Funny

Funny

Wednesday 31 July 2013

Starz (Bahagian I)

     Namaku Jion.Umurku 19 tahun.Aku daripada kumpulan Starz,dari Korea Selatan.Aku ada lima orang ahli dalam kumpulan ini.Mereka adalah Hyun Jun,Sol,Tao,Zin dan aku.Kami ada seorang lagi ahli tetapi dia sudah membuat keputusan untuk keluar dari kumpulan ini.Kami debut pada tahun 20X2.Kami tidak sebegitu popular,tidak seperti kumpulan baru atau penyanyi baru yang mendapat sambutan baik pada hari pertama debut.Aku cuba untuk mengubah nasib kumpulanku.

    5-Idols,kumpulan ini betul-betul buat aku benci akan mereka.Kumpulan ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan pada permulaan debutnya.Hyun Jun kata,"Kumpulan ini cuba untuk mengambil alih tempat kita." Ayat itu masih bermain di fikiranku.Hari ini,kumpulanku akan membuat persembahan di sebuah rancangan hiburan terkenal.Masa inilah,kumpulanku perlu menunjukkan kelebihan mereka.Aku memeriksa jadual persembahan,aku ternampak perkataan '5-Idols'.Kami akan membuat persembahan selepas 5-Idols?Sol melihat kertas itu berkata,"Ketua,ini pasti akan jadi teruk." Aku memandang ke arahnya.Terdapat sinar ketakutan dalam matanya.Aku rasa dia betul.Aku tidak tahu sama ada ianya menjadi teruk kepada kami pada rancangan ini.Aku betul-betul tidak tahu.

    Semasa 5-Idols membuat persembahan,mereka sungguh berbakat.Dari segi nyanyian dan tarian,mereka sangat sempurna.Ratusan peminat bersorak nama kumpulan itu.Tetapi kami juga berbakat.Kalau tidak,macam mana kami boleh jadi artis.Jadi,aku membuat keputusan untuk menunjukkan bakat kumpulanku kepada mereka di luar sana.Selepas 5-Idols membuat persembahan,kami diminta bersedia.Aku ternampak Soo Heok,ketua kumpulan 5-Idols,menjeling ke arahku.Aku tidak menghiraukannya.Di atas pentas,aku agak gemuruh tapi aku cuba untuk bertenang.Pada awal persembahan,semuanya baik tetapi secara tiba-tiba aku terjatuh di atas pentas.Bibirku berdarah disebabkan impak aku terjatuh.Aku ternampak senyuman sinis penonton dan ada yang mentertawakan ku.Aku tidak akan mengalah.Aku mesti bangun dan habiskan persembahan ini.Aku tidak kisah mengenai kecederaan ku.Aku masih lagi mahu menunjukkan kepada penonton bahawa kami juga berbakat.

Starz (Sinopsis & Watak)

Sinopsis

Kami adalah kumpulan Starz.Kami tidak popular langsung.Tetapi bukan senang untuk mencapai sesuatu kejayaan...jadi kami sabotaj!

Watak Utama

 
Jion lakonan Byung Ho (NewUs)

Hyun Jun lakonan Hyun Jun (HITT)

Sol lakonan Sol (Code-V)

Tao lakonan Tao (EXO-M)

Zin lakonan Zin (X-5)

Watak Sampingan

Soo Heok lakonan Soo Heok (PURE)

Sehari Di Taman Tema (Bahagian Akhir)

     Dong Ho bertanya kepada Ki Seop,"Ki Seop,jom naik roller coaster." Ki Seop menggelengkan kepalanya."Tidak,aku tidak mahu!" Eli memaksa,"Kau pergilah naik benda itu dengan Dong Ho." kata Eli sambil menarik lengan Ki Seop.Ki Seop terlalu takut dan dia menolak Eli sampai terjatuh dan dia terus berlari.Selepas itu,keadaan jadi huru-hara.Hoon dan Eli berlari untuk mengejar Ki Seop.Sebaik sahaja mereka dapat Ki Seop,Ki Seop menggeletar satu badan."Aku tidak mahu naik roller coaster,aku mahu yang itu." kata Ki Seop sambil menuding jari ke arah roda Ferris.Dong Ho dengan muka peliknya menjawab,"Hyung,awak bergurau ke?" Ki Seop meggeleng,"Tidak,aku mahu naik benda itu dengan Kevin,Eli dan Hoon." kata Ki Seop sambil tersenyum.Apabila Ki Seop pergi membeli token,Soo Hyun dan AJ datang dengan muka pucat."Soo Hyun tidak habis-habis muntah selepas kami turun dari roller coaster itu." "Pulak..." kata Dong Ho sambil ketawa

