Selepas daripada itu,Cory mengikut saya balik ke rumah.Manusia daripada api akan tinggal sebumbung dengan saya.Cory nampak seperti seorang yang sangat baik walaupun dia dari neraka.Saya fikir dia adalah syaitan.Saya sangat menyukai matanya.Sepasang mata merah yang sangat cantik.Dia sangat sempurna.Tetapi saya masih lagi terfikir mengenai dia dari neraka dan kebebasannya.Saya beri dia kebebasan? Mungkin Cory ada rancangan atau yang lain.Saya tidak terfikir perkara ini akan menjadi menarik sebab saya akan berkawan baik dengan Cory,manusia dari neraka.
Seminggu kemudian,saya sepatutnya kata ianya sangat hebat.Cory menjadi sangat terkenal di kawasan tempat tinggal saya hanya dalam masa beberapa hari sebaik sahaja dia tinggal bersama saya pada hari itu.Ramai orang terutamanya gadis-gadis bertanya kepada saya mengenai Cory.Saya tidak boleh beritahu mereka bahawa Cory adalah syaitan.Tetapi ada berita buruk juga sejak kebelakangan ini.Sebab sejak Cory tinggal dengan saya,seorang demi seorang mati hampir setiap hari.Pihak polis menjumpai mayat dalam keadaan dibakar sepenuhnya.Hanya tinggal tulang.Saya fikir ini adalah kes biasa.
Tetapi lama kelamaan ianya semakin teruk.Semakin ramai orang yang mati.Dalam keadaan yang sama,dibakar sepenuhnya.Hanya tinggal tulang.Setiap kali ada kes kematian,saya baru perasan bahawa setiap kali ada berita kematian,Cory menghilang entah ke mana."Ke mana Cory pergi?" getusku dalam hati.Saya perlu memeriksanya jika betul Cory yang melakukan semua ini.Bila Cory balik ke rumah,dia nampak sangat lain."Awak pergi ke mana tadi?" tanya saya kepada Cory.Cory hanya memandang ke arah saya dengan muka pelik.Dia mengukirkan senyuman.Selepas itu,Cory berjalan menuju ke dapur."Kenapa Cory memandang saya macam itu?" Persoalan terus bermain di kotak fikiran saya.
No comments:
Post a Comment