Funny

Funny

Wednesday, 31 July 2013

Sehari Di Taman Tema (Bahagian Akhir)

     Dong Ho bertanya kepada Ki Seop,"Ki Seop,jom naik roller coaster." Ki Seop menggelengkan kepalanya."Tidak,aku tidak mahu!" Eli memaksa,"Kau pergilah naik benda itu dengan Dong Ho." kata Eli sambil menarik lengan Ki Seop.Ki Seop terlalu takut dan dia menolak Eli sampai terjatuh dan dia terus berlari.Selepas itu,keadaan jadi huru-hara.Hoon dan Eli berlari untuk mengejar Ki Seop.Sebaik sahaja mereka dapat Ki Seop,Ki Seop menggeletar satu badan."Aku tidak mahu naik roller coaster,aku mahu yang itu." kata Ki Seop sambil menuding jari ke arah roda Ferris.Dong Ho dengan muka peliknya menjawab,"Hyung,awak bergurau ke?" Ki Seop meggeleng,"Tidak,aku mahu naik benda itu dengan Kevin,Eli dan Hoon." kata Ki Seop sambil tersenyum.Apabila Ki Seop pergi membeli token,Soo Hyun dan AJ datang dengan muka pucat."Soo Hyun tidak habis-habis muntah selepas kami turun dari roller coaster itu." "Pulak..." kata Dong Ho sambil ketawa

    Selepas itu,mereka semua masuk ke rumah hantu.Ki Seop,Hoon dan Kevin selalu menjerit setiap kali hantu itu keluar."Aarghh!" "Hyung!!" "Omma!!" Itulah perkataan yang mereka jerit.Eli tidak berhenti-henti ketawa tengok telatah mereka sampailah ada hantu tiba-tiba keluar di belakang Eli dan menjerit pada Eli.Eli terlalu terkejut dan..."Yaaaaahhhh,hyung!!!" dia pun menjerit sekali.Mereka semua mentertawakan Eli.Ha ha,padan muka.Selepas masuk rumah hantu,mereka pergi ke kedai menembak."Haish,gagal lagi." Hoon gagal menembak walaupun satu belon tetapi AJ dapat menembak ketiga-tiga belon tersebut dan mendapat satu patung beruang yang besar.Kemudiannya,mereka pergi untuk makan gula-gula."Aah~gula-gula!!" jerit Ki Seop.Ki Seop sangat sukakan gula-gula dan dia membeli banyak gula-gula."Macam budak-budak." kata Soo Hyun tersenyum sinis.

    Pengakhirannya,mereka semua berasa puas hati menghabiskan masa di taman tema."Kita semua melalui saat yang gembira,kelakar dan macam-macam lagi!" kata AJ sambil berjalan menghadap semua orang."Pfft! Ha ha ha!!" Kevin masih lagi ketawakan Eli kerana Eli selalu ketawakan dia dalam rumah hantu sampailah Eli terkena pada batang hidung sendiri."Cukuplah,berhenti ketawa." kata Eli,malu.Hoon berasa simpati dengan Soo Hyun."Hyung,awak okeykan?" "Nae,aku tidak apa-apa dan aku rasa gembira sangat!" kata Soo Hyun kepada Hoon.Eli menyentuh bahu Dong Ho dan membisikkan sesuatu kepada Dong Ho.Dong Ho memaling ke arah Ki Seop.Ki Seop menggelengkan kepalanya."Tidak,tiada taman tema lagi untuk kita." Mereka semua ketawa dan berjalan balik ke rumah dengan perasaan  gembira.

No comments:

Post a Comment