    Selepas itu,mereka semua masuk ke rumah hantu.Ki Seop,Hoon dan Kevin selalu menjerit setiap kali hantu itu keluar."Aarghh!" "Hyung!!" "Omma!!" Itulah perkataan yang mereka jerit.Eli tidak berhenti-henti ketawa tengok telatah mereka sampailah ada hantu tiba-tiba keluar di belakang Eli dan menjerit pada Eli.Eli terlalu terkejut dan..."Yaaaaahhhh,hyung!!!" dia pun menjerit sekali.Mereka semua mentertawakan Eli.Ha ha,padan muka.Selepas masuk rumah hantu,mereka pergi ke kedai menembak."Haish,gagal lagi." Hoon gagal menembak walaupun satu belon tetapi AJ dapat menembak ketiga-tiga belon tersebut dan mendapat satu patung beruang yang besar.Kemudiannya,mereka pergi untuk makan gula-gula."Aah~gula-gula!!" jerit Ki Seop.Ki Seop sangat sukakan gula-gula dan dia membeli banyak gula-gula."Macam budak-budak." kata Soo Hyun tersenyum sinis.

    Pengakhirannya,mereka semua berasa puas hati menghabiskan masa di taman tema."Kita semua melalui saat yang gembira,kelakar dan macam-macam lagi!" kata AJ sambil berjalan menghadap semua orang."Pfft! Ha ha ha!!" Kevin masih lagi ketawakan Eli kerana Eli selalu ketawakan dia dalam rumah hantu sampailah Eli terkena pada batang hidung sendiri."Cukuplah,berhenti ketawa." kata Eli,malu.Hoon berasa simpati dengan Soo Hyun."Hyung,awak okeykan?" "Nae,aku tidak apa-apa dan aku rasa gembira sangat!" kata Soo Hyun kepada Hoon.Eli menyentuh bahu Dong Ho dan membisikkan sesuatu kepada Dong Ho.Dong Ho memaling ke arah Ki Seop.Ki Seop menggelengkan kepalanya."Tidak,tiada taman tema lagi untuk kita." Mereka semua ketawa dan berjalan balik ke rumah dengan perasaan  gembira.

Sehari di Taman Tema (Bahagian I)

    Hari ini hari yang sangat membosankan.Hoon merebahkan badannya di atas sofa dan mencapai alat kawalan untuk membuka televisyen.Tiada rancangan atau program yang menarik.Dia tutup televisyen tersebut dan berjalan setempat.Tiba-tiba,"Aaaarghhh!!!" Hoon menjerit macam orang gila.Kevin yang tengah tidur tiba-tiba bangun seperti robot.Ki Seop pula terkejut macam beruk,Soo Hyun pula ketawa terbahak-bahak tengok muka Ki Seop.Selepas itu,AJ datang dengan muka marahnya dan terus menengking Hoon.Hoon terkejut dan apabila dia tengok muka AJ,"Ya tuhan,mukanya betul-betul menakutkan!" kata Hoon dalam hati.Apabila AJ mahu tampar muka Hoon,dengan tiba-tiba telefon berdering,"Kringg!Kringg!" "Saya angkat!" kata Kevin dengan cepat dia mengangkat panggilan itu.Semua orang memandang ke arah Kevin masa dia tengah bercakap dalam telefon dan dia meletakkan telefon itu.

