Funny

Funny

Thursday, 1 August 2013

Starz (Bahagian II)

     Selesai persembahan ku yang teruk.Darah di bibirku terus menitik-nitik pada bajuku.Di belakang pentas,kawan-kawanku serta pengurus kumpulanku berasa sangat risau dengan diriku.Aku mengambil tuala untuk mengelap darahku."Tiada apa-apalah,luka kecil sahaja." kataku tersenyum pahit.Ianya tidak sesakit manapun.Cuma luka kecil.Tetapi macam mana aku boleh terjatuh di atas pentas tadi? Rasanya lantai pentas tidak licin langsung.Persoalan terus bermain di kotak fikiranku.Lamunanku terhenti apabila Zin memanggilku."Ketua,tengok ini!" katanya sambil menuding jari ke arah kasutku.Tali kasutku telah dileraikan.Siapa buat benda ini? Seseorang telah sabotaj ku.Aku teringat bahawa tadi Soo Heok ada menjeling kepadaku.Adakah dia yang buat ini? Dalam kepalaku,hanya perkataan '5-Idols' bermain di fikiranku.Perasaan dendam terus menjalar dalam diriku.

     Aku fikir aku mahu balas dendamku kepada 5-Idols.Aku merancang untuk merosakkan prestasi mereka.Aku memberitahu rancangan jahatku kepada ahli kumpulanku.Rancanganku adalah mengoyakkan semua baju 5-Idols sebelum mereka pakai untuk persembahan.Sabotaj kasut,mikrofon dan persembahan mereka semua hingga persembahan mereka dibatalkan berminggu-minggu.Zin dan Hyun Jun sangat setuju dengan rancangan ini.Sol tidak memberi sebarang reaksi.Tao pula kelihatan sangat takut."Ketua,awak pasti ke? Macam mana kalau kita tertangkap? Aku tidak mahu buat semua ini!" kata Tao.Suaranya agak terketar-ketar.Matanya jelas terpancar kerisauan dan ketakutan.Aku mengusap bahunya."Jangan risau,Tao.Aku pasti tiada siapa tahu rancangan ini.Tiada siapa melainkan kita." kataku kepada Tao.Tao menganggukkan kepalanya."Okey,bila kita mahu buat benda ini?" akhirnya Sol bersuara setelah lama mendiamkan diri.Aku tersenyum sinis,"Okey,kita mulakan esok."

No comments:

Post a Comment