Funny

Funny

Thursday, 10 October 2013

Kau Milikku (Bahagian III)

      Keesokkan harinya juga,perkara yang sama berlaku lagi.Kali ini lagi ramai termasuklah cikgu dan kerani yang aku bercakap semalam.Semua mayat dalam keadaan ngeri.Pihak polis tidak dapat mengesan cap jari pada senjata pembunuhan.Selepas daripada kejadian itu,aku mula menjarakkan diri daripada Hoon.Semakin lama,perangai Hoon semakin berubah.Makin lama makin teruk,Hoon asyik mengekori aku tidak kira di mana jua.Aku selalu menyorok di perpustakaan dan melepak bersama teman wanitaku.Aku berceritakan segala-galanya mengenai Hoon kepada Min Ah.Min Ah menyuruh ku agar aku menjauhkan diri daripada Hoon.Aku hanya mengangguk.Sebaik sahaja aku keluar dari perpustakaan,aku lihat ramai anggota polis memeriksa kawasan pembunuhan.Hoon memaut bahuku dari belakang dan mengheret ku ke sudut dinding.Aku mula berasa pelik.Hoon selalu ingin bermanja denganku sejak kebelakangan ini.Aku mula rimas dengannya."Hoon,aku tak boleh buat lagi.Aku dah ada teman wanita." kataku,serius.Riak muka Hoon berubah.Aku tidak faham kenapa.

      Aku berlari menuju ke perpustakaan dan memasukinya."Hmm...Min Ah tak sampai lagi ke?" getusku dalam hati.Aku mengambil buku dan pura-pura membacanya.Aku memandang ke kiri dan kanan dan aku ternampak Hoon duduk di hadapanku.Aku berasa terkejut kerana aku tidak perasan dia duduk di depanku.Aku ternampak Min Ah memasuk ke dalam perpustakaan.Aku segera menarik tangan Hoon ke sudut rak buku."Hoon,kenapa kau ada kat sini? Teman wanita aku tak suka tengok aku dengan kau." kataku,serius.Hoon hanya mendiamkan diri."Wei,kau dengar tak apa aku cakap ni?" tanya ku lagi.Hoon mengangkat mukanya.Melihat reaksi Hoon,aku mula mengalah.Saat aku ingin membuka mulut,Hoon terus mencium bibirku.Aku terlampau terkejut dan tidak sempat berbuat apa.Dia mencium aku lebih dalam dan aku cuba menolaknya.Aku menolaknya dengan penuh kudrat.Hoon terduduk ke tepi."Kau ni...kenapa!!? Kenapa cium aku tiba-tiba?" tanyaku dengan marah.Hoon hanya tersenyum sinis ke arah belakangku.Aku memaling ke belakang dan ku lihat Min Ah berdiri di situ.Min Ah terus berlari meninggalkanku.Aku segera bingkas bangun dan mengejar Min Ah dari belakang dan meninggalkan Hoon sendirian.

No comments:

Post a Comment