    Kevin dengan senyum lebarnya berkata,"Esok,kita semua akan pergi ke taman tema!!" Semua orang menjerit kerana mereka terlalu gembira."Dong Ho dan Eli telah memenangi suatu pertandingan dan mendapat 7 tiket ke taman tema!" kata Kevin dengan perasaan teruja."Ini pasti akan lebih menarik!" kata Hoon.Yang paling gembira sekali adalah Ki Seop.Dia terlampau gembira sampai melompat-lompat ke sini sana.Apabila Dong Ho dan Eli sampai ke rumah,Hoon dan Kevin berlari dan memeluk mereka.Hoon bertanya kepada Eli,"Macam mana awak dapat tiket ini?" "Aku dan Dong Ho pergi ke pasar raya dan menyertai satu pertandingan.Aku hanya sertai sahaja tapi tidak sangka pula boleh menang." kata Eli.Tiada siapa menjangka Eli dan Dong Ho akan menang.Semua orang sudah tidak sabar mahu pergi ke taman tema esok.

    Keesokkan harinya,7 orang lelaki pergi ke taman tema.Apabila mereka sampai di situ,yang pertama sekali menjerit adalah Kevin.Dia terlampau gembira dan dia ingin bermain dengan semua permainan di situ.Soo Hyun ternampak sesuatu yang laju."Oohh,roller coaster!!" jerit Soo Hyun.Soo Hyun dan AJ menuju ke kaunter untuk membeli token.Mereka hanya melihat Soo Hyun dan AJ menaiki roller coaster.Ada yang bersorak,"Hyung,jangan gayat!!" kata Hoon sambil melambai ke arah mereka berdua."Ini pasti akan lebih seronok!" kata AJ kepada Soo Hyun.Apabila roller coaster sudah mula bergerak,ia berhenti sebentar...dan turun ke bawah dengan lajunya.Soo Hyun dan AJ menjerit.Ki Seop memandang ke arah mereka berdua.Dia menggeletar.

 

Tuesday 30 July 2013

Sehari di Taman Tema (Sinopsis & Watak)

Sinopsis

Bayangkan jika sekumpulan idol terkenal pergi ke taman tema.Mesti kelakarkan?Ada yang happy,ada yang takut dan macam-macam lagi!!

Watak

 
                                                           AJ lakonan AJ (U-Kiss)

 
                                                               Eli lakonan Eli (U-Kiss)

 
                                                           Hoon lakonan Hoon (U-Kiss)

 
                                                        Kevin lakonan Kevin (U-Kiss)

 
                                                      Ki Seop lakonan Ki Seop (U-Kiss)

 
                                                    Dong Ho lakonan Dong Ho (U-Kiss)

                                                   Soo Hyun lakonan Soo Hyun (U-Kiss)

Api (Bahagian Akhir)

     Pada malam itu,saya mengikuti Cory sebaik sahaja dia keluar dari rumah.Saya mengikutinya dengan senyap kerana saya tidak mahu dia tahu saya mengikutinya daripada belakang.Saya ternampak Cory menuju ke hutan yang gelap."Kenapa dia pergi ke hutan gelap pada waktu malam ini?" getusku dalam hati.Saya terus mengekorinya dan saya terdengar jeritan.Jadi,saya terus meluru ke arah jeritan itu datang.Tiba-tiba,saya ternampak Cory,mencekik seorang gadis dan membakarnya hidup-hidup.Cory yang bunuh orang selama ini.Kenapa?Lantas,saya menjerit memanggil namanya.Cory memandang ke arah saya.Dia menjalan ke arah saya dan mencekik leher saya dengan kuat.Cory cuba bunuh saya dan saya memberi tendangan tepat pada perutnya.

     Selepas itu,pergaduhan antara saya dan Cory tercetus.Cory menyerang saya bertubi-tubi.Saya semakin lemah untuk menahan serangannya.Saya menyerah kalah.Tiba-tiba,saya teringat bahawa saya yang membebaskannya.Api! Ya,mungkin api kelemahannya.Saya mengambil pemetik api dalam poketku.Saya menyalakan pemetik api dan Cory menjadi semakin takut.Tetapi Cory terus berjalan ke arah saya dan masin cuba untuk bunuh saya.Jadi,saya lari keluar dari hutan gelap dan mengambil sebotol petroleum daripada sebuah kedai.Cory berada di belakang saya dan masih mengejar saya.Saya perlu membunuh Cory dengan cepat.

