Funny

Funny

Sunday, 3 November 2013

Budi (Bahagian V)

        Kris membuka balutan di kepalanya.Bisa lukanya masih terasa.Berkerut-kerut dahi Kris menahan bisa tersebut dan dahi Kris bertambah berkerut apabila belakangnya ditepuk kuat daripada belakang."Woi,sakit la! Kau ni takde kerja ke tepuk belakang orang?! Nasib baik jantung aku tak gugur!" marah Kris.Yongguk hanya tersenyum seperti kerang busuk."Ala...kau ni,macam mak nenek la...wei,Kris...apasal dahi kau tu? Kau jatuh ke?" tanya Yongguk.Kris mengambil sepucuk pistol dan memasukkan ke dalam bajunya. "Ha'ah, aku jatuh tadi.Kau buang tabiat ke tanya aku camtu?" tanya Kris balik.Yongguk hanya tersenyum hambar dan Yongguk mengambil sebilah pisau rambo dan sepucuk pistol dan memasukkannya ke dalam bajunya. Kris mengambil beg galasnya dan berjalan menuju ke pintu keluar dan seketika Kris memaling ke belakang. "Ahh...Yongguk,malam ni siapa pulak yang jadi korban aku malam ni?" tanya Kris.Yongguk melempar sekeping gambar dan Kris menyambutnya dengan kasar."Orangnya baru berpindah ke sini 2 minggu lepas. Dia merupakan anak kenamaan yang berpengaruh di Korea Selatan.Nama dia..." Kris memotong percakapan Yongguk."Wei..kau..kau biar betul...?" Tergagap-gagap Kris menjawab.

       Keesokan harinya,Kris rasa serba salah untuk ke sekolah."Kenapa? Aku tak pernah sangka benda akan berlaku..." getus Kris dalam hati.Kata-kata Yongguk semalam masih tergiya-iya di kepala Kris. "Kenapa pulak kau nak tolak benda ni? Kali ni,upahnya lebih lumayan. Berjuta,wei,kau tak nak ke?" kata Yongguk,memujuk."Tapi,Yongguk,aku kenal dia lah,aku tak sanggup nak bunuh dia...lagipun apa salah dia sampai aku pulak yang kena bunuh dia?" tanya Kris.Yongguk menongkat dagunya,"Hmm..entah la...tapi apa yang aku pasti dia memang anak orang kaya dan warna kulitnya pun pelik...lebih baik dia mati dari dia terus hidup dalam dunia ni." kata Yongguk. "Dan,kau mesti bunuh dia sebelum akhir bulan ni,faham?" kata Yongguk lagi.Kris tak sanggup nak bunuh Eric.Sumpah! Kris tak sanggup.Apa salah Eric sampai dia patut dibunuh? Lamunan Kris terhenti apabila ditegur oleh Eric."Kris,kenapa kau berdiri terpacak macam tiang ni? Kenapa muka kau pucat?" tanya Eric.Kris memandang tepat pada muka Eric.Terdapat garis kerisauan pada muka Eric dan anak matanya seperti tidak memandang ke arahnya."Tak..takde apa-apa la,jom,nanti kita lambat pulak nak masuk kelas." kata Kris lalu menarik tangan Eric dan berjalan menuju ke sekolah."Kenapa lain benar sikap Kris hari ni?" soal Eric dalam hati.

Budi (Bahagian IV)

        Sepanjang cikgu mengajar di depan,aku terasa seperti ada orang mencuit lenganku dari sebelah kanan ku.Apabila aku memaling ke arahnya,dia melambai dan tersenyum kepadaku.Senyuman nipis terukir di bibirku dan aku ternampak tanda namanya,ianya tertulis 'Dongwoon'.Orangnya berkulit cerah dan muka seperti orang asing.Di sebelah Dongwoon pula,pelajar itu memandangku dengan pelik.Aku tak berapa nampak tanda namanya tapi aku pasti dia orang Korea kerana mukanya seperti orang Korea.Dongwoon memberi isyarat tangan yang sukar difahami.Mejaku dihentak kuat oleh cikgu di depanku.Bahuku terangkat sedikit dan semua orang memandang ke arahku.Cikgu itu berdehem,"Hmm...Eric,kamu ni...baru hari pertama masuk kelas saya dah buat hal? Kamu sepatutnya tumpukan perhatian pada kelas,bukan kawan baru!!" marah cikgu.Mukaku terasa panas dan ikutkan hati,mahu aku tendang cikgu di hadapanku ni.Selepas itu,cikgu berkata,"Biasa la...anak orang kaya...tak payah belajar pun tetap pandai..." Aku mengenggam tanganku dengan kuat.Kenapa? Kenapa cikgu cakap camtu? Tanpa ku sedari,air mataku mulai gugur dan aku berlari keluar dari kelas.Aku tidak mempedulikan orang yang lalu-lalang yang melanggarku,yang aku tahu,aku nak mati!

        Aku terus berlari dan berlari,aku sudah tidak peduli dengan keselamatan ku lagi dan ketika aku menuruni tangga,aku terasa tubuhku seperti melayang ke bawah dan ada sepasang tangan memeluk tubuhku dan terjatuh ke bawah.Aku membuka mataku dan ternampak Kris berbaring di situ,tidak sedarkan diri. "Kenapa? Kenapa kau selamatkan aku? Aku nak mati tetapi kenapa kau selamatkan aku?!" kataku sambil memukul badan Kris.Kris tidak memberi sebarang reaksi dan ku lihat darah mengalir keluar dari kepala Kris.Aku mula diserang perasaan takut tetapi entah kenapa aku bukan menjerit meminta pertolongan sebaliknya aku menciumnya. Aku tak pasti apa yang ku lakukan ni tetapi aku dapat rasakan ada tangan yang memegang bahagian belakang tengkukku.Dalam diam-diam,Kris membuka matanya perlahan dan saat terdetik dalam hati Kris untuk berkata,"Adakah kau betul-betul sukakan aku? Tetapi aku pasti kau akan bersedih bila tahu aku bukan seperti yang kau sangka."

       Bau-bau ubat menusuk ke dalam hidungku dan cahaya lampu menyilaukan mataku."Aku kat hospital ke?" kataku,perlahan.Tiba-tiba,satu suara menjengah ke telingaku."Awak dah bangun ke?" Terkejut aku mendengar suara itu dan aku terus bangun terduduk.Siapa perempuan ni? Budak kelas aku ke? Aku memandang sekeliling,suasana hospital yang sangat aku benci dan Dongwoon,yang tersenyum lega melihat aku sudah sedar."Eric,nasib baik kau dah sedar,risau kitorang sebab kau pengsan tadi." kata Dongwoon. Aku berasa pelik,bila masa aku pengsan? "La...kau tak ingat ke? Tadi kau pengsan masa kau jatuh tangga tadi.Lepas tu,terkocoh-kocohlah Kris hantar kau pergi hospital sebab risau sangat." kata perempuan seorang lagi.Aku cuma mengiyakan sahaja."Err...siapa nama awak semua?" tanyaku,pelik.Dongwoon menepuk dahinya."Aishh...lupa pula,nama aku Dongwoon,perempuan yang terkejut kau tadi,Sunhwa dan yang ini, Ailee." kata Dongwoon sambil menuding jari ke arah Ailee."Dan ada seorang lagi,nama dia Heechul,dia pergi keluar beli air kejap sebelum kau sedar." kata Dongwoon lagi."Mana Kris?" Soalan itu terpancul keluar dari mulutku."Kris...dia dah balik tadi.Kepala dia berbalut sikit sebab selamatkan kau." kata Dongwoon lagi.

Friday, 1 November 2013

Budi (Bahagian III)

        Kata-kata guru besar terus bermain-main di kotak fikiranku. 

     "Eric,kamu tak sepatutnya bersekolah di sini. Kamu patut bersekolah di sekolah private. Kamu tidak sesuai di sini." Aku seperti tidak mempercayai kata-kata guru besar tadi. Tapi setelah aku mengatakan yang ku ingin bersekolah di sini, guru besar tidak berkata apa-apa. Aku mengekori cikgu yang akan menunjukkan kelasku. Sekali-sekala, cikgu itu memaling ke arahku dengan pelik. Aku terdengar rungutan cikgu itu.

     "Ishh, kenapa anak orang kenamaan sekolah kat sini? Kenapa tak pergi sekolah private je? Kan senang?" rungut cikgu tersebut. Rungutan cikgu tadi cukup menghiris kepingan hatiku yang kecil ini. Kenapa semua orang tidak sukakan aku? Apa salah aku? Pertanyaan terus bergelodak dalam jiwaku. Lamunanku terhenti apabila cikgu berhenti di hadapan kelas dan memaling ke arahku. 

     "Okey, kita dah sampai. Harap kamu dapat menyesuaikan diri kamu dengan kawan baru nanti." kata cikgu itu. Cikgu itu melangkah masuk dan aku mengekori dari belakang. Semua ekor mata pelajar dalam kelas itu memandang ke arahku dan aku ternampak Kris, duduk berdekatan tingkap melambai ke arahku.

     Cikgu mengarahku untuk memperkenalkan diriku kepada kelas. Aku menunduk hormat dan berkata. 

       "Selamat pagi. Nama saya Eric Kim, saya datang dari Korea Selatan dan baru berpindah ke sini dua minggu lepas. Saya harap kamu semua dapat beri tunjuk ajar." Semua orang memandangku dengan pelik. Aku ada buat salah ke? Cikgu memegang bahuku dan berkata. 

      "Okey, murid-murid. Saya harap kamu dapat berkawan dengan pelajar baru ni dan Eric, tempat duduk kamu di sebelah Kris, yang duduk berdekatan dengan tingkap itu." kata cikgu lagi. Aku mengangguk perlahan. Sewaktu aku melintasi beberapa buah meja, ku lihat mereka memandang ku dengan pelik. Ada itu seolah-olah ingin menanya mengenai mataku. Aku segera berjalan dan duduk di tempat dudukku. Cahaya mentari membuatkan mataku kelihatan bersinar. Merah bersinar yang menyebabkan semua orang takut denganku. Kris seolah-olah mengerti dengan situasi yang ku hadapi sekarang ini dan berkata. 

    "Takpe, Eric, aku pasti kau akan dapat kawan nanti." Kata-katanya memberi sedikit semangat kepadaku. Dalam masa yang sama, aku terfikir, "Alangkah bagus kalau aku mati sekarang ni."

Saturday, 26 October 2013

Budi (Bahagian II)

     Apabila aku membuka mataku, ku lihat lori itu sudah tiada dan aku terdengar suara dari sebelahku. 

       "Ugh!" Dia memandang tepat ke arahku. "Awak tak apa-apa ke? Ada cedera bahagian mana-mana? Nak pergi ke hospital ke?" 

         Bertubi-tubi soalan dia mengajukan kepadaku. Aku memandang ke arahnya, aku sangat terkejut bahawa dia, lelaki yang tinggi lampai tadi, telah menyelamatkan nyawaku. Aku terlihat sikunya berdarah dan ada sedikit kesan calar pada lengannya. 

        "Tak... saya tak apa-apa, tapi luka awak..." ayatku tergantung. Lantas, dia berkata,

      "Oh, ini, apalah sangat luka ni, asalkan awak selamat." kata lelaki itu, tersenyum. Aku seperti kagum mendengar ayatnya tadi. Baik sungguh hati dia. Aku teringin mengucapkan terima kasih kepadanya tetapi lidahku seperti kelu untuk mengungkapkan perkataan itu. Melihat aku seperti sudah terdiam, dia segera menanya kepadaku. "Awak sekolah dekat sini?" Aku mengangguk perlahan. 

         "Ya, saya baru berpindah ke kawasan ni." kataku, perlahan.

       Dia mengajakku untuk berjalan menuju ke sekolah bersamanya. Aku berasa sangat janggal kerana ketinggian kami. Tinggi badanku hanya 172cm tetapi dia, ketinngiannya 187cm atau ke atas. Sangat tinggi. Aku yang berjalan disebelahnya berasa takut sedikit. Agak-agaknya dia makan apa sampai terlebih tinggi. Aku mengelamun jauh sampai dia menegur ku. 

         "Jauh mengelamun, fikir pasal apa?" tanyanya kepadaku dan membuatkan bahuku terangkat sedikit kerana terkejut. Aku segera menggelengkan kepalaku. 

