Funny

Funny

Tuesday, 30 July 2013

Musim Sejuk Yang Dingin (Bahagian Akhir)

    "Boleh awak tunaikan satu permintaan daripada saya?" tanya Seo In kepadaku.Aku terkebil-kebil mendengar katanya.Aku hanya menggangukkan kepalaku.Seo In tersenyum perit."Bawa saya ke stesen kereta api." kata Seo In.Aku agak terkejut mendengar permintaan Seo In itu,lalu aku menjawab,"Tapi,Seo In,awak semakin lemah.Awak pasti ke?" Aku pelik kenapa dia nak pergi ke stesen kereta api.Seo In memandangku,"Ya,saya pasti.Boleh awak buat itu demi saya?" kata Seo In yang cuba untuk berdiri.Aku memegang bahu Seo In."Ya,saya akan tunaikan." kataku tersenyum hambar.Aku menahan teksi untuk pergi ke stesen kereta api.Apa Seo In nak buat kat sana? Adakah Seo In merancang sesuatu? Pelbagai persoalan bermain di fikiranku sepanjang perjalanan teksi ini ke stesen kereta api.

    Sebaik sampai sahaja di stesen kereta api,Seo In memberikan aku wang untuk membeli tiket.Aku akur dan menuju ke kaunter pembelian tiket.Ku lihat Seo In duduk di kerusi menunggu.Sebaik sahaja aku membeli tiket,aku memberikan tiket itu kepada Seo In dan meminta izin untuk ke tandas."Seo In,saya mahu ke tandas sekejap?" Seo In mengganguk dan dia melihat ku berjalan."Seo In mahu pergi mana sebenarnya? Sebab tiket tadi tidak tertulis destinasi langsung.Pelik..." getusku dalam hati.Aku basuh mukaku untuk menyegarkan mukaku.Sebaik sahaja aku keluar dari tandas.Seo In menarik tanganku dan menuju ke kereta api."Cepat,kereta api akan bergerak sebentar lagi!" kata Seo In.Aku terkejut dan berlari dengan Seo In.Nasib sempat naik,aku melepaskan lelahku dan Seo In...mukanya sangat pucat.Kami duduk di kerusi yang dekat dengan tingkap.Sepanjang perjalanan,Seo In hanya mendiamkan diri.Sekali-sekala,dia mengalihkan pandangannya keluar tingkap.Apa yang dia fikirkan?

    "Stesen seterusnya." Aku terjaga daripada tidurku.Aku memandang ke arah Seo In yang tertidur di sebelahku.Aku mengejutkan Seo In dan berjalan keluar daripada kereta api itu.Tiba-tiba Seo In berkata,"Ah,Areum,saya tertinggal sesuatu dalam kereta api.Boleh awak tolong ambilkan?" kata Seo In kepadaku.Sebelum aku pergi,Seo In memasukkan sesuatu ke dalam poketku.Sebaik sahaja aku masuk,tiba-tiba pintu kereta api tertutup.Aku terkejut dan menjerit untuk buka pintu ini.Aku lihat Seo In melambai ke arahku dan terus pengsan.Aku terus menangis dan mengetuk pintu suruh berhenti.Telefonku berbunyi dan segera ku membaca SMS daripada Seo In.Ianya tertulis 'Saya akan mengiringi awak sepanjang perjalanan.Maafkan saya...' Air mataku berjurai dan aku memeriksa poketku."Tiket?" kataku pelik dan melihat di belakang tiket tersebut.Di belakang tiket itu tertulis 'Selamat Tinggal' Tangisanku bertambah lebat.Seo In,awak mahu saya pergi kerana awak tidak mahu saya melihat awak mati,kan?

    Beberapa tahun selepas itu,aku sudah berkahwin dengan L.Hari ini,aku dan L menaiki kereta api yang aku pernah naik bersama Seo In.Aku masih tidak dapat melupakan Seo In.Sebaik sahaja sampai di destinasi,L mengiringi ku turun daripada kereta api.Pada waktu itu,aku ternampak kelibat Seo In dan L juga nampak kelibatnya.Seo In tersenyum dan hilang di sebalik orang ramai.Aku menitiskan air mataku.Musim sejukku yang dingin telah berakhir.

No comments:

Post a Comment