    Saya berlari menuju ke sebuah banglo lama.Cory mentertawakan saya.Cory dengan tangannya yang berapi cuba untuk memegang saya.Lantas,saya mencapai kerusi lama dan menghentaknya di kakinya.Kaki kiri Cory telah patah."Okey,ini akan melambatkan pergerakannya" kata saya dalam hati.Saya berlari menuju ke dapur.Saya ternampak sebilah parang lantas saya mengambil parang itu dan menyalakan pemetik api tadi ke parang tadi.Cory sudah jumpa saya di sini.Saya mengambil sebotol petroleum dan mencurahkannya kepada Cory.Saat saya mahu mencampakkan parang itu,Cory menangis,"Sung Jong,saya minta maaf.Tolong jangan bunuh saya..." Cory merayu kepada saya.Saya dapat rasakan air mata saya mengalir membasahi pipi."Tidak,tiada kemaafan untuk awak,syaitan!" kata saya lalu mencampakkan parang itu tepat pada Cory.Cory terbakar dengan cepat dan saya terdengar jeritannya.Dia terbakar dan terus hilang di awangan.Cory sudah tidak wujud lagi.

Api (Bahagian II)

     Selepas daripada itu,Cory mengikut saya balik ke rumah.Manusia daripada api akan tinggal sebumbung dengan saya.Cory nampak seperti seorang yang sangat baik walaupun dia dari neraka.Saya fikir dia adalah syaitan.Saya sangat menyukai matanya.Sepasang mata merah yang sangat cantik.Dia sangat sempurna.Tetapi saya masih lagi terfikir mengenai dia dari neraka dan kebebasannya.Saya beri dia kebebasan? Mungkin Cory ada rancangan atau yang lain.Saya tidak terfikir perkara ini akan menjadi menarik sebab saya akan berkawan baik dengan Cory,manusia dari neraka.

    Seminggu kemudian,saya sepatutnya kata ianya sangat hebat.Cory menjadi sangat terkenal di kawasan tempat tinggal saya hanya dalam masa beberapa hari sebaik sahaja dia tinggal bersama saya pada hari itu.Ramai orang terutamanya gadis-gadis bertanya kepada saya mengenai Cory.Saya tidak boleh beritahu mereka bahawa Cory adalah syaitan.Tetapi ada berita buruk juga sejak kebelakangan ini.Sebab sejak Cory tinggal dengan saya,seorang demi seorang mati hampir setiap hari.Pihak polis menjumpai mayat dalam keadaan dibakar sepenuhnya.Hanya tinggal tulang.Saya fikir ini adalah kes biasa.

    Tetapi lama kelamaan ianya semakin teruk.Semakin ramai orang yang mati.Dalam keadaan yang sama,dibakar sepenuhnya.Hanya tinggal tulang.Setiap kali ada kes kematian,saya baru perasan bahawa setiap kali ada berita kematian,Cory menghilang entah ke mana."Ke mana Cory pergi?" getusku dalam hati.Saya perlu memeriksanya jika betul Cory yang melakukan semua ini.Bila Cory balik ke rumah,dia nampak sangat lain."Awak pergi ke mana tadi?" tanya saya kepada Cory.Cory hanya memandang ke arah saya dengan muka pelik.Dia mengukirkan senyuman.Selepas itu,Cory berjalan menuju ke dapur."Kenapa Cory memandang saya macam itu?" Persoalan terus bermain di kotak fikiran saya.

Api (Bahagian I)

     Saya ingat pada malam itu.Saya bunuh kawan saya.Kawan baik saya.Kawan saya dari neraka.Nama dia Cory.Dia adalah syaitan.Saya tidak tahu kenapa saya bunuh dia.Dia sangat baik walaupun dia adalah syaitan.Dia mempunyai rambut perang,sepasang mata merah yang cantik dan berkulit pucat.Saya masih lagi ingat macam mana saya terjumpa dengannya di hutan yang gelap pada waktu tengah malam.Begini ceritanya.