         "Takde apa-apalah." kataku dengan pantas. Sewaktu kami memasuki kawasan sekolah, cikgu yang menjaga pintu sekolah terus menegurku.

         "Kamu Eric Kim, kan?" Aku menunduk hormat dan segera menjawab. 

      "Ya, saya Eric Kim. Apa yang boleh saya bantu?" tanyaku dengan sopan. Lantas cikgu itu berkata.

         "Kamu dikehendaki pergi ke pejabat untuk kemasukan kelas kamu. Oh, Kris, awal kamu datang hari ni." kata cikgu itu sambil memandang ke arah orang yang berdiri di sebelahku.

         Kris tergelak sendiri. "Haha... biasa je, cikgu." katanya kepada cikgu dan Kris memandang ke arahku. "Kau mesti tak biasa lagi dengan sekolah ni, kan?" tanyanya kepadaku. Aku mengangguk perlahan. 

         "Oh, kalau begitu, Kris, boleh kamu tunjukkan arah ke pejabat sekolah untuknya?" tanya cikgu kepada Kris. Kris segera mengangguk dan memandang ke arahku.

        "Jom!" kata Kris dan menarik tanganku. Sepanjang perjalananku ke pejabat, semua pelajar memandang ke arahku. Aku tahu warna kulitku agak cerah berbanding orang lain. Kris memegang bahuku. "Kau Eric, kan?" tanyanya kepadaku. Aku mengangguk seperti pak turut. "Kau datang dari mana? Kenapa anak mata kau warna merah?" Soalannya tadi membuat aku terkejut. Aku terlupa pakai kanta lekap sebelum pergi ke sekolah. Aku segera menjawab. 

     "Sa... saya dilahirkan sebagai albino. Sa... saya dari Korea Selatan." kataku, gagap. Kris mengangkat keningnya dan berkata. 

       "Oh, patut la... sebab aku pelik kenapa warna kulit kau nampak tak berwarna dan rambut kau... aku ingatkan kau warnakan rambut kau blonde." katanya kepadaku. Aku tersenyum sendiri. Kris memberhentikan langkahnya. "Okey, kita dah sampai. Aku perlu masuk ke kelas sekarang. Kita jumpa lagi nanti." katanya dan segera berlalu pergi. Aku melihatnya pergi dan memasuki pejabat.

Thursday, 24 October 2013

Budi (Bahagian I)

      Namaku Eric Kim Jaeyoon. Semua orang memanggilku Eric. Aku merupakan pelajar sekolah tinggi yang mempunyai latar belakang yang baik di kawasan rumah kenamaan. Aku tidak pernah berasa bangga dengan kekayaanku dan aku ingin hidup seperti manusia biasa walaupun aku sebenarnya seorang albino. Aku berasa agak kekok sikit kerana ini adalah kali pertama aku bersekolah di sini, di Kanada. Aku terpaksa berpindah daripada Korea Selatan ke Kanada atas perpindahan tempat kerja ayahku. Lagipun aku sudah meminta ayahku untuk menyekolahkan aku di sekolah biasa. Aku juga tidak berapa fasih dengan bahasa mereka jadi aku hanya menggunakan bahasa perantaraan. Aku berharap tiada apa yang berlaku kerana esok merupakan hari pertama persekolahan ku di sini. Aku berharap sangat.

        Keesokkan harinya, aku sudah bersiap untuk pergi ke sekolah pada awal pagi. Aku terpaksa memakai bedak untuk menutup warna kulitku yang tidak berwarna. Cuaca hari ini sangat panas, jadi aku hanya memakai kemeja sekolah dan seluar slat. Aku turun ke bawah untuk mengambil sarapanku. Seperti biasa, anak tunggal seperti aku hanya makan berseorangan di meja makan setiap pagi. Ibu bapaku sangat sibuk dengan tugasan mereka sampai terlupa akan sarapan pagi. Ku lihat pembantu rumahku mencuci pinggan di dapur. Sebelum aku beredar dari meja makan, pembantu rumahku memanggilku. 

       "Tuan muda Eric, tuan dah nak pergi sekolah?" tanyanya dengan lembut. 

        Aku mengangguk perlahan. "Ya,mak cik. Mak cik tidak perlu memanggil saya tuan muda Eric, panggil Eric sahaja." kataku sambil tersenyum. Pembantu rumahku menggeleng kepalanya. 

        "Tak boleh,tuan merupakan anak majikan saya, jadi saya harus menghormati tuan muda juga." katanya lagi. Aku hanya memandangnya dan berjalan menuju ke pintu. Pembantu rumahku memanggilku lagi. "Tuan muda, tuan tertinggal bekalan tuan." katanya sambil memberi bekal kepadaku. "Mak cik harap kamu dapat menyesuaikan diri ketika di sekolan baru nanti." Kata-kata mak cik tadi membuatkan hatiku menjadi perit dan aku hanya tesenyum nipis.

       Aku berjalan kaki menuju ke sekolah yang hanya 2km jarak daripada rumahku. Pemandu peribadiku beria-ia ingin menghantarku tetapi aku menolak dengan cara baik. Aku tidak mahu bergantung kepadanya. Sewaktu aku berjalan, aku terlihat beberapa orang gadis yang berjalan tidak jauh daripadaku sudah tersenyum-senyum lebar. Aku terdengar perbualan mereka. 

        "Eh, tengok. Budak itu sangat kacak!" Seorang lagi berkata. 

        "Warna kulit dia lagi cerah daripada kita semua. Rambutnya pula berwarna perang!"

        "Comelnya dia!"

         Itulah apa yang aku dengari. Aku tidak berapa kisah dengan pandangan mereka. Aku hanya terus berjalan. Tiba-tiba,aku ternampak seorang lelaki, aku rasa dia sama sekolah denganku kerana uniformnya dan ketinggiannya membuatkan aku terkejut. Aku pasti ketinggiannya 187cm ke atas. Sangat tinggi. Aku sangat terpegun dengan ketinggiannya sampai aku tidak menyedari aku sudah berada di tengah jalan raya. Aku terdengar bunyi hon yang membingitkan daripada belakangku. Saat aku menoleh ke belakang, aku ternampak sebuah lori menghampiriku dan tiba-tiba semuanya menjadi gelap.

Budi (Sinopsis & Watak)

Sinopsis

Aku baru berpindah dari Korea Selatan ke Kanada. Hari pertama sekolahku merupakan hari paling bermakna padaku. Pada hari itu, aku telah diselamatkan oleh seorang lelaki yang tidak ku kenali. Dia menyelamatkan aku dari dilanggar sebuah lori. Aku ingin membalas budinya tetapi dia bukan seperti yang ku sangkakan.


Watak Utama


Eric@Jaeyoon lakonan Jaeyoon (TWI-Light)

Kris lakonan Kris (EXO)

Watak Sampingan


Dongwoon lakonan Dongwoon (B2ST)

Heechul lakonan Heechul (ZE:A)

Ailee lakonan Ailee

Sunhwa lakonan Sunhwa (Secret)

Yongguk lakonan Yongguk (B.A.P)

Sunday, 13 October 2013

Daesoryong-do (Bahagian Akhir)

       Krystal mula jadi kelam-kabut dan Dae Ryong sudah tiada di sisinya.Krystal jadi panik,"Dae Ryong! So Ryong! Sulli! Korang kat mana? Jawab la!" jerit Krystal.Tangan Krystal terawang-awang di udara dan Krystal tersentuh pada sesuatu pada dinding."Apa ni?" getus Krystal dalam hati.Tanpa memikir panjang, Krystal terus menolak sesuatu daripada dinding dan tokong itu terus menjadi terang-benderang.Tangan Krystal menghalang pandangannya dan apabila Krystal mengalihkan tangannya daripada pandangannya, alangkah terkejutnya Krystal melihat tokong itu dipenuhi dengan darah.Darah di merata-rata tempat, dinding,lantai,patung dan tangannya juga ada kesan darah.Ketakutan mula merasuk diri Krystal."Dae Ryong! So Ryong! Sulli! Tolong la jawab!!" jerit Krystal lagi.Tiba-tiba,kedengaran suara Sulli memanggil,"Krystal! Kat sini!!" panggil Sulli.Krystal terus berlari ke arah suara Sulli dan sampai sahaja Krystal melihat Sulli, Krystal memeluk Sulli dan Krystal terus menangis."Wei..korang kat...mana tadi? Kenapa korang...tinggalkan aku?" kata Krystal dalam tangisannya.Krystal menjadi pelik kerana Sulli langsung tidak memberi sebarang reaksi.Krystal memaling ke tepi dan Dae Ryong juga tidak memberi sebarang reaksi.Mereka berdua memandang ke atas."Kenapa mereka pandang ke atas?" getus Krystal dalam hati.Krystal memaling ke atas dan darah Krystal seperti disirap keluar.

       Darah So Ryong menitik-nitik jatuh ke muka Krystal.Badan So Ryong diikat pada tiang dan badannya dipenuhi darah yang masih mengalir.Krystal seperti terpaku melihat So Ryong dalam keadaan sebegitu. "Macam mana dia boleh sampai ke situ?" soal Krystal."Aku tak tau..." Sulli menjawab."Aku pun terkejut melihat ni..." Dae Ryong hanya mendiamkan diri.Sulli dan Krystal mula merasa pelik dengan sikap Dae Ryong.Sangat senyap."Dae Ryong,kenapa ni?" tanya Sulli sambil menyentuh bahu Dae Ryong.Tangan Sulli seperti tersentap menyentuh bahu Dae Ryong.Sulli mula mengigil ketakutan."Kau...ni siapa...?" tanya Sulli,perlahan.Saat Sulli menanya Dae Ryong,satu batang besi menembusi badan Sulli dan darah Sulli memercik di serata tempat.Krystal mula menjerit ketakutan apabila melihat Sulli ditikam.Krystal cuba mendapatkan Sulli tetapi dihalang oleh Dae Ryong."Kau mesti keluar dari sini! Cepat! Sebelum kau kena..." Darah tersembur keluar dari mulut Dae Ryong dan mengenai muka Krystal.Krystal tanpa banyak soal segera bingkas bangun dan berlari ke arah pintu keluar dan So Ryong tiba-tiba muncul di situ.Krystal terkejut dan Krystal jatuh terduduk.So Ryong berjalan menghampiri Krystal dan Dae Ryong segera menikam So Ryong daripada belakang."Cepat lari!!!" jerit Dae Ryong.

10 tahun kemudian,

       "Kau tau tak pasal Daesoryong-do?" tanya Ryu kepada Shin."Oh,tokong tu...kenapa?" tanya Shin balik. "Aku dengar tokong tu pernah berlaku tragedi berdarah dimana sepasang kembar berbunuhan sesama sendiri disebabkan mulut kembarnya yang celopar." kata Ryu."Dan kalau kau nak masuk tokong tu,kau mesti jaga mulut kau,kalau tak,kau akan mati dibunuh." kata Ryu lagi.Shin ketawa mengejek."Kau sengaja nak takutkan aku ke? Kau ingat aku ni budak kecik ke nak takutkan aku dengan cerita camtu?" kata Shin, menyindir.Ryu merenung tajam ke arah Shin."Aku tak main-main...sekali kau masuk tokong tu,kau takkan balik selamanya...orang macam kau mungkin akan mati..." kata Ryu,serius.Shin seperti tercabar segera menuju ke tokong itu pada petang itu."Wei,aku tak nak masuk.Kau je la masuk." kata Ryu,takut.Shin tersenyum mengejek.Shin menuju ke pintu tokong dan membukanya perlahan.Sebaik sahaja Shin melangkah masuk,pintu terhempas dengan kuat dan kedengaran suara Shin menjerit.Ryu hanya mampu mendengar sahaja tanpa sempat menolongnya.

