sila duduk.Loceng dah berbunyi.." kata cikgu.Ketika cikgu sibuk mengajar di depan,aku berasa tak sedap hati.Bulu roma pada tanganku berdiri tegak.Aku terdengar pintu kelas di buka dan semua muka pelajar bertukar pucat lesi.
Mulut ku terbuka luas.Mukaku bertukar jadi pucat lesi.Aku tak percaya apa yang sedang aku lihat sekarang ni.Aku menggosok mataku dan melihat semula ke arah tubuh yang berdiri di depan."Tak mungkin dia boleh hidup semula.." getusku dalam hati."H...Hoon?? Bukan ke kamu dah mati semalam?" tanya cikguku dalam ketakutan.Hoon hanya mendiamkan diri dan memandang ke arahku.Aku terkejut melihat mukanya.Sangat pucat seperti tidak berdarah.Hoon berjalan ke arah tempat duduknya di sebelah aku.Hoon cuba menyentuh tanganku.Aku seperti tersentak apabila tangannya bersentuhan denganku."Hyunmo." kata Hoon,sepatah.Tanpa mempedulikan pandangan pelajar lain,Hoon memelukku.Aku jadi kaku.Perasaan terkejut dan takut bercampur-baur.Badan Hoon sangat hangat seperti masih hidup."Aku takkan biarkan kau ulang perkara yang sama lagi." kataku dalam hati.
No comments:
Post a Comment