    Sebulan yang lalu,waktu sudah tengah malam.Saya tersesat dalam hutan yang gelap itu.Waktu itu cuaca sangat sejuk dan saya cuba untuk menghidupkan api daripada beberapa batang kayu api.Semasa saya cuba menghidupkan api,tiba-tiba api menjadi semakin marak dan membentuk menjadi bentuk manusia.Saya sangat terkejut dan hanya duduk di situ tanpa bergerak seinci.Manusia daripada api sedang berdiri di depan saya.Dia memandang ke arah saya dengan mata merahnya.Dia menanya saya,"Awak sesat? Awak tidak tahu jalan balik ke rumah?" Saya hanya menundukkan kepala.Saya masih tidak percaya semua ini.Ini semua mimpi!

    Saya membuka mata saya.Waktu itu sudah pagi.Saya bangun dan saya ternampak dia duduk di hadapan saya lagi.Sama seperti semalam.Jadi saya memberanikan diri untuk membuka mulut dan bertanyakan dia siapa nama dia,"Siapa nama awak? Dari mana awak datang?" Lantas,dia berkata,"Nama saya Cory,saya dari neraka.Saya berterima kasih kepada awak kerana membebaskan saya.Boleh awak jadi kawan baik saya?" Saya agak terkejut dengan permintaannya.Saya menundukkan kepala.Tiba-tiba,dia memanggil nama saya,"Sung Jong..." Macam mana dia tahu nama saya? Selepas itu,Cory memberikan seutas rantai yang tertulis 'Sung Jong' Ya,itu nama saya.Cory bertanya saya sekali lagi,"Boleh kita jadi kawan baik?" Saya hanya memberikan dia senyuman.

Api (Sinopsis & Watak)

Sinopsis

"Aku macam tidak percaya...Mata aku menipu aku ke? Tidak mungkin semua ini boleh berlaku." kataku dalam hati.Aku meletakkan tanganku pada kepalaku.Benda depan aku terus memandangku.Matanya....!!

Watak

 
                                                     Sung Jong lakonan Sung Jong (Infinite)

                                                            Cory lakonan Cory (24K)

Musim Sejuk Yang Dingin (Bahagian Akhir)

    "Boleh awak tunaikan satu permintaan daripada saya?" tanya Seo In kepadaku.Aku terkebil-kebil mendengar katanya.Aku hanya menggangukkan kepalaku.Seo In tersenyum perit."Bawa saya ke stesen kereta api." kata Seo In.Aku agak terkejut mendengar permintaan Seo In itu,lalu aku menjawab,"Tapi,Seo In,awak semakin lemah.Awak pasti ke?" Aku pelik kenapa dia nak pergi ke stesen kereta api.Seo In memandangku,"Ya,saya pasti.Boleh awak buat itu demi saya?" kata Seo In yang cuba untuk berdiri.Aku memegang bahu Seo In."Ya,saya akan tunaikan." kataku tersenyum hambar.Aku menahan teksi untuk pergi ke stesen kereta api.Apa Seo In nak buat kat sana? Adakah Seo In merancang sesuatu? Pelbagai persoalan bermain di fikiranku sepanjang perjalanan teksi ini ke stesen kereta api.

    Sebaik sampai sahaja di stesen kereta api,Seo In memberikan aku wang untuk membeli tiket.Aku akur dan menuju ke kaunter pembelian tiket.Ku lihat Seo In duduk di kerusi menunggu.Sebaik sahaja aku membeli tiket,aku memberikan tiket itu kepada Seo In dan meminta izin untuk ke tandas."Seo In,saya mahu ke tandas sekejap?" Seo In mengganguk dan dia melihat ku berjalan."Seo In mahu pergi mana sebenarnya? Sebab tiket tadi tidak tertulis destinasi langsung.Pelik..." getusku dalam hati.Aku basuh mukaku untuk menyegarkan mukaku.Sebaik sahaja aku keluar dari tandas.Seo In menarik tanganku dan menuju ke kereta api."Cepat,kereta api akan bergerak sebentar lagi!" kata Seo In.Aku terkejut dan berlari dengan Seo In.Nasib sempat naik,aku melepaskan lelahku dan Seo In...mukanya sangat pucat.Kami duduk di kerusi yang dekat dengan tingkap.Sepanjang perjalanan,Seo In hanya mendiamkan diri.Sekali-sekala,dia mengalihkan pandangannya keluar tingkap.Apa yang dia fikirkan?

