Funny

Funny

Saturday, 26 October 2013

Budi (Bahagian II)

     Apabila aku membuka mataku, ku lihat lori itu sudah tiada dan aku terdengar suara dari sebelahku. 

       "Ugh!" Dia memandang tepat ke arahku. "Awak tak apa-apa ke? Ada cedera bahagian mana-mana? Nak pergi ke hospital ke?" 

         Bertubi-tubi soalan dia mengajukan kepadaku. Aku memandang ke arahnya, aku sangat terkejut bahawa dia, lelaki yang tinggi lampai tadi, telah menyelamatkan nyawaku. Aku terlihat sikunya berdarah dan ada sedikit kesan calar pada lengannya. 

        "Tak... saya tak apa-apa, tapi luka awak..." ayatku tergantung. Lantas, dia berkata,

      "Oh, ini, apalah sangat luka ni, asalkan awak selamat." kata lelaki itu, tersenyum. Aku seperti kagum mendengar ayatnya tadi. Baik sungguh hati dia. Aku teringin mengucapkan terima kasih kepadanya tetapi lidahku seperti kelu untuk mengungkapkan perkataan itu. Melihat aku seperti sudah terdiam, dia segera menanya kepadaku. "Awak sekolah dekat sini?" Aku mengangguk perlahan. 

         "Ya, saya baru berpindah ke kawasan ni." kataku, perlahan.

       Dia mengajakku untuk berjalan menuju ke sekolah bersamanya. Aku berasa sangat janggal kerana ketinggian kami. Tinggi badanku hanya 172cm tetapi dia, ketinngiannya 187cm atau ke atas. Sangat tinggi. Aku yang berjalan disebelahnya berasa takut sedikit. Agak-agaknya dia makan apa sampai terlebih tinggi. Aku mengelamun jauh sampai dia menegur ku. 

         "Jauh mengelamun, fikir pasal apa?" tanyanya kepadaku dan membuatkan bahuku terangkat sedikit kerana terkejut. Aku segera menggelengkan kepalaku. 

         "Takde apa-apalah." kataku dengan pantas. Sewaktu kami memasuki kawasan sekolah, cikgu yang menjaga pintu sekolah terus menegurku.

         "Kamu Eric Kim, kan?" Aku menunduk hormat dan segera menjawab. 

      "Ya, saya Eric Kim. Apa yang boleh saya bantu?" tanyaku dengan sopan. Lantas cikgu itu berkata.

         "Kamu dikehendaki pergi ke pejabat untuk kemasukan kelas kamu. Oh, Kris, awal kamu datang hari ni." kata cikgu itu sambil memandang ke arah orang yang berdiri di sebelahku.

         Kris tergelak sendiri. "Haha... biasa je, cikgu." katanya kepada cikgu dan Kris memandang ke arahku. "Kau mesti tak biasa lagi dengan sekolah ni, kan?" tanyanya kepadaku. Aku mengangguk perlahan. 

         "Oh, kalau begitu, Kris, boleh kamu tunjukkan arah ke pejabat sekolah untuknya?" tanya cikgu kepada Kris. Kris segera mengangguk dan memandang ke arahku.

        "Jom!" kata Kris dan menarik tanganku. Sepanjang perjalananku ke pejabat, semua pelajar memandang ke arahku. Aku tahu warna kulitku agak cerah berbanding orang lain. Kris memegang bahuku. "Kau Eric, kan?" tanyanya kepadaku. Aku mengangguk seperti pak turut. "Kau datang dari mana? Kenapa anak mata kau warna merah?" Soalannya tadi membuat aku terkejut. Aku terlupa pakai kanta lekap sebelum pergi ke sekolah. Aku segera menjawab. 

     "Sa... saya dilahirkan sebagai albino. Sa... saya dari Korea Selatan." kataku, gagap. Kris mengangkat keningnya dan berkata. 

       "Oh, patut la... sebab aku pelik kenapa warna kulit kau nampak tak berwarna dan rambut kau... aku ingatkan kau warnakan rambut kau blonde." katanya kepadaku. Aku tersenyum sendiri. Kris memberhentikan langkahnya. "Okey, kita dah sampai. Aku perlu masuk ke kelas sekarang. Kita jumpa lagi nanti." katanya dan segera berlalu pergi. Aku melihatnya pergi dan memasuki pejabat.

No comments:

Post a Comment