Friday, 11 October 2013

Daesoryong-do (Bahagian III)

      Setibanya mereka tiba di tokong itu,So Ryong terus berkata,"Wow,tokong ni nampak seramlah dan sangat menjengkelkan." kata So Ryong,mengejek.Tiba-tiba,angin berdesup dengan kuat dan pintu tokong itu terbuka.Sulli dan Krystal memeluk lengan Dae Ryong dengan erat."Wei,aku takut la..." kata Krystal.So Ryong seperti tidak takut apa-apa."Ceh,angin je kut...buat apa nak takut.Setakat pintu terbuka sebab angin je,biasa je..." kata So Ryong lagi.Dae Ryong hanya mendiamkan diri.Melihat reaksi mereka bertiga,So Ryong terus berkata,"Helo! Ada hantu tak kat dalam ni?!!" kata So Ryong.Suara So Ryong bergema-gema dalam tokong itu.So Ryong memaling ke arah mereka bertiga,"Dah la tu.Kata nak buat pasal tokong ni,takyah nak takut sangat la." kata So Ryong seperti mencabar.Mereka berempat memasuki tokong tersebut.Sebaik sahaja mereka masuk,pintu tokong itu terhempas kuat seperti seseorang menghempasnya.Mereka berempat terkejut dan Krystal mula menjerit,"Aaaahhhh!!!" So Ryong menyalakan lampu suluh yang dibawanya dan menyuluh ke arah Krystal."Woi,kau ni boleh tak jangan jadi penakut sangat? Bising tau tak?!" marah So Ryong."Tapi...tapi..aku..." So Ryong memotong percakapan Krystal."Dah...dah...aku tak nak kau menjerit lagi.Babi betul la...apsal gelap sangat tokong ni? Takde tingkap ke tokong ni? Bodoh betul saper yang buat tokong ni..." bebel So Ryong.Mereka berjalan,berjalan dan tiba-tiba So Ryong menjerit,"AAHHH!!"

       Krystal bertambah takut dan memeluk Dae Ryong dengan erat.Sulli mula panik,"So Ryong! So Ryong! Kau kat mana? Jawab la!" panggil Sulli dan secara tiba-tiba So Ryong muncul di depan Sulli dan menyergahnya.Sulli dan Krystal menjerit.So Ryong ketawa terbahak-bahak,"Hahaha..apalah korang ni..penakut sangat...aku tak apa-apa la...aku cuma terlanggar ni.." kata So Ryong sambil menunjukkan benda yang dilanggarnya tadi."Tengkorak!!?" kata Sulli dan Krystal serentak.Setelah lama mendiamkan diri,Dae Ryong mula bersuara,"So Ryong,jom balik lah.Aku mula rasa tak sedap hati." kata Dae Ryong.So Ryong mencebik,"Kau ni...aku langgar tengkorak je kut...apa la sangat tulang ni...bukan hidup pun,dah mampus dah.." kata So Ryong,celopar dan So Ryong mencampakkan tengkorak itu dan tengkorak itu pecah.So Ryong berjalan ke depan meninggalkan mereka bertiga di belakang.Tiba-tiba,tokong itu menjadi sangat gelap.

Daesoryong-do (Bahagian II)

       Keesokan harinya,cikgu meminta murid-murid membuat suatu tugasan."Murid-murid,cikgu mahu kamu semua buat tugasan mengenai sejarah-sejarah tersirat.Kamu boleh buat secara individu atau berkumpulan. Kamu boleh buat mengenai tokong,lagu,buah-buahan dan sebagainya.Tajuknya bebas." kata cikgu.Semua murid mengangguk kecuali So Ryong."Cikgu nak kamu semua hantar sebelum minggu depan." kata cikgu lagi.Dae Ryong berasa teruja dengan tugasan ini tetapi tidak bagi So Ryong."Aishh...malaslah aku nak buat pasal sejarah-sejarah ni...entah apa-apa..." kata So Ryong,malas.Dae Ryong cuba memujuk So Ryong."So Ryong...jomlah kita buat tugasan ni...tugasan ni pasti menarik." pujuk Dae Ryong.So Ryong hanya memberi pandangan kosong."Kita ajak Sulli dan Krystal sekali buat tugasan ni...baru best sikit." kata Dae Ryong lagi.So Ryong buat muka acuh tak acuh."Jadi,kita nak buat pasal apa dan bila nak buat?" tanya So Ryong.Dae Ryong memanggil Krystal dan Sulli untuk menyertai mereka."Sulli,Krystal,kat sini!" panggil Dae Ryong.Sulli dan Krystal menarik kerusi mereka dan mereka duduk dalam bulatan.

      Mereka berempat duduk dalam satu bulatan."Jadi,kita nak buat pasal apa?" So Ryong memulakan perbincangan."Apa kata kita buat pasal buah-buahan?" cadang Sulli."Kau ni,Sulli...asyik fikir pasal makanan je..." tegur Krystal.Sulli tersengih."Hahaha...mianhae.." kata Sulli.Dae Ryong pula bercadang,"Apa kata kita buat pasal lagu kanak-kanak?" "Terlalu kebudak-budakan...lain?" jawab So Ryong."Kita buat pasal tokong Daesoryong-do,nak?" cadang Krystal.Dae Ryong memetik jarinya."Oh...tokong tu! Tokong yang menyimpan 1001 rahsia itu." kata Dae Ryong dengan teruja."Mereka kata sesiapa yang masuk ke tokong itu,dia takkan balik buat selama-lamanya..." kata Sulli."Kau biar betul...takkan takde seorang pun terlepas?" soal So Ryong.Sulli mengangguk."Ya,tiada seorang pun terlepas.Sampai sekarang,rahsia tokong itu tersimpan dan sejarah tersiratnya,tiada seorang pun yang tahu." kata Sulli lagi."Wow,seramnya." kata Krystal.So Ryong seperti tidak percaya dengan cerita itu mula berkata,"Okey,dah buat keputusan? Jom kita pergi ke tokong yang korang takutkan tu." kata So Ryong,mengejek.Dae Ryong mula diserang perasaan tak sedap hati.

Daesoryong-do (Bahagian I)

      Dae Ryong menumpukan perhatian sepenuhnya pada cikgu di hadapan,manakala So Ryong pula sudah nyenyak tidur di sebelahnya.Dae Ryong cuba mengejutkan So Ryong tetapi tak berjaya.Cikgu mula berjalan menghampiri meja So Ryong."So Ryong,bangun! Cikgu berjalan ke arah kau!" panggil Dae Ryong tetapi So Ryong pura-pura tidak mendengarnya.Cikgu mula geram dengan perangai So Ryong mula menghempaskan buku dipegangnya pada meja So Ryong.So Ryong bingkas bangun dalam keadaan mengejut."So Ryong! Kenapa kamu tidur dalam kelas saya?" soal cikgu.So Ryong mencebik."Suka hati akulah aku nak tidur ke tak? Takde kena mengena dengan cikgu!" jawab So Ryong,kasar.Cikgu mula berang."Kamu ini kenapa? Kenapa tak jadi macam kembar kamu,Dae Ryong? Dia selalu menumpukan perhatian dalam kelas tetapi kamu...kamu selalu tidur dalam kelas saya!!" marah cikgu."Lantaklah!! Suka hati akulah,aku nak jadi pandai ke bodoh ke,kau tak layak nak marah aku,bodoh!!" *PAKK!* Muka So Ryong terpaling ke tepi dan darah mula mengalir keluar dari bibir So Ryong.Cikgu terdiam dan So Ryong terus keluar dari kelas.Dae Ryong tak mampu berbuat apa-apa."So Ryong..."

      So Ryong terus berjalan laju meninggalkan kelas dan Dae Ryong mengejar daripada belakang."So Ryong!" panggil Dae Ryong.So Ryong memberhentikan langkahnya."Kau nak apa?" soal So Ryong.Nafas Dae Ryong tercungap-cungap."Aku rasa...kau patut minta maaf dengan cikgu,So Ryong..." kata Dae Ryong. So Ryong memaling ke arah Dae Ryong dengan muka mencebik."Buat apa aku nak minta maaf dengan dia? Dia yang patut minta maaf dengan aku!" jawab So Ryong dengan marah.Dae Ryong terkejut mendengar jawapan So Ryong tadi berkata,"So Ryong,bukan ke tu biadab..kau pasti..." So Ryong memotong percakapan Dae Ryong."Biadab ke tak ke,semuanya sama je bagi aku.Peduli apa,lantaklah." jawab So Ryong dengan kasar dan meninggalkan Dae Ryong terpinga-pinga.Dae Ryong terdiam seribu bahasa.Dae Ryong hanya melihat So Ryong berjalan pergi."So Ryong,aku harap kau patut jaga mulut kau sebelum perkara buruk berlaku pada kau..." kata Dae Ryong,perlahan.

Daesoryong-do (Sinopsis & Watak)

Sinopsis

Sepasang kembar yang mempunyai personaliti berbeza.Seorang baik,seorang mulut celopar.Demi menyiapkan tugasan sejarah.Mereka bersama Krystal dan Sulli ingin membongkar rahsia tersirat dalam tokong Daesoryong-do yang menyimpan 1001 rahsia.Adakah mereka akan terselamat?

Watak Utama

Dae Ryong lakonan Dae Ryong (TASTY)

So Ryong lakonan So Ryong (TASTY)

Watak Sampingan

Krystal lakonan Krystal (f(x))

Sulli lakonan Sulli (f(x))

Kau Milikku (Bahagian Akhir)

       "Hoon!!!" Aku menjerit.Hoon memaling ke arahku dan melepaskan Min Ah yang sudah tidak bernyawa.Aku cuba mendapatkan Min Ah tetapi Hoon menghalangku."Hoon!! Kenapa kau bunuh Min Ah?! Kenapa...!" Aku memandang sekeliling dan aku ternampak darah di merata tempat,apa yang mengejutkanku adalah terdapat timbunan mayat dalam keadaan mengerikan.Cikguku...kawanku...pekerja sekolah...kerani...semuanya mati dibunuh oleh Hoon.Aku mengambil serpihan kaca yang tajam dan mengacu ke arahnya."Jangan datang dekat! Aku bunuh kau nanti!" Hoon seperti tidak mengendahkan amaranku dan dia terus berjalan menghampiriku.Aku mengenggam kaca di tanganku."Aku kata jangan dekat! Jangan datang dekat...kalau tak..." Kaca di tanganku pecah dan darahku menitik-nitik ke lantai.Kakiku mula longlai dan aku jatuh terduduk.Hoon semakin menghampiriku dengan batang besi yang diselaputi dengan darah.Aku mengundur dan undur dan aku tersandar pada dinding.Kini,Hoon sudah berada di hadapanku,dia memegang mukaku."Kenapa kau lari daripada aku? Bukan ke kita kawan?" tanya Hoon kepadaku.Badanku mengigil ketakutan."Kau...kau gila! Kau bukan kawan aku!! Aku menarik batang besi dipegangnya dan membaringkannya sambil mengacukan batang besi pada Hoon.Belum sempat aku menikamnya,dia berkata,"Kau dah lupa ke?"

Seminggu yang lalu,

      "Kau rasa aku patut tukar warna rambut?" tanya Hoon kepada Hyunmo.Hyunmo memandang Hoon dengan pelik."Kau nak tiru aku lagi ke?" soal Hyunmo."Bukan...aku rasa..." Hyunmo memotong percakapan Hoon."Hoon,cukup-cukuplah tu.Jangan cakap benda merepek lagi dalam kelas.Bukan kita berdua je dalam kelas tu." kata Hyunmo,marah."Selagi kita bersama,kita tak perlukan kawan yang lain..." kata Hoon."Apa kau cakap ni? Jangan nak merepek!" Hyunmo menjadi marah."Sejak kebelakangan ni,kau selalu pergi ke perpustakaan,kan? Sebab nak jumpa perempuan tu kan?" soal Hoon lagi.Hyunmo terkejut."Macam mana...apa kau buat kat dia?" Hyunmo bertambah berang."Aku tak cakap apa-apa...aku cuma senyapkan dia..." kata Hoon.Hyunmo terdiam."Kan aku dah cakap...selagi kita bersama,kita tak perlukan kawan yang lain...selamanya..." Hoon memaling ke belakang dan angin bertiup perlahan."Selamanya sampai..." Hyunmo menikam Hoon daripada belakang.Darah tersembur keluar dan mengenai baju Hyunmo.Muka Hoon menghadap muka Hyunmo,Hoon memuntahkan darahnya dan mengenai muka Hyunmo.Hyunmo hanya tersenyum sinis dan menolak Hoon jatuh ke bawah.

Darah mengalir keluar dengan banyak hingga membentuk sebuah kolam darah.Hyunmo cuba menahan darah dari keluar tetapi percubaannya hanya sia-sia.Darah memercik-mercik keluar dari badan Hyunmo,Hoon mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukan pada muka Hyunmo."Kalau kau nak aku mati,aku nak kau mati bersama aku." kata Hoon dan "TIDAAAAAKKK!!!" Itulah jeritan terakhir Hyunmo.