    "Stesen seterusnya." Aku terjaga daripada tidurku.Aku memandang ke arah Seo In yang tertidur di sebelahku.Aku mengejutkan Seo In dan berjalan keluar daripada kereta api itu.Tiba-tiba Seo In berkata,"Ah,Areum,saya tertinggal sesuatu dalam kereta api.Boleh awak tolong ambilkan?" kata Seo In kepadaku.Sebelum aku pergi,Seo In memasukkan sesuatu ke dalam poketku.Sebaik sahaja aku masuk,tiba-tiba pintu kereta api tertutup.Aku terkejut dan menjerit untuk buka pintu ini.Aku lihat Seo In melambai ke arahku dan terus pengsan.Aku terus menangis dan mengetuk pintu suruh berhenti.Telefonku berbunyi dan segera ku membaca SMS daripada Seo In.Ianya tertulis 'Saya akan mengiringi awak sepanjang perjalanan.Maafkan saya...' Air mataku berjurai dan aku memeriksa poketku."Tiket?" kataku pelik dan melihat di belakang tiket tersebut.Di belakang tiket itu tertulis 'Selamat Tinggal' Tangisanku bertambah lebat.Seo In,awak mahu saya pergi kerana awak tidak mahu saya melihat awak mati,kan?

    Beberapa tahun selepas itu,aku sudah berkahwin dengan L.Hari ini,aku dan L menaiki kereta api yang aku pernah naik bersama Seo In.Aku masih tidak dapat melupakan Seo In.Sebaik sahaja sampai di destinasi,L mengiringi ku turun daripada kereta api.Pada waktu itu,aku ternampak kelibat Seo In dan L juga nampak kelibatnya.Seo In tersenyum dan hilang di sebalik orang ramai.Aku menitiskan air mataku.Musim sejukku yang dingin telah berakhir.

Musim Sejuk Yang Dingin (Bahagian III)

     Seminggu selepas itu,aku keluar bersama Seo In,di tempat yang sama kami berdua berjalan-jalan.Aku ternampak pasangan kekasih yang duduk tidak jauh daripada kami."Wah,pasangan itu ibarat pinang dibelah dua." kataku dalam hati.Seo In memandang ke arah pasangan kekasih tersebut berkata,"Alangkah bahagia kalau kita dapat jadi macam itu." Aku mengalih pandanganku kepada Seo In.Dia sedang menahan dirinya daripada menangis.Aku yang tidak dapat menahan air mataku terus menangis.Aku memeluk Seo In sambil berkata dalam tangisanku,"Kenapa mesti awak kena tanggung? Kenapa,Seo In? Kenapa?!",teriakku.Seo In tidak berkata apa-apa.Air mata yang dia tahan akhirnya menitis jua di pipinya.Pasangan kekasih yang berada tidak jauh daripada mereka menoleh ke arah mereka.Pasangan itu berkata,"Sedihnya,alangkah bagus kalau mereka bahagia."

     Sudah beberapa bulan aku bersama dengan Seo In.Musim sejuk sudah tiba lagi sekali.Aku masih ingat musim sejuk tahun lepas aku bertemu dengan Seo In di taman itu.Aku sudah mula merindui Seo In walaupun baru semalam kami berjumpa.Aku menelefon Seo In untuk bertemu di taman esok.Seo In bersetuju.Aku harap esok tiada apa yang akan berlaku kepada Seo In.Aku berharap sangat.

     Keesokan harinya,seperti yang dijanjikan.Aku keluar bersama Seo In lagi.Aku semakin risau sebab muka Seo In semakin pucat."Sudah jadi macam hantu pula..." kataku dalam hati.Sedang asyik aku berjalan di sebelahnya,tiba-tiba Seo In berhenti berjalan.Dia berdiri kaku di situ.Aku yang semakin risau ini menjadi takut.Aku menghampirinya tiba-tiba Seo In terjatuh seperti mahu pengsan.Aku gelabah dan memberitahunya,"Kita pergi hospital,ya?" Seo In menggelengkan kepalanya,"Tidak...aku tidak mahu..." jawabnya lemah."Tapi,awak semakin lemah dan..." Seo In memotong percakapanku,"Boleh awak tunaikan satu permintaan daripada saya?"

