Namaku Jion.Umurku 19 tahun.Aku daripada kumpulan Starz,dari Korea Selatan.Aku ada lima orang ahli dalam kumpulan ini.Mereka adalah Hyun Jun,Sol,Tao,Zin dan aku.Kami ada seorang lagi ahli tetapi dia sudah membuat keputusan untuk keluar dari kumpulan ini.Kami debut pada tahun 20X2.Kami tidak sebegitu popular,tidak seperti kumpulan baru atau penyanyi baru yang mendapat sambutan baik pada hari pertama debut.Aku cuba untuk mengubah nasib kumpulanku.
5-Idols,kumpulan ini betul-betul buat aku benci akan mereka.Kumpulan ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan pada permulaan debutnya.Hyun Jun kata,"Kumpulan ini cuba untuk mengambil alih tempat kita." Ayat itu masih bermain di fikiranku.Hari ini,kumpulanku akan membuat persembahan di sebuah rancangan hiburan terkenal.Masa inilah,kumpulanku perlu menunjukkan kelebihan mereka.Aku memeriksa jadual persembahan,aku ternampak perkataan '5-Idols'.Kami akan membuat persembahan selepas 5-Idols?Sol melihat kertas itu berkata,"Ketua,ini pasti akan jadi teruk." Aku memandang ke arahnya.Terdapat sinar ketakutan dalam matanya.Aku rasa dia betul.Aku tidak tahu sama ada ianya menjadi teruk kepada kami pada rancangan ini.Aku betul-betul tidak tahu.
Semasa 5-Idols membuat persembahan,mereka sungguh berbakat.Dari segi nyanyian dan tarian,mereka sangat sempurna.Ratusan peminat bersorak nama kumpulan itu.Tetapi kami juga berbakat.Kalau tidak,macam mana kami boleh jadi artis.Jadi,aku membuat keputusan untuk menunjukkan bakat kumpulanku kepada mereka di luar sana.Selepas 5-Idols membuat persembahan,kami diminta bersedia.Aku ternampak Soo Heok,ketua kumpulan 5-Idols,menjeling ke arahku.Aku tidak menghiraukannya.Di atas pentas,aku agak gemuruh tapi aku cuba untuk bertenang.Pada awal persembahan,semuanya baik tetapi secara tiba-tiba aku terjatuh di atas pentas.Bibirku berdarah disebabkan impak aku terjatuh.Aku ternampak senyuman sinis penonton dan ada yang mentertawakan ku.Aku tidak akan mengalah.Aku mesti bangun dan habiskan persembahan ini.Aku tidak kisah mengenai kecederaan ku.Aku masih lagi mahu menunjukkan kepada penonton bahawa kami juga berbakat.
No comments:
Post a Comment