Selepas kejadian itu,Seo In dikejarkan ke Hospital Besar Seoul.Menurut doktor yang merawat Seo In,doktor kata penyakit Seo In semakin teruk.Aku tidak tahu yang Seo In mengidap penyakit ini.Aku tidak boleh buat apa sebaliknya aku menangis.Ketika aku berjalan menuju ke wad Seo In,aku ternampak dua orang lelaki berdiri di depan pintu bilik wad Seo In.Aku mengesat air mataku dan menuju ke arah mereka,"Awak cari siapa?" tanyaku kepada mereka.Salah seorang menjawad,"Kami berdua cari bilik wad Seo In,awak tahu di mana?","Siapa mereka ini?" getusku dalam hati.Lantas,aku berkata,"Ini bilik wad Seo In,awak berdua ini siapa?","Nama saya Xiah,ini kawan saya N,kami berdua kawan baik Seo In." Selepas itu,Xiah menceritakan kepada aku mengenai penyakit Seo In.Xiah kata penyakit Seo In dulu tidak seteruk ini,tetapi lama kelamaan Seo In menjadi semakin lemah dan pucat.Aku hanya mendengar dan memandang ke arah Seo In yang semakin pucat terbujur kaku tidak sedarkan diri.
Keesokkannya,aku ingin bertemu dengan L di sebuah restoran.Aku menceritakan segala-galanya tentang Seo In kepada L.L tidak memberi sebarang reaksi.Aku menunggu jawapan daripadanya.Melihat kesungguhanku,L menjawab,"Awak terus menjadi teman setia dia hinggalah dia menghembuskan nafas terakhir." Itulah apa L cakap.Kata-kata itu sangat menyayatkan hatiku.Aku berkata kepada L,"Terima kasih." Lalu aku meninggalkan L berseorangan di situ.
Selepas aku berjumpa dengan L,aku terus menuju ke hospital.Ketika aku ingin masuk ke wad Seo In.Aku terdengar perbualan mereka,"Seo In dah sedar ke?" getusku dalam hati.Aku terdengar suara N,"Seo In,demi kebaikan awak,tolong lepaskan Areum.Kasihan dia.Dia sedih tengok awak macam ini." "Tidak,aku tidak mahu lepaskan dia.Aku sayangkan dia!",Xiah pula berkata,"Tolonglah,kami berdua tidak mahu Areum bersedih dengan nasib kamu,Seo In,tolonglah..." pujuk Xiah."Tidak,maafkan aku,kawan-kawan." kata Seo In,perlahan.Aku buka pintu perlahan,air mataku berjurai-jurai membasahi pipiku.Luluh hatiku mendengar Seo In berbicara.Aku meluru ke arah Seo In dan memeluk Seo In dengan erat.
No comments:
Post a Comment