"Kau selama-lamanya milikku....hanya aku seorang...."

Kau Milikku (Bahagian IV)

      "Min Ah! Min Ah!" aku memanggil Min Ah.Min Ah memberhentikan langkahnya."Kau nak apa lagi?" katanya kepadaku."Aku..." Min Ah memotong percakapanku."Apa? Apa lagi!!? Tak puas lagi nak sakitkan hati aku lagi!!?" marah Min Ah.Aku tersentak."Min Ah! Dengar cakap.." min ah memotong percakapanku lagi."Sudah! Aku tak mau dengar lagi...!" Aku menarik muka Min Ah dan mencium bibirnya.Min Ah memukul bahuku tetapi aku tidak mempedulikannya.Aku ingin Min Ah tahu yang aku sangat menyayanginya sama seperti aku menyayangi dia.Hoon yang ternampak Hyunmo bercium dengan Min Ah hanya merenung tajam ke arah mereka.Hoon hanya memandang dan memandang dan hilang dari situ."Betul ke kau mencintai aku?" tanya Min Ah.Hyunmo mengangguk."Aku cintakan kau lebih daripada nyawaku." kata Hyunmo.Min Ah hanya tersenyum.

      Pada hari seterusnya,aku merasakan sekolahku terlalu sunyi.Hanya beberapa pelajar yang berkeliaran. "Mana semua orang pergi?" soalku kepada diri sendiri.Aku ternampak Hoon berdiri dekat atas bumbung sekolah.Dia merenung ke arahku dengan tajam."Hyunmo!" Aku memaling ke belakang.Pelik.Tiada siapa di belakangku.Aku memaling semula ke arah bumbung sekolah dan Hoon dah hilang."Eh? Macam mana...?" Aku mula rasa tak sedap hati."Min Ah!" Aku segera berlari menuju ke perpustakaan dan aku cuba memulas tombol pintunya."Berkunci?" getusku dalam hati.Tiba-tiba,salah seorang pelajar gadis menegurku. "Awak cari Min Ah ke?" tanya gadis itu.Aku segera mengangguk."Saya nampak dia bercakap dengan seorang lelaki dan terus pergi..." kata gadis itu."Dia pergi ke mana?" tanyaku,gelisah.Gadis itu menggelengkan kepalanya. Aku segera berlari untuk mencari Min Ah."Min Ah! Min Ah! Awak kat mana?! Jawab panggilan saya!" jeritku."Min Ah! Min Ah!" "AAAAAHHHHHHH!!!!!" Aku terdengar jeritan nyaring.Ianya datang dari bilik dewan.Aku membuka seribu langkahku dan apabila aku membuka pintu dewan itu.Darahku seperti disirap.Aku tak percaya apa yang aku nampak sekarang ni!

Thursday, 10 October 2013

Kau Milikku (Bahagian III)

      Keesokkan harinya juga,perkara yang sama berlaku lagi.Kali ini lagi ramai termasuklah cikgu dan kerani yang aku bercakap semalam.Semua mayat dalam keadaan ngeri.Pihak polis tidak dapat mengesan cap jari pada senjata pembunuhan.Selepas daripada kejadian itu,aku mula menjarakkan diri daripada Hoon.Semakin lama,perangai Hoon semakin berubah.Makin lama makin teruk,Hoon asyik mengekori aku tidak kira di mana jua.Aku selalu menyorok di perpustakaan dan melepak bersama teman wanitaku.Aku berceritakan segala-galanya mengenai Hoon kepada Min Ah.Min Ah menyuruh ku agar aku menjauhkan diri daripada Hoon.Aku hanya mengangguk.Sebaik sahaja aku keluar dari perpustakaan,aku lihat ramai anggota polis memeriksa kawasan pembunuhan.Hoon memaut bahuku dari belakang dan mengheret ku ke sudut dinding.Aku mula berasa pelik.Hoon selalu ingin bermanja denganku sejak kebelakangan ini.Aku mula rimas dengannya."Hoon,aku tak boleh buat lagi.Aku dah ada teman wanita." kataku,serius.Riak muka Hoon berubah.Aku tidak faham kenapa.

      Aku berlari menuju ke perpustakaan dan memasukinya."Hmm...Min Ah tak sampai lagi ke?" getusku dalam hati.Aku mengambil buku dan pura-pura membacanya.Aku memandang ke kiri dan kanan dan aku ternampak Hoon duduk di hadapanku.Aku berasa terkejut kerana aku tidak perasan dia duduk di depanku.Aku ternampak Min Ah memasuk ke dalam perpustakaan.Aku segera menarik tangan Hoon ke sudut rak buku."Hoon,kenapa kau ada kat sini? Teman wanita aku tak suka tengok aku dengan kau." kataku,serius.Hoon hanya mendiamkan diri."Wei,kau dengar tak apa aku cakap ni?" tanya ku lagi.Hoon mengangkat mukanya.Melihat reaksi Hoon,aku mula mengalah.Saat aku ingin membuka mulut,Hoon terus mencium bibirku.Aku terlampau terkejut dan tidak sempat berbuat apa.Dia mencium aku lebih dalam dan aku cuba menolaknya.Aku menolaknya dengan penuh kudrat.Hoon terduduk ke tepi."Kau ni...kenapa!!? Kenapa cium aku tiba-tiba?" tanyaku dengan marah.Hoon hanya tersenyum sinis ke arah belakangku.Aku memaling ke belakang dan ku lihat Min Ah berdiri di situ.Min Ah terus berlari meninggalkanku.Aku segera bingkas bangun dan mengejar Min Ah dari belakang dan meninggalkan Hoon sendirian.

Kau Milikku (Bahagian II)

      Sepanjang hari ni,aku mula berasa pelik dengan Hoon.Dia langsung tak cakap apa-apa.Dia langsung tak tegur orang walaupun orang tegur dia dan dia sentiasa mengekori aku kemana jua aku pergi termasuklah ke tandas.Aku memandang ke arahnya."Kau ni kenapa? Langsung tak bercakap daripada tadi." kataku kepadanya.Hoon menggelengkan kepalanya."Masih faham lagi rupanya...ingat ke tak.." kataku dalam hati.Aku membuka satu langkah dan dia membuka dua langkah dan bila aku berhenti,dia memaut bahuku."Pape je la..." kataku dan terus berjalan.Semua pelajar memandang ke arahku dan Hoon.Salah seorang pelajar lelaki menegurku."Yo! Hyunmo,amacam hari?" katanya kepadaku.Aku tersenyum dan berkata,"Baik je..." "Ehh,saper budak lelaki kat belakang kau tu?" tanyanya kepadaku."Ini..." Pelajar lelaki itu memotong percakapanku."Ehh? Bukan ke dia yang jatuh dari bangunan sekolah semalam?!!" tanya pelajar lelaki itu dan menarik Hoon.Pelajar lelaki itu memegang muka Hoon."Wow,kau betul-betul hidup! Bukan ke kau dah mati?" tanya pelajar itu lagi.Hoon menjeling tajam.Aku mula rasa tak sedap hati."Dah...dah..cukup tu...aku nak bawak dia pergi jalan-jalan.." kataku dan terus meninggalkan pelajar itu.Aku pasti tiada apa yang akan berlaku.

       Keesokkan harinya,sekolahku dikejutkan dengan berita pembunuhan.Ku lihat semua pelajar mengerumuni tandas lelaki.Aku segera mencelah dan aku ternampak tompokan darah yang sangat banyak. Bau hanyir darah menusuk ke hidungku dan alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat muka pelajar lelaki itu,"Bukan ke dia yang bercakap dengan aku semalam?" getusku dalam hati.Mayat lelaki itu dalam keadaan mengerikan.Badannya berlubang dan isi perutnya terburai.Aku mula berasa mual.Aku tak tahan lagi dan berlari dari situ.Kedengaran telefonku berbunyi dan aku segera menjawab panggilan itu."Helo?" "Helo, Hyunmo,kau okey tak?" Kedengaran suara teman wanitaku,Min Ah."Aku okey...cuma mual..." jawabku,lemah."Oh...kau tengok mayat tu ke?" tanya Min Ah.Aku hanya tersenyum."Nae...saya okey..." "Mereka kata pembunuh itu menggunakan batang besi ketika membunuh mangsa tersebut dan....tuuut..." Panggilan Min Ah terhenti.Aku jadi kelam-kabut."Min Ah! Min Ah!" Aku terasa seperti seseorang memerhatikan aku.Aku memaling ke belakang dan ternampak Hoon berdiri kaku di situ."H..Hoon!!? Bila masa..." Hoon hanya memandang aku dengan tajam.

      Aku cuba bertanya kepada cikgu dan kerani sama ada mereka ada ternampak Hoon berkeliaran di sekolah pada waktu malam.Kesemua mereka menggelengkan kepala.Aku dapat rasakan pembunuhan ini ada kaitan dengan Hoon.Aku segera mencari kelibat Hoon."Ke mana pulak la dia pergi...masa camni pulak la dia hilang..." bebel ku dalam hati dan apabila aku memasuki tandas dan entah dari mana,Hoon membawa aku keluar dari situ.Aku melepaskan pelukan Hoon."Hoon,kau ada membunuh ke kali ni?" Hoon hanya mendiamkan diri.Aku mengenggam muka Hoon dan muka Hoon bertukar menjadi lain.Pandangan matanya sangat tajam.Aku melepaskan muka Hoon dan segera berlari ke kelas.Hoon hanya memerhati daripada jauh.Hoon tersenyum sinis.

Kau Milikku (Bahagian I)

      "Kita kawan kan? Selagi kita bersama,kita tak perlukan kawan yang lain...selama-lamanya...."

      Aku berjalan laju menuju ke sekolahku.Aku tidak menghiraukan pandangan tajam pelajar lain.Aku terdengar perbualan mereka."Eh,bukan ke budak tu yang kawan dia mati semalam?" "Saya dengar kawan dia terjatuh dari bumbung sekolah semalam.." "Kesian dia,sudah la tidak ada ramai kawan,sekarang ni,satu-satunya kawan dia dah mati.." dan macam-macam lagi.Aku tahu aku tidak mempunyai ramai kawan tapi aku akan cuba cari kawan baru.Sampai sahaja di sekolah,semua pelajar menjauhkan diri daripadaku.Aku tau mereka takut terkena bias hantu kawanku.Aku segera masuk ke kelas dan duduk di tempat duduk.Sekali lagi,aku terdengar perbualan pelajar lain."Kasihan budak tu.Dia dah takde kawan lagi." "Bukan ke dia yang berkawan dengan budak hot tu?" "Kita langsung takde peluang nak bercakap dengan budak hot tu..." "Malang tak berbau,kita patut kesiankan dia.." KRINGGG! Cikgu mula masuk ke kelasku."Pelajar semua sila duduk.Loceng dah berbunyi.." kata cikgu.Ketika cikgu sibuk mengajar di depan,aku berasa tak sedap hati.Bulu roma pada tanganku berdiri tegak.Aku terdengar pintu kelas di buka dan semua muka pelajar bertukar pucat lesi.

     Mulut ku terbuka luas.Mukaku bertukar jadi pucat lesi.Aku tak percaya apa yang sedang aku lihat sekarang ni.Aku menggosok mataku dan melihat semula ke arah tubuh yang berdiri di depan."Tak mungkin dia boleh hidup semula.." getusku dalam hati."H...Hoon?? Bukan ke kamu dah mati semalam?" tanya cikguku dalam ketakutan.Hoon hanya mendiamkan diri dan memandang ke arahku.Aku terkejut melihat mukanya.Sangat pucat seperti tidak berdarah.Hoon berjalan ke arah tempat duduknya di sebelah aku.Hoon cuba menyentuh tanganku.Aku seperti tersentak apabila tangannya bersentuhan denganku."Hyunmo." kata Hoon,sepatah.Tanpa mempedulikan pandangan pelajar lain,Hoon memelukku.Aku jadi kaku.Perasaan terkejut dan takut bercampur-baur.Badan Hoon sangat hangat seperti masih hidup."Aku takkan biarkan kau ulang perkara yang sama lagi." kataku dalam hati.

Friday, 30 August 2013

Kau Milikku (Sinopsis & Watak)

Sinopsis

Aku pasti yang dia sudah mati semalam.Macam mana dia boleh hidup? Bukan ke dia jatuh dari bumbung sekolah semalam?

