Funny

Funny

Tuesday, 30 July 2013

Api (Bahagian Akhir)

     Pada malam itu,saya mengikuti Cory sebaik sahaja dia keluar dari rumah.Saya mengikutinya dengan senyap kerana saya tidak mahu dia tahu saya mengikutinya daripada belakang.Saya ternampak Cory menuju ke hutan yang gelap."Kenapa dia pergi ke hutan gelap pada waktu malam ini?" getusku dalam hati.Saya terus mengekorinya dan saya terdengar jeritan.Jadi,saya terus meluru ke arah jeritan itu datang.Tiba-tiba,saya ternampak Cory,mencekik seorang gadis dan membakarnya hidup-hidup.Cory yang bunuh orang selama ini.Kenapa?Lantas,saya menjerit memanggil namanya.Cory memandang ke arah saya.Dia menjalan ke arah saya dan mencekik leher saya dengan kuat.Cory cuba bunuh saya dan saya memberi tendangan tepat pada perutnya.

     Selepas itu,pergaduhan antara saya dan Cory tercetus.Cory menyerang saya bertubi-tubi.Saya semakin lemah untuk menahan serangannya.Saya menyerah kalah.Tiba-tiba,saya teringat bahawa saya yang membebaskannya.Api! Ya,mungkin api kelemahannya.Saya mengambil pemetik api dalam poketku.Saya menyalakan pemetik api dan Cory menjadi semakin takut.Tetapi Cory terus berjalan ke arah saya dan masin cuba untuk bunuh saya.Jadi,saya lari keluar dari hutan gelap dan mengambil sebotol petroleum daripada sebuah kedai.Cory berada di belakang saya dan masih mengejar saya.Saya perlu membunuh Cory dengan cepat.

    Saya berlari menuju ke sebuah banglo lama.Cory mentertawakan saya.Cory dengan tangannya yang berapi cuba untuk memegang saya.Lantas,saya mencapai kerusi lama dan menghentaknya di kakinya.Kaki kiri Cory telah patah."Okey,ini akan melambatkan pergerakannya" kata saya dalam hati.Saya berlari menuju ke dapur.Saya ternampak sebilah parang lantas saya mengambil parang itu dan menyalakan pemetik api tadi ke parang tadi.Cory sudah jumpa saya di sini.Saya mengambil sebotol petroleum dan mencurahkannya kepada Cory.Saat saya mahu mencampakkan parang itu,Cory menangis,"Sung Jong,saya minta maaf.Tolong jangan bunuh saya..." Cory merayu kepada saya.Saya dapat rasakan air mata saya mengalir membasahi pipi."Tidak,tiada kemaafan untuk awak,syaitan!" kata saya lalu mencampakkan parang itu tepat pada Cory.Cory terbakar dengan cepat dan saya terdengar jeritannya.Dia terbakar dan terus hilang di awangan.Cory sudah tidak wujud lagi.

No comments:

Post a Comment