Hari ini hari yang sangat membosankan.Hoon merebahkan badannya di atas sofa dan mencapai alat kawalan untuk membuka televisyen.Tiada rancangan atau program yang menarik.Dia tutup televisyen tersebut dan berjalan setempat.Tiba-tiba,"Aaaarghhh!!!" Hoon menjerit macam orang gila.Kevin yang tengah tidur tiba-tiba bangun seperti robot.Ki Seop pula terkejut macam beruk,Soo Hyun pula ketawa terbahak-bahak tengok muka Ki Seop.Selepas itu,AJ datang dengan muka marahnya dan terus menengking Hoon.Hoon terkejut dan apabila dia tengok muka AJ,"Ya tuhan,mukanya betul-betul menakutkan!" kata Hoon dalam hati.Apabila AJ mahu tampar muka Hoon,dengan tiba-tiba telefon berdering,"Kringg!Kringg!" "Saya angkat!" kata Kevin dengan cepat dia mengangkat panggilan itu.Semua orang memandang ke arah Kevin masa dia tengah bercakap dalam telefon dan dia meletakkan telefon itu.
Kevin dengan senyum lebarnya berkata,"Esok,kita semua akan pergi ke taman tema!!" Semua orang menjerit kerana mereka terlalu gembira."Dong Ho dan Eli telah memenangi suatu pertandingan dan mendapat 7 tiket ke taman tema!" kata Kevin dengan perasaan teruja."Ini pasti akan lebih menarik!" kata Hoon.Yang paling gembira sekali adalah Ki Seop.Dia terlampau gembira sampai melompat-lompat ke sini sana.Apabila Dong Ho dan Eli sampai ke rumah,Hoon dan Kevin berlari dan memeluk mereka.Hoon bertanya kepada Eli,"Macam mana awak dapat tiket ini?" "Aku dan Dong Ho pergi ke pasar raya dan menyertai satu pertandingan.Aku hanya sertai sahaja tapi tidak sangka pula boleh menang." kata Eli.Tiada siapa menjangka Eli dan Dong Ho akan menang.Semua orang sudah tidak sabar mahu pergi ke taman tema esok.
Keesokkan harinya,7 orang lelaki pergi ke taman tema.Apabila mereka sampai di situ,yang pertama sekali menjerit adalah Kevin.Dia terlampau gembira dan dia ingin bermain dengan semua permainan di situ.Soo Hyun ternampak sesuatu yang laju."Oohh,roller coaster!!" jerit Soo Hyun.Soo Hyun dan AJ menuju ke kaunter untuk membeli token.Mereka hanya melihat Soo Hyun dan AJ menaiki roller coaster.Ada yang bersorak,"Hyung,jangan gayat!!" kata Hoon sambil melambai ke arah mereka berdua."Ini pasti akan lebih seronok!" kata AJ kepada Soo Hyun.Apabila roller coaster sudah mula bergerak,ia berhenti sebentar...dan turun ke bawah dengan lajunya.Soo Hyun dan AJ menjerit.Ki Seop memandang ke arah mereka berdua.Dia menggeletar.
No comments:
Post a Comment