Monday 29 July 2013

Musim Sejuk Yang Dingin (Bahagian II)

     Selepas kejadian itu,Seo In dikejarkan ke Hospital Besar Seoul.Menurut doktor yang merawat Seo In,doktor kata penyakit Seo In semakin teruk.Aku tidak tahu yang Seo In mengidap penyakit ini.Aku tidak boleh buat apa sebaliknya aku menangis.Ketika aku berjalan menuju ke wad Seo In,aku ternampak dua orang lelaki berdiri di depan pintu bilik wad Seo In.Aku mengesat air mataku dan menuju ke arah mereka,"Awak cari siapa?" tanyaku kepada mereka.Salah seorang menjawad,"Kami berdua cari bilik wad Seo In,awak tahu di mana?","Siapa mereka ini?" getusku dalam hati.Lantas,aku berkata,"Ini bilik wad Seo In,awak berdua ini siapa?","Nama saya Xiah,ini kawan saya N,kami berdua kawan baik Seo In." Selepas itu,Xiah menceritakan kepada aku mengenai penyakit Seo In.Xiah kata penyakit Seo In dulu tidak seteruk ini,tetapi lama kelamaan Seo In menjadi semakin lemah dan pucat.Aku hanya mendengar dan memandang ke arah Seo In yang semakin pucat terbujur kaku tidak sedarkan diri.

     Keesokkannya,aku ingin bertemu dengan L di sebuah restoran.Aku menceritakan segala-galanya tentang Seo In kepada L.L tidak memberi sebarang reaksi.Aku menunggu jawapan daripadanya.Melihat kesungguhanku,L menjawab,"Awak terus menjadi teman setia dia hinggalah dia menghembuskan nafas terakhir." Itulah apa L cakap.Kata-kata itu sangat menyayatkan hatiku.Aku berkata kepada L,"Terima kasih." Lalu aku meninggalkan L berseorangan di situ.

     Selepas aku berjumpa dengan L,aku terus menuju ke hospital.Ketika aku ingin masuk ke wad Seo In.Aku terdengar perbualan mereka,"Seo In dah sedar ke?" getusku dalam hati.Aku terdengar suara N,"Seo In,demi kebaikan awak,tolong lepaskan Areum.Kasihan dia.Dia sedih tengok awak macam ini." "Tidak,aku tidak mahu lepaskan dia.Aku sayangkan dia!",Xiah pula berkata,"Tolonglah,kami berdua tidak mahu Areum bersedih dengan nasib kamu,Seo In,tolonglah..." pujuk Xiah."Tidak,maafkan aku,kawan-kawan." kata Seo In,perlahan.Aku buka pintu perlahan,air mataku berjurai-jurai membasahi pipiku.Luluh hatiku mendengar Seo In berbicara.Aku meluru ke arah Seo In dan memeluk Seo In dengan erat.

Musim Sejuk Yang Dingin (Sinopsis & Watak)

Sinopsis

Mengisahkan seorang perempuan bertemu dengan seorang lelaki di taman pada musim sejuk.Sejak daripada itu,mereka semakin rapat tetapi kebahagiaan mereka hanya sementara.Apakah kesudahannya?

Watak Utama


                                                        Seo In lakonan Seo In (NewUs)

  
                                                         Areum lakonan Areum (T-ARA)

Watak Sampingan

 
                                                                 L lakonan L (Infinite)

                                                             Xiah lakonan Junsu (JYJ)

                                                                N lakonan N (VIXX)

Mengenai blog

Blog ini akan saya isikan dengan pelbagai cerita menarik yang mempunyai pelbagai jenis jalan cerita.Harap anda semua akan menyukainya.

Pembukaan

Esok saya akan memulakan cerita fiksyen mengenai artis kpop kesayangan semua.