Watak Utama

 
Hyunmo lakonan Hyunmo (NewUs)

Hoon lakonan Sang Hoon (NewUs)

Watak Sampingan

Minah lakonan Shin Min Ah

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian Akhir)

      Kevin merenung dirinya yang terpantul di cermin.Mukanya agak pucat sikit."Gemuruh agaknya.." kata Kevin dalam hati."Woi,cepat la.Kau ni bersiap mengalahkan perempuan!" kata Eli tiba-tiba muncul di depan pintu.Eli dan Ki Seop memasuki bilik Kevin."Wow,segak kau pakai baju ni!" puji Ki Seop."Eh? Aku tak segak ke?" perli Eli pula sambil memegang kolar bajunya.Ki Seop dan Kevin tergelak.Mak cik Kevin muncul di depan pintu."Kamu semua jangan main-main lagi.Cepat nanti pengantin perempuan sampai dulu,kamu yang malu.Dah,lekas turun bawah." bebel mak cik Kevin."Baik,bos" kata mereka semua serentak.Mak cik Kevin tergelak kecil melihat telatah mereka bertiga."Jom,siapa sampai bawah dulu...dia menang.1..2..3!" kata Eli dan mereka terus berlari ke bawah.Kevin orang pertama sampai ke bawah diikuti Ki Seop dan Eli."Peh...pengantin lelaki nampak sangat tak sabar nak kahwin..." kata Eli tercungap-cungap.Kevin hanya tersenyum."Dah,jom pergi." kata Kevin.

      Sampai sahaja di depan gereja,kereta Kevin sampai dulu berbanding kereta Hyo Yeon."Fuh...nasib baik sampai dulu." kata Eli lega."Ehh..kamu nak kahwin ke atau Kevin?" kata mak cik Kevin.Mereka semua ketawa.Tiba-tiba,sebuah kereta Mercedes Benz berhenti di situ.Kevin dan lain-lain terlopong melihat Hyo Yeon yang berseri-seri keluar dari kereta itu dengan AJ dan Victoria.Kevin mendekati Hyo Yeon."Awak okey ke?" kata Kevin.Hyo Yeon hanya tersenyum."Saya okey je." "Pengantin diminta bersedia,majlis akan bermula sebentar lagi." kata pengurus majlis.Kevin memegang tangan Hyo Yeon.Sebelum Kevin dan Hyo Yeon melangkah masuk,Kevin dan Hyo Yeon memaling ke belakang.Eli,Ki Seop dan AJ memaut bahu masing-masing dan Victoria menghadiahkan senyuman kepadanya.Kevin dan Hyo Yeon ternampak kelibat Soo Hyun di situ.Soo Hyun tersenyum dan berkata,"Aku harap kau dapat jaga Hyo Yeon sepertimana aku jaga dia sebelum ni..." Air mata Hyo Yeon mengenang.Soo Hyun terus menghilang dalam tiupan angin.Kevin memandang Hyo Yeon."Awak tau tak siapa yang selamatkan awak?" Hyo Yeon mengangguk."Ya,saya tahu.Saya mungkin tidak akan melupakannya." Kevin hanya tersenyum."Semoga kita berjumpa lagi.." bisik Hyo Yeon dalam hati dan masuk ke dalam gereja bersama Kevin.

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XXIV)

      "Kenapa ni,Soo Hyun? Tak larat ke?" kata Hyun Min mengejek.Soo Hyun memandangnya dan cuba melepaskan tumbukan tetapi Hyun Min sempat mengelak."Apa perlahan sangat ni? Tak kena pun.." kata Hyun Min lagi.Terasa dirinya tercabar,Soo Hyun menendang tepat pada muka Hyun Min.Hyun Min terus terjatuh.Semua orang bersorak gembira tapi hanya seorang sahaja yang berasa gelisah,iaitu,Kevin.Hyun Min mengangkat mukanya.Hidungnya berdarah dan garis mukanya menunjukkan dia sangat marah.Hyun Min terus menyerang Soo Hyun.Soo Hyun tidak dapat mengelak serangan Hyun Min yang menghentamnya berkali-kali.Hyun Min memegang rambut Soo Hyun dan mengenggam penumbuknya."Mati lah kau! Soo Hyun!!" kata Hyun Min dan menumbuk tepat pada tengkuk Soo Hyun.Semua penonton tergaman.Soo Hyun terus terbaring di atas pentas."Soo Hyun!" jerit Kevin.Kevin berlari dan cuba untuk mendekati pentas perlawanan itu."Soo Hyun! Soo Hyun!!" jerit Kevin lagi.Darah membuak keluar dari mulut Soo Hyun.Soo Hyun memandang ke tepi dan ternampak Kevin cuba untuk mendekatinya.Kevin mengalirkan air matanya."Soo Hyun! Bangun,Soo Hyun!!" Kevin terus memanggilnya.Kevin ternampak mulut Soo Hyun bergerak seperti ingin menyampaikan sesuatu tetapi Kevin tidak dapat mendengarnya.Tangisan Kevin semakin lebat apabila Soo Hyun mengalirkan air matanya sambil mengukir senyuman dan menghembuskan nafas terakhirnya.

      Semua penonton berasa sedih dan ada yang mengalirkan air mata. "SOO HYUN!!!" jerit Kevin dan terus naik ke pentas perlawanan dan mendapatkan Soo Hyun.Kevin mengoncang tubuh Soo Hyun."Soo Hyun,jangan mati di sini,Soo Hyun...." Kevin menangis teresak-esak.Pengadil menyuruh Kevin ke tepi dan memeriksa nadi Soo Hyun.Pengadil itu menggelengkan kepalanya.Soo Hyun sudah tidak bernyawa lagi.Kevin tidak mampu melawan perasaannya.Kevin terus menjerit."SOO HYUN!!!" Hyo Yeon yang sedang tidur tiba-tiba mengalirkan air matanya.Mesin monitor jantung Hyo Yeon menunjukkan keadaan semakin kritikal.Doktor dan jururawat menjadi gelabah.Sementara di sekolah,penonton meratapi pemergian Soo Hyun.Eli tidak mampu berbuat apa-apa.Victoria menangis dalam pelukan AJ.Kevin teringat sesuatu yang penting.Kevin mengeluarkan sekeping kad yang Soo Hyun bagi kepadanya."Kad penderma?" Kevin seperti terkena kejutan elektrik.Kevin terus berlari menuju ke pemandu ambulans itu."Encik,cepat bawa Soo Hyun ke hospital!" kata Kevin dan menunjukkan kad itu kepada pemandu ambulans itu.Pemandu itu melihat kad itu dan mengangguk faham.Pemandu itu segera naik dan ambulans terus meluncur laju.Tiba-tiba,Eli datang dengan muka pucat."Kevin!" jerit Eli.Kevin memaling."Kevin,pihak hospital kata keadaan Hyo Yeon semakin kritikal dan mungkin mereka tidak dapat menyelamatkan Hyo Yeon!!" kata Eli yang membuatkan Kevin jatuh terduduk."Kenapa orang yang saya sayang akan mati dulu...?"

Thursday, 29 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XXIII)

       Keesokkan harinya,di sekolah,semua orang mula berkumpulan di tempat perlawanan akan berlangsung.Di bilik persalinan,Soo Hyun membalut tangannya dengan kain putih.Soo Hyun mengerling sesaat ke arah jam."5 minit lagi..." kata Soo Hyun perlahan.Kedengaran bunyi bising di sebalik pintu bilik itu."Kamu tidak boleh berada di sini.Hanya yang terlibat sahaja!" "Bagi saya masuk sekejap!" Soo Hyun membuka pintu dan ternampak Kevin sedang bergelut dengan kakitangan di situ."Lepaskan dia." kata Soo Hyun.Kakitangan itu memandang Soo Hyun."Tapi.." "Lepaskan dia." kata Soo Hyun,merenung kakitangan itu dengan tajam.Kakitangan itu terus melepaskan Kevin dan berlalu dari situ.Kevin tersenyum melihat Soo Hyun."Kenapa kau nak jumpa aku?" tanya Soo Hyun."Saya nak.." Soo Hyun memotong percakapan Kevin."Kejap,ambil ni." kata Soo Hyun menyerahkan kad pendermanya kepada Kevin.kevin memandang kad itu dan mengambilnya.Kevin memandang muka Soo Hyun."Terima kasih sebab ambil berat pasal aku." kata Soo Hyun sambil tersenyum.Kevin terkejut melihat Soo Hyun tersenyum."SEMUA PENONTON DIMINTA MENGAMBIL TEMPAT DUDUK MASING-MASING.PERLAWANAN AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI." Kevin mendengar pengumuman itu terus berlari keluar."Aku harap kau takkan sedih kalau aku mati nanti.." kata Soo Hyun perlahan.

      Kevin tergesa-gesa berlari mengambil tempat duduknya di sebelah Eli.Eli menepuk bahu Kevin."Kau pergi mana tadi,hah?" tanya Eli.Kevin menggeleng."Takde apa-apalah." nafi Kevin.Eli berasa pelik dengan Kevin.Kevin mengalih topik."Tengok,perlawanan dah nak mula." kata Kevin."DARI SUDUT SEBELAH KANAN...SOO HYUN!!" Semua orang bersorak melihat Soo Hyun."DAN DARI SUDUT SEBELAH KIRI...HYUN MIN!!" Semua orang juga bersorak melihat Hyun Min juga.Mereka berdua naik ke atas pentas perlawanan.Mereka berdua berpusing menghadap satu sama lain."Tak sangka kau hidup lagi." kata Hyun Min marah.Soo Hyun hanya memdiamkan diri."Apasal diam je ni? Selalunya kau mesti akan melawan." kata Hyun Min.Soo Hyun masih mendiamkan diri."Apasal kau tak cakap ni?!!" kata Hyun Min dan menumbuk Soo Hyun dengan tiba-tiba.Darah terpercik ke lantai perlawanan.Pengadil di situ menghalang Hyun Min dari menumbuk Soo Hyun lagi."Sabar perlawanan akan bermula sebentar lagi." kata pengadil itu.Hyun Min merengus kasar.Pengadil mengerling ke arah jam."Okey,perlawanan akan bermula sekarang!" kata pengadil itu.Hyun Min menyerang Soo Hyun bertubi-tubi.Soo Hyun melindungi dirinya untuk menahan tumbukan Hyun Min."Apasal kau nak balas balik?" Hyun Min menendang perut Soo Hyun dengan kuat.Soo Hyun memuntahkan darahnya.

      Ki Seop menutup mukanya.Kevin mengigit bibirnya.Penonton di situ terkejut melihat Soo Hyun yang tidak melawan langsung.Soo Hyun memegang perutnya.Kesakitannya terus meragut fikirannya.Darah mengalir keluar dari mulutnya.Belum sempat Soo Hyun bangun,Hyun Min menendang Soo Hyun lagi.Soo Hyun tercampak ke tepi.Pengadil menghalang Hyun Min dari menendang Soo Hyun lagi.Soo Hyun cuba mengagahkan dirinya untuk bangun.Soo Hyun mengelap darahnya dan mengambil posisinya."Ini yang aku nak!" kata Hyun Min dan melepaskan tumbukan tepat pada muka Soo Hyun.Darah terus memercik lagi.Soo Hyun terus tumbang.Belum sempat Hyun Min menendang Soo Hyun,Soo Hyun menendang Hyun Min dulu.Hyun Min tercampak ke tepi.*ting* Loceng berbunyi menunjukkan tanda berehat.Pengurusnya memanggil Soo Hyun."Soo Hyun,apasal kau tak lawan balik,hah?" Soo Hyun tidak menjawab.Hyun Min melihat Soo Hyun berasa geram."Kau akan mati lepas ni!" kata Hyun Min perlahan.*ting* Loceng berbunyi tanda perlawanan bersambung semula.Lagi sekali,Hyun Min menumbuk Soo Hyun bertubi-tubi.Darah semakin banyak keluar dari mulut dan hidung Soo Hyun.Penonton mula risau.Kevin menjadi semakin risau.Soo Hyun menjadi semakin lemah.

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XXII)

      Kevin memandang muka Hyo Yeon yang semakin pucat.Dada Hyo Yeon berombak perlahan seakan-akan ajal akan menjemputnya sekejap lagi.Kevin tidak mampu buat apa-apa.Victoria menangis sambil memegang Hyo Yeon.Kevin tidak tahu apa yang Victoria luahkan kepada Hyo Yeon kerana suaranya sangat perlahan.Eli hanya memandang sahaja,manakala Ki Seop seperti tidak senang hati.AJ masih cuba menjejaki Soo Hyun."Kevin,sini kejap." kata Eli mengajak Kevin keluar dari wad.Kevin hanya bangun dan keluar dari wad itu.Victoria memandang ke arah Ki Seop."Boleh tak kau keluar dan tinggalkan aku dan Hyo Yeon bersendirian..." kata Victoria.Ki Seop mengangguk dan sempat memandang Hyo Yeon sekilas dan terus keluar.Selepas Ki Seop keluar,Victoria menangis teresak-esak."Hyo Yeon...ma..maafkan aku maafkan aku...sebab...akulah yang..menyebabkan kau...berpisah dengan Soo Hyun.." kata Victoria dalam tangisannya."Ma...maafkan aku..." "Saya maafkan awak..." kata Hyo Yeon perlahan.Victoria terkejut mendengar Hyo Yeon bercakap."Hyo Yeon! Awak dah bangun..?" kata Victoria terkejut.Hyo Yeon mengangguk perlahan dan tersenyum."Kau dengar apa aku cakap tadi? Tapi kenapa kau senang hati memaafkan aku?" tanya Victoria.Hyo Yeon tersenyum pahit."Takpe,asalkan awak dah minta maaf dengan saya.Kitakan kawan." kata-kata Hyo Yeon tadi menyebabkan hati Victoria bertambah sebak.

      "Macam mana kita nak selamatkan Soo Hyun?" tanya Eli kepada Kevin.Kevin hanya mendiamkan diri.Ki Seop tiba-tiba mencelah,"Apa kata kita suruh penganjur batalkan perlawanan itu?" kata Ki Seop.Eli memandang muka Ki Seop."Kau gila apa? Mati kau kena belasah dengan Soo Hyun nanti." kata Eli.Ki Seop menjadi takut."Habis,apa kita nak buat?" tanya Ki Seop menggelabah.Eli dan Ki Seop memandang Kevin. "Mungkin Soo Hyun merancang sesuatu." kata Kevin.Eli berasa pelik."Rancang apa pulak ni? Banyak songeh betul la." kata Eli semakin runsing.Kevin hanya tersenyum dan kembali muram."Esok kan perlawanan tu?" tanya Ki Seop kepada Eli."Ha'ah,esok dekat sekolah." kata Eli.Kevin bersuara,"Apa kata kita pergi tengok perlawanan Soo Hyun esok?" kata Kevin.Eli membulatkan matanya."Kau ni biar betul,Kevin? Kenapa pulak nak tengok dia berlawan pulak?" kata Eli tanda membantah."Aku pun.Kenapa kita nak tengok dia belasah orang?" kata Ki Seop pula.Kevin memandang muka Eli dan Ki Seop."Korang...saya tau awak tak suka Soo Hyun tapi mungkin esok adalah perlawanan terakhirnya.Saya nak kita semua pergi sana esok.Ajak AJ dan Victoria sekali,okey?" Mendengar kata-kata Kevin tadi cukup membuatkan Eli dan Ki Seop tersentuh."Baiklah." kata Eli sepatah.

      Pada malam itu,Soo Hyun menyusup masuk ke hospital untuk melawat Hyo Yeon.Soo Hyun membuka pintu bilik wad Hyo Yeon.Tiada siapa di dalam,hanya Hyo Yeon sahaja yang sedang tidur.Soo Hyun menghampiri katil Hyo Yeon.Hati Soo Hyun menjadi hiba melihat muka Hyo Yeon semakin pucat daripada sebelum ini.Soo Hyun mengusap rambut Hyo Yeon perlahan.Kemudian,Soo Hyun mencium Hyo Yeon buat kali terakhir.Kevin yang berada di luar wad ternampak Soo Hyun mencium Hyo Yeon hanya tersenyum dan berlalu dari situ.Soo Hyun membelai muka Hyo Yeon."Jangan risau.Aku akan selamatkan kau.Aku pasti kau akan bahagia dengan Kevin nanti." kata Soo Hyun.Soo Hyun mencium dahi Hyo Yeon dan berjalan menuju ke pintu.Soo Hyun memandang Hyo Yeon sekilas dan keluar dari bilik itu.Air mata Hyo Yeon menitis keluar."Soo Hyun..." kata Hyo Yeon perlahan.

Wednesday, 28 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XXI)

      Dua minggu sudah berlalu.Sampai sekarang Kevin,Eli,Ki Seop,AJ dan Victoria masih tidak dapat menemui penderma yang sesuai dengan Hyo Yeon.Keadaan Hyo Yeon semakin lemah.Soo Hyun pula,tiada berita langsung pasalnya.Kemana dia menghilang,semua orang tak tau.Kevin duduk di luar wad.Eli menghampiri Kevin."Kevin,macam mana ni? Tinggal seminggu je lagi.Kalau kita tak sempat,Hyo Yeon mungkin akan..." Kevin memotong percakapan Eli."Eli,saya yakin kita akan jumpa nanti." kata Kevin cuba menyedapkan hati Eli dan dirinya.Kevin berjalan menuju ke kaunter pertanyaan jururawat."Cik,boleh tak saya tengok fail maklumat peribadi Hyo Yeon?" tanya Kevin."Adik ni keluarga si pesakit ke?" tanya jururawat itu balik.Kevin hanya mengannguk.Jururawat itu menyerahkan fail maklumat peribadi Hyo Yeon kepada Kevin.Kevin segera membuka fail maklumat itu dan membacanya satu-persatu.Selesai membacanya,Kevin menyerahkan kembali fail itu kepada jururawat tadi.Kevin memanggil Eli dan Eli segera bangun dan berjalan ke arahnya."Kau nak apa?" tanya Eli dulu-dulu.Kevin berbisik kepada Eli.Eli memandang muka Kevin dengan pelik."Kau pasti ke? Kalau diorang tanya aku macam-macam,macam mana?" kata Eli tanda tidak setuju."Awak cakap je awak ahli keluarga pesakit." kata Kevin.Eli mengangguk dan terus menuju ke tingkat bawah.

      Beberapa minit kemudian,Eli menerpa ke arah Kevin yang sedang duduk."Kevin! Kau betul la! Jenis darah Soo Hyun dan Hyo Yeon sama!" kata Eli dengan gembira.Kevin dapat tau semua tu dari Ki Seop."Dah agak dah,tapi kita tak tau kat mana Soo Hyun sekarang." kata Kevin dengan hampa.Eli juga berasa hampa.Victoria keluar dari wad Hyo Yeon dan berlari ke arah Kevin."Kevin! Kevin! Ada berita pasal Soo Hyun!" jerit Victoria.Kevin dan Eli memandang ke arah Victoria."Betul ke?" tanya Eli dan Kevin serentak."Tetapi ini bukan berita baik.Aku dengar cerita yang Soo Hyun ada perlawanan tinju pada hari Rabu ni." kata Victoria.Eli mengangkat kening."Apa yang buruknya? Baik adalah." kata Eli.Victoria merenung Eli dengan tajam."Sebab orang yang akan dilawannya adalah orang yang cuba membunuh Soo Hyun dulu." kata Victoria lagi.Kevin membulatkan matanya.Victoria menyambung ayatnya,"Ya,betul.Orang itu dah banyak kali cuba untuk bunuh Soo Hyun sebab asyik kalah dalam perlawanan tinju." Eli memotong percakapan Victoria."Jap,maksud kau,orang itu akan bunuh Soo Hyun pada hari perlawanan itu?" tanya Eli.Victoria mengangguk laju.Muka Eli dan Kevin terus bertukar risau.

      Soo Hyun menumbuk beg pasir itu berkali-kali.Soo Hyun masih teringat lagi.Masa Soo Hyun berjalan menuju ke wadnya.Soo Hyun menjalani ujian darah.Keputusan ujian darahnya serupa dengan Hyo Yeon.Soo Hyun merupakan penderma paling sesuai untuk Hyo Yeon.Doktor juga turut terkejut melihat keputusan ujian darahnya."Kamu ada pertalian darah dengan pesakit itu?" tanya doktor.Soo Hyun menggelengkan kepalanya.Doktor jadi pelik."Hm..tak pernah saya jumpa orang asing yang sesuai dengan pesakit asing..." kata doktor itu.Lamunan Soo Hyun terhenti.Soo Hyun merenung tangannya yang dibaluti dengan kain."Aku akan selamatkan kau..." kata Soo Hyun perlahan.

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XX)

       "Soo Hyun..." kata Kevin perlahan.Soo Hyun berjalan ke arah Kevin dan merentap leher baju Kevin dengan kasar.Soo Hyun merenung mata Kevin."Kenapa? Kenapa kau tak bagitau aku yang Hyo Yeon takkan hidup lama,hah?!" kata Soo Hyun dengan perasaan marah.Kevin menjadi takut "Saya tau salah saya sebab tak bagitau pasal itu.Tapi boleh tolong lepaskan saya?" kata Kevin seperti sesak nafas.Soo Hyun melepaskan leher baju Kevin.Terbatuk-batuk Kevin dibuatnya.Soo Hyun hanya melihat sahaja.Kevin mula bersuara,"Kalau awak nak selamatkan Hyo Yeon,awak kena cari penderma yang sesuai untuk Hyo Yeon dalam masa sebulan." kata Kevin.Soo Hyun mendiamkan diri dan berjalan pergi dari situ.Kevin memanggil Soo Hyun."Soo Hyun,tunggu! Saya belum habis ca..." Eli menekup mulut Kevin."Dah cukuplah tu.Sekarang ni,kita kena fikir macam mana nak cari penderma untuk Hyo Yeon,okey?" kata Eli kepada kevin.Kevin mengangguk.

       Pada tengahari itu,Kevin menuju ke bilik wad Soo Hyun.Belum sempat Kevin membuka pintu,salah seorang jururawat berkata,"Maaf,dik.pesakit di wad itu sudah dicaj keluar." kata jururawat itu.Kevin terkejut."Eh? Bila masa dia keluar?" tanya Kevin."Baru tadi,dik.Mungkin sekarang ni dia berada di luar kawasan hospital." kata jururawat lagi.Kevin mengangguk dan mengucapkan terima kasih.Kevin berlari ke luar bangunan hospital dan ternampak Soo Hyun sudah memecut laju dengan motosikalnya.Kevin merengus kasar.Kevin terdengar suara AJ dari belakang."Kevin!" jerit AJ.Kevin pusing ke belakang.Nafas AJ tercungap-cungap."Wei..Kevin..aku nampak...Soo Hyun naik motor tadi...dia pergi mana..?" tanya AJ tercungap-cungap.Kevin mengangkat bahunya."Entah lah..." AJ hanya melihat Kevin.Kevin segera menarik lengan AJ."Takpe lah,mungkin dia ada hal lain.Jom kita masuk." kata Kevin.AJ hanya mengangguk.

Tuesday, 27 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XIX)

      *Tok!**tok!* Hyo Yeon terdengar bunyi ketukan pada pintu bilik wadnya.Hyo Yeon segera menyahut."Masuklah,pintu tak berkunci." kata Hyo Yeon.Apabila pintu terbuka.Hyo Yeon ternampak Kevin dan...Soo Hyun? Hyo Yeon mengerutkan dahinya.Kevin mengukirkan senyuman."Hyo Yeon,Soo Hyun nak jumpa awak." kata Kevin.Soo Hyun memandang ke arah Hyo Yeon.Muka Hyo Yeon kelihatan pucat.Hyo Yeon terus memalingkan mukanya ke tepi.Melihat keadaan jadi kekok,Kevin segera meminta diri untuk keluar."Err..korang boraklah dulu.Saya pergi cari sarapan." kata Kevin dan terus keluar.Kevin menutup pintu wad itu."Agak-agaknya,mereka boleh berbaik tak?" getus Kevin dalam hati.Eli dengan tiba-tiba menyergah Kevin dari belakang.Bukan main terkejut Kevin sampai tertepuk pintu wad Hyo Yeon.*PAK!* Kevin segera pusing belakang dan mengheret Eli jauh dari wad Hyo Yeon.Eli memberatkan badannya. "Jap,jap,Kevin.Kau ni kenapa,hah?" tanya Eli.Kevin memberhentikan langkahnya."Saya nak Hyo Yeon memaafkan Soo Hyun dan memulihkan hubungan mereka..." kata Kevin.Eli jadi pelik."Kejap,bukan ke kau pakwe Hyo Yeon sekarang?" tanya Eli,pelik."Ya,itu betul tapi saya tak nak Hyo Yeon bencikan Soo Hyun selamanya." kata Kevin lagi.

       Keadaan dalam wad Hyo Yeon jadi sunyi.Dari tadi,Hyo Yeon menguncikan mulutnya.Soo Hyun cuba memulakan perbualan tetapi dia tak tau apa nak cakap.Belum sempat,Soo Hyun membuka mulut.Hyo Yeon menghalaunya keluar."Keluar! Saya tak nak tengok muka awak lagi!" kata Hyo Yeon.Soo Hyun tidak menginjak walaupun satu langkah.Hyo Yeon mula geram."Saya kata keluarlah! Keluar!!" jerit Hyo Yeon sambil membaling bantal ke arah Soo Hyun.Hyo Yeon mula menangis.Soo Hyun tak suka tengok Hyo Yeon menangis.Soo Hyun cuba untuk memujuk Hyo Yeon.Soo Hyun cuba mengusap rambut Hyo Yeon tetapi Hyo Yeon menepis tangan Soo Hyun."Jangan sentuh saya!" kata Hyo Yeon dalam tangisan."Kenapa...? Kenapa..awak masih degil..macam dulu...?..." kata Hyo Yeon perlahan.Soo Hyun cuba untuk mengusap rambut Hyo Yeon lagi,Hyo Yeon menepis lagi tetapi kali ini,Soo Hyun mengenggam pergelangan tangan Hyo Yeon.Hyo Yeon meronta-ronta untuk melepaskan diri."Lepaskan saya! Lepas..." Soo Hyun terus mencium Hyo Yeon.Soo Hyun memeluk Hyo Yeon dengan erat.Tangisan Hyo Yeon semakin lebat.Kehangatan Soo Hyun membuatkan Hyo Yeon teringat kisah lamanya...dengan Soo Hyun.

      Eli yang mengintai melalui celah pintu terus menuju ke Kevin yang sedang duduk."Kevin! Kevin!" panggil Eli.Kevin hanya memandang."Kau tau tak? Aku nampak Soo Hyun cium Hyo Yeon tadi!" kata Eli."Oh.." kata Kevin,pendek.Eli jadi pelik dengan Kevin."Kau ni...tak marah ke hah? Orang lain cium makwe kau pun,kau tak kisah ke?" tanya Eli tidak puas hati.Kevin menggeleng."Buat apa saya nak marah,saya memang harap mereka buat camtu." kata Kevin tersenyum.Eli menggelengkan kepalanya."Lantaklah...eh,kau dah bagitau kat Soo Hyun yang Hyo Yeon takkan hidup lama?" tanya Eli lagi.Kevin menggeleng."Belum,lepas ni baru saya nak bagitau dia." kata Kevin.Eli hanya melepaskan keluhannya."Agaknya lah kan...apa reaksi Soo Hyun kalau dapat tau yang Hyo Yeon tu sakit lepas tu hanya tinggal sebulan je untuk hidup...mesti dia sedihkan..?" tanya Eli untuk mendengar pendapat Kevin.Kevin mengangkat bahunya."Entah la...mungkin dia akan sedih atau dia akan cari penderma untuk Hyo Yeon...macam tu lah..mungkin..." kata Kevin,teragak-agak.Kevin ternampak Soo Hyun keluar dari wad Hyo Yeon.Riak muka Soo Hyun sedih."Adakah dia dah tahu yang Hyo Yeon akan mati?" Persoalan bermain di kotak fikiran Kevin.

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XVIII)

       Hyo Yeon terjaga dari tidurnya.Hyo Yeon memandang sekeliling."Saya kat mana ni?" kata Hyo Yeon perlahan.Hyo Yeon ternampak Kevin tertidur di tepi katilnya.Muka Kevin kelihatan sangat letih.Sinaran mentari membuatkan mata Kevin silau.Kevin mengerutkan mukanya dan terus bangun.Kevin menggeliat dan ternampak Hyo Yeon yang sedang menahan ketawanya.Kevin segera menurunkan tangannya."Kenapa ni? Muka awak nampak sangat letih." kata Hyo Yeon,risau.Kevin hanya tersenyum."Takde lah.Penat sikit je." kata Kevin,tipu.Sebenarnya semalaman Kevin tidak tidur kerana risau pasal Hyo Yeon dan Soo Hyun.Hyo Yeon tersenyum pahit."Kevin..." kata Hyo Yeon lembut.Kevin memandang muka Hyo Yeon."Awak taukan yang saya takkan hidup lama jika tiada orang yang sudi menderma kepada saya..." kata Hyo Yeon dengan perasaan sedih.Riak muka Kevin bertukar sedih."Jangan risau,Hyo Yeon.Saya akan cari penderma yang sesuai untuk awak." kata Kevin sambil menggenggam tangan Hyo Yeon.Air mata Hyo Yeon mengenang."Tapi,bagaimana jika tiada penderma yang sesuai dengan saya...saya mungkin akan mati!" kata Hyo Yeon,menjerit.Kevin segera memeluk Hyo Yeon."Shh...jangan sedih,Hyo Yeon.Pasti ada penderma yang sesuai untuk awak." kata Kevin perlahan.

       Kevin berjalan longlai menuju ke lif.Kevin melihat jam tangannya,"Dah pukul 8.00 pagi.." kata Kevin perlahan.Kevin menekan butang lif dan menuju ke tingkat di mana wad Soo Hyun berada.Sampai sahaja di tingkat itu,Kevin terus berjalan keluar.Nasib baik Kevin sempat menukar bajunya semalam.Kevin berjalan menuju ke wad Soo Hyun.Apabila Kevin membuka pintu,Kevin lihat Soo Hyun sudah bangun tetapi Eli dan Ki Seop masih lagi tertidur.Bersebelahan pulak tu.Siap lentok kepala atas bahu tu.Kevin mengambil kerusi untuk duduk di sebelah katil Soo Hyun.Kevin mengukirkan senyuman dan Soo Hyun terus menoleh ke tempat lain.Kevin memulakan bicaranya."Selamat pagi.." ucap Kevin."Kepala awak masih sakit lagi?" tanya Kevin.Soo Hyun masih mendiamkan diri."Nasib baik awak selamat.Lega rasanya tengok awak masih bernafas lagi." kata Kevin lagi.Soo Hyun memandang muka Kevin.Kevin masih tersenyum."Saya gembira sangat dapat bercakap dengan awak.Mesti awak gembira kalau dapat jumpa Hyo Yeon,kan?" kata Kevin lagi.Eli yang terdengar suara Kevin bangun.Eli ternampak Soo Hyun mengusap muka Kevin."Awak betul-betul nak jumpa Hyo Yeon?" tanya Kevin lagi.Soo Hyun mengangguk perlahan.Kevin tersenyum gembira."Mari ikut saya." kata Kevin dan menarik lengan Soo Hyun.Soo Hyun mengikut Kevin dari belakang.Eli yang dari tadi tengok Kevin dan Soo Hyun tadi jadi pelik."Bila masa mereka berbaik?"

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XVII)

       Kevin menuju ke bilik wad Hyo Yeon.Kevin berdiri di depan pintu wad Hyo Yeon.Kevin rasa serba-salah menengking Eli tadi.AJ ternampak Kevin berdiri kaku terus mendekatinya."Kevin,kenapa ni?" tanya AJ yang membuatkan bahu Kevin terangkat sikit."Oh,AJ.Takde apa lah." kata Kevin.AJ ternampak kesan darah pada baju Kevin.Kevin sedar yang AJ perasan ada darah pada bajunya."Jom,kita masuk dulu.Nanti saya ceritakan pada awak." kata Kevin terus membuka pintu.Victoria yang ternampak Kevin terus terkejut."Kevin! Kenapa dengan baju awak?!" kata Victoria dengan kuat."Shhh! Pelahan suara tu.Nanti Hyo Yeon terjaga." kata Ki Seop meletakkan jari telunjuk di mulut.Victoria mengangguk.Kevin menghampiri katil Hyo Yeon.Muka Hyo Yeon kelihatan pucat.Kevin mengusap rambut Hyo Yeon perlahan.Riak muka Kevin bertukar sedih."Kevin,meh sini kejap." kata Victoria mengajak Kevin duduk di sofa.Kevin berpaling dan AJ,Ki Seop dan Victoria sudah duduk di situ.Kevin segera mengambil tempat duduknya."Ada apa korang nak berbincang ni?" kata Kevin dengan perasaan ingin tahu.Muka Victoria jelas menunjukkan kesedihan dalam dirinya."Hyo Yeon mungkin tidak akan hidup lama..." kata Victoria.Saat itu muka Kevin sudah tidak berdarah lagi.

      Kevin jadi kelu.Kevin berasa sangat terkejut.Victoria menyambung ayatnya,"Doktor kata penyakit Hyo Yeon hanya akan sembuh selepas dia menjalani pembedahan." Muka Kevin berdarah kembali."Itu berita baik tapi kenapa kamu semua bersedih?" tanya Kevin lagi.AJ memandang Victoria dan memandang ke arah Kevin."Sampai sekarang,tiada seorang penderma yang sesuai untuk Hyo Yeon.Hyo Yeon mampu bertahan selama sebulan dari sekarang." kata AJ.Perasaan sedih mula menyelebungi jiwa Kevin."Kenapa orang yang saya sayang akan pergi dulu dari saya?" bisik Kevin dalam hati."Habis,macam mana kita nak cari penderma untuk Hyo Yeon dalam sebulan?" tanya Kevin lagi.Victoria menggelengkan kepalanya.Kevin mula runsing.Ki Seop merenung baju Kevin dengan lama."Kevin,apasal baju kau ada darah?" tanya Ki Seop.Kevin memandang bajunya."Ini darah Soo Hyun." kata Kevin perlahan."Apa?!" kata Ki Seop dengan kuat.Victoria dan AJ memberi isyarat diam.Ki Seop menampar mukanya."Maaf,maaf...tapi Kevin,kau biar betul.Mustahil lah." kata Ki Seop,ketakutan.Kevin mengangguk."Betul lah,ini darah Soo Hyun.Saya jumpa dia tadi..." kata Kevin."Tapi...Soo Hyun mungkin akan mati juga..." kata Kevin dengan sedih.Tiba-tiba,pintu wad terbuka luas.Eli tercunggap-cunggap di situ."Eli,kenapa ni?" tanya AJ,menggelabah.Eli memandang ke arah Kevin."Soo Hyun...! Dia..." ayat Eli tergantung.

      Kevin dan Ki Seop bergegas berlari menuju ke wad kecemasan.Sampai sahaja di wad kecemasan,Soo Hyun meronta-ronta untuk melepaskan diri.Luka di kepala Soo Hyun masih belum siap dibalut.Darah terus mengalir keluar akibat pergerakannya.Kevin dan Ki Seop turut membantu untuk menenangkan Soo Hyun. "Doktor,suntikkan dia dengan ubat penenang yang kuat! Kalau tidak.." Kevin tidak sempat menghabiskan ayat.Soo Hyun telah menumbuk muka Kevin.Doktor segera mengambil ubat penenang dan menyuntiknya. Rontaan Soo Hyun semakin lemah dan akhirnya,dia tertidur.Jururawat melepaskan perasaan lega.Kevin dan Ki Seop juga begitu.Bibir Kevin pecah sebab tumbukan Soo Hyun tadi."Kevin,kau okey tak?" kata Ki Seop,risau."Saya okey,cuma pedih sikit." kata Kevin,memegang bibirnya.Jururawat yang berada di situ segera merawat luka Kevin tadi.Ki Seop memandang ke arah jururawat yang sedang membalut kepala Soo Hyun."Agak-agaknya,kalau kau tau yang Hyo Yeon takkan hidup lama...mungkin kaulah calon paling sesuai untuk jadi penderma Hyo Yeon..." kata Ki Seop dalam hati.

Monday, 26 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XVI)

       "Soo Hyun!!" jerit Kevin.Kevin mengangkat kepala Soo Hyun.Rambut Soo Hyun dibasahi dengan darah.Kevin semakin risau.Kevin memeriksa nadi Soo Hyun."Masih ada..masih sempat nak selamatkan..." kata Kevin.Kevin segera mendail nombor kecemasan.Kevin semakin mengigil ketakutan.Badan Soo Hyun semakin sejuk dan nafasnya sangat lemah."Soo Hyun,jangan mati kat sini.Saya akan tolong awak untuk rapat balik dengan Hyo Yeon." kata Kevin.Kedengaran bunyi ambulans semakin menghampiri mereka.Atendan ambulans segera membawa keluar katil kecemasan dan mengangkat Soo Hyun ke atasnya dan membawanya masuk ke dalam ambulans."Kamu mahu naik sekali?" tanya atendan itu."Takpe,saya akan menyusul nanti." kata Kevin.Atendan itu mengangguk dan segera menaiki ambulans.Ambulans itu meluncur laju dengan mengeluarkan siren kecemasan.Kevin menaiki motor Soo Hyun yang ditinggalkannya dan meluncur laju ke jalan raya."Soo Hyun,jangan risau.Mereka akan selamatkan awak." bisik Kevin dalam hati.Ketika Kevin sampai,mereka telah membawa Soo Hyun ke wad kecemasan.Eli yang ternampak Kevin berdiri di kaki lima terus memanggil Kevin.Kevin terdengar panggilan Eli dan muka Eli jadi pucat lesi.

      Eli berasa sangat terkejut melihat baju Kevin dipenuhi dengan darah.Kevin tersenyum dan berlari ke arah Eli.Eli mengundurkan dirinya.Kevin pelik."Kenapa ni?" soal Kevin."K..kau buat a..apa tadi?" kata Eli tergagap-gagap.Kevin melihat bajunya."Darah Soo Hyun melekat pada baju aku tadi." kata Kevin perlahan."Darah siapa?" tanya Eli lagi."Soo Hyun." Suara Kevin bertukar sayu.Eli memandang muka Kevin."Woi,kenapa ni?" tanya Eli lagi.Muka Kevin semakin sedih."Kevin.." tanya Eli.Air mata Kevin menitis ke pipinya."Soo Hyun..di..dia hampir...ma...ti..." kata Kevin terketar-ketar.Eli mula gelabah."Kau biar betul Kevin.Soo Hyun tu payah sikit nak mampus." kata Eli,menyindir.Kevin mula marah."Hoi! Bab mati-mati saya tak main-main la!! Saya jumpa Soo Hyun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan  dan Soo Hyun dimasukkan ke hospital ni,kau tau tak!!?" marah Kevin dan berlalu dari situ.Eli terpinga-pinga.Kevin berlari meninggalkan Eli."Tak mungkin,Soo Hyun..." ayat Eli tergantung.

   

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XV)

      Kevin cuba mengejar Soo Hyun tetapi Soo Hyun telah hilang di pandangannya.Telefon Soo Hyun berdering.Soo Hyun segera mengangkat panggilan itu.Kevin yang terdengar telefon Soo Hyun terus menuju di mana Soo Hyun berada.Kevin ternampak Soo Hyun yang bercakap dalam telefon.Selepas itu,Soo Hyun mencampak telefonnya ke tanah.Hancur berkecai telefon itu.Kevin terkejut.Kevin melihat muka Soo Hyun.Mukanya sangat marah dan dia terus berlari ke luar sekolah.Kevin cuba mengejar Soo Hyun tetapi telefonnya tiba-tiba berbunyi.Kevin mengangkat panggilan itu.Tentera nama 'Eli' di skrin telefonnya."Kenapa pulak ni?" getus Kevin dalam hati."Helo." "Wei,kau kat mana ni?" tanya Eli dengan tiba-tiba.Sura Eli kedengaran risau."Saya kat belakang bangunan sekolah.Kenapa ni? Bukan main risau lagi kau punya suara." kata Kevin pelik."Hyo Yeon,dia..." ayat Eli tergantung."Dia kenapa?" tanya Kevin."Hyo Yeon..dia pengsan tadi.Sekarang ni,dia dikejarkan ke hospital!" kata-kata Eli tadi menyebabkan jantung Kevin mahu gugur.

      Soo Hyun menaiki motor dan menunggangnya dengan laju.Soo Hyun menuju ke sebuah jambatan. Sebaik sahaja Soo Hyun tiba di situ,beberapa orang lelaki memegang kayu dan besi.Soo Hyun berasa marah melihat orang itu lagi.Orang itu ialah musuhnya dalam perlawanan tinju."Kau tak puas hati lagi ke,hah?" berang Soo Hyun.Orang itu hanya tersenyum.Sinis.Tiba-tiba,orang dari belakang Soo Hyun memukul kepala Soo Hyun dengan kayu golf.Darah terpercik dari kepala Soo Hyun.Soo Hyun langsung tidak berginjak dari situ mahupun jatuh pengsan.Soo Hyun merenung orang itu dengan tajam.Darah Soo Hyun mula menitis di mukanya.Orang di belakang Soo Hyun mula menggelabah."Bos,macam mana ni?" Orang di belakang Soo Hyun mula menunjukkan kerisauan di mukanya.Soo Hyun merenung orang itu.Orang itu mula pelik."Selalunya orang akan pengsan dan mati sebab pukulan kuat di kepala tetapi dia..." getus orang itu dalam hati.Soo Hyun membuka langkahnya dan berjalan ke arah orang itu.Orang itu mengundurkan diri.Muka Soo Hyun sangat menakutkan dengan darahnya yang tidak berhenti mengalir.Soo Hyun mengangkat tangannya perlahan."Si..siap la...kau..nan..nanti..." dengan itu,Soo Hyun terus pengsan.Orang itu ketawa."Hahaha mati jugak kau!" kata orang itu dan berlalu dari situ.

      Eli pelik melihat Kevin yang tidak keruan.Eli menepuk bahu Kevin."Kevin,aku tau kau tengah risaukan pasal Hyo Yeon tapi relaks la.Doktor dah sahkan yang dia berada dalam keadaan stabil." kata Eli.Kevin memandang ke arah Eli."Ya,yang tu saya tau tapi saya tengah risaukan pasal Soo Hyun." kata Kevin.Eli mengerutkan dahinya."Soo Hyun? Buat apa kau nak risau pasal dia? Pandai-pandailan dia jaga diri tu." kata Eli seakan-akan pelik dengan Kevin."Tapi tadi dia dapat panggilan dan terus campak telefon tu..agaknya apa yang berlaku pada dia sekarang?" kata Kevin lagi.Muka Kevin semakin risau."Saya nak pergi cari dia." kata kevin dan terus berlari keluar dari kawasan wad."Kevin,jap!" Eli tidak sempat mengejar Kevin.AJ memegang bahu Eli."Biarkan dia." kata AJ.Eli hanya memandang pintu keluar.Kevin berlari ke kawasan bandar tersebut.Kevin memandang sekeliling takut-takut jika ada tanda-tanda Soo Hyun berada di situ.Kevin menanya orang sekeliling.Semuanya menggeleng.Kevin berasa hampa.Kevin menuju ke jambatan dan ternampak sekujur tubuh terbaring di situ.Kevin berlari ke tubuh itu dan ternampak banyak darah di situ.Kevin mengecam muka itu.Jantung Kevin bagai nak gugur apabila melihat muka orang itu."Soo Hyun!!"

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XIV)

     Kevin berlari menuju ke bilik latihan Soo Hyun.Kevin ternampak orang sedang mencuci bilik itu.Kevin mengintai sedikit dan Kevin ternampak kesan darah yang banyak."Apa yang dah berlaku ni?" soal Kevin dalam hati.Kevin sudah mula risau.Kevin tercari-cari Soo Hyun di kawasan sekolah.Kevin mencari di setiap sudut sekolah.Kevin sudah mula keliru."Mana Soo Hyun pergi ni?" kata Kevin sambil mengaru kepalanya."Kamu cari Soo Hyun ke?" tanya salah seorang pelajar.Kevin segera mengangguk."Ya,saya cari Soo Hyun.Awak tau di mana?" tanya Kevin pula."Saya nampak Soo Hyun pergi ke tandas tadi." kata peajar itu."Terima kasih ya." kata Kevin dan terus berlalu dari situ.Kevin memasuki tandas dan tiada sesiapa di situ."Betul ke dia ada kat sini?" Kevin mula rasa sangsi.Tiba-tiba,*PANGG!!* Pintu tandas itu terhempas dengan kuat.Kevin terkejut dan memaling ke belakang."Soo Hyun!" kata Kevin.Soo Hyun berjalan menghampiri Kevin."Kenapa kau cari aku?" soal Soo Hyun.Kevin tidak menjawab.Kevin terpaku melihat pipi Soo Hyun yang berbalut.Kevin tersandar pada dinding."Apa kau nak dari aku?" Saat itu,Kevin sudah mula menggeletar.

      "Aku cuma nak berbaik dengan kau." kata Kevin perlahan.Soo Hyun memandang muka Kevin.Soo Hyun berasa pelik."Nak berbaik dengan aku?" getus Soo Hyun dalam hati."Kau sedar tak kau tengah cakap dengan siapa?" kata Soo Hyun merentap kasar pada kolar baju Kevin.Muka Kevin menjadi pucat."Sa..saya tau.Tapi..saya tetap mahu berbaik dengan awak.Saya akan tolong awak!" kata Kevin.Soo Hyun melepaskan kolar baju Kevin.Soo Hyun terdiam mendengar kata-kata Kevin tadi.Kevin melihat Soo Hyun yang terdiam.Terdapat kesan lebam pada bibir Soo Hyun dan lengannya ada kesan luka.Kevin memberanikan diri untuk menanya Soo Hyun."Awak ada gaduh dengan sesiapa ke?" tanya Kevin.Soo Hyun mendiamkan diri.Fikiran Soo Hyun melayang jauh.Kevin mula pelik dengan sikap Soo Hyun."Soo Hyun,awak okey ke?" tanya Kevin lagi.Tiba-tiba,Ki Seop masuk ke tandas.Ki Seop terkejut melihat Kevin dan Soo Hyun di situ.Soo Hyun terus keluar dari tandas."Soo Hyun,tunggu!" kata Kevin cuba menarik lengan Soo Hyun tetapi tidak berjaya.Ki Seop menarik lengan Kevin."Woi,kau buat apa dengan dia tadi? Dia ada buat sesuatu kat kau? Dia ada bagi amaran tak?" soal Ki Seop bertubi-tubi.Kevin menggeleng."Tak,saya cuma nak berbaik dengan Soo Hyun." kata Kevin dan mengejar Soo Hyun dari belakang.Ki Seop hanya memandang Kevin berlari.

     *cough**cough* Hyo Yeon terbatuk lagi dalam kelas.Semakin lama semakin teruk.Cikgu mula bimbang dengan keadaan Hyo Yeon."Hyo Yeon,saya rasa kamu patut balik ke rumah.Batuk kamu tu dah makin teruk." kata cikgu menyuarakan kebimbangan.Hyo Yeon tersenyum pahit."Takpe,cikgu.batuk biasa je." kata Hyo Yeon dan sekali lagi Hyo Yeon terbatuk lagi.*cough**cough**cough* Hyo Yeon memegang dadanya.Kesakitannya semakin terasa.Hyo Yeon terasa sesuatu yang hangat di tangannya.Cikgu kelasnya menjerit memanggil namanya."Hyo Yeon!! Kamu patut pergi hospital sekarang!!" Hyo Yeon ke arah tangannya."Cikgu,boleh tak saya pergi ke tandas?" kata Hyo Yeon perlahan.Cikgu menggelengkan kepalanya."Tak boleh.Cikgu nak hubungi ibu bapa kamu untuk bawa kamu pulang." kata cikgu pula."Tolonglah cikgu,saya nak cuci tangan saya." kata Hyo Yeon lagi.Cikgu memandang Hyo Yeon sekilas dan "Victoria,kamu teman dia ke tandas." Victoria mengangguk."Kenapa ianya semakin teruk?" kata Hyo Yeon perlahan dan Hyo Yeon pengsan.

Sunday, 25 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XIII)

     Kevin mengunci lokernya sebelum balik.Sebaik sahaja Kevin memusingkan badannya.Soo Hyun sudah berdiri di depannya.Kevin teramat terkejut dan tersandar pada loker.Soo Hyun menarik lengan Kevin dan membawa ke