Seminggu selepas itu,aku keluar bersama Seo In,di tempat yang sama kami berdua berjalan-jalan.Aku ternampak pasangan kekasih yang duduk tidak jauh daripada kami."Wah,pasangan itu ibarat pinang dibelah dua." kataku dalam hati.Seo In memandang ke arah pasangan kekasih tersebut berkata,"Alangkah bahagia kalau kita dapat jadi macam itu." Aku mengalih pandanganku kepada Seo In.Dia sedang menahan dirinya daripada menangis.Aku yang tidak dapat menahan air mataku terus menangis.Aku memeluk Seo In sambil berkata dalam tangisanku,"Kenapa mesti awak kena tanggung? Kenapa,Seo In? Kenapa?!",teriakku.Seo In tidak berkata apa-apa.Air mata yang dia tahan akhirnya menitis jua di pipinya.Pasangan kekasih yang berada tidak jauh daripada mereka menoleh ke arah mereka.Pasangan itu berkata,"Sedihnya,alangkah bagus kalau mereka bahagia."
Sudah beberapa bulan aku bersama dengan Seo In.Musim sejuk sudah tiba lagi sekali.Aku masih ingat musim sejuk tahun lepas aku bertemu dengan Seo In di taman itu.Aku sudah mula merindui Seo In walaupun baru semalam kami berjumpa.Aku menelefon Seo In untuk bertemu di taman esok.Seo In bersetuju.Aku harap esok tiada apa yang akan berlaku kepada Seo In.Aku berharap sangat.
Keesokan harinya,seperti yang dijanjikan.Aku keluar bersama Seo In lagi.Aku semakin risau sebab muka Seo In semakin pucat."Sudah jadi macam hantu pula..." kataku dalam hati.Sedang asyik aku berjalan di sebelahnya,tiba-tiba Seo In berhenti berjalan.Dia berdiri kaku di situ.Aku yang semakin risau ini menjadi takut.Aku menghampirinya tiba-tiba Seo In terjatuh seperti mahu pengsan.Aku gelabah dan memberitahunya,"Kita pergi hospital,ya?" Seo In menggelengkan kepalanya,"Tidak...aku tidak mahu..." jawabnya lemah."Tapi,awak semakin lemah dan..." Seo In memotong percakapanku,"Boleh awak tunaikan satu permintaan daripada saya?"
No comments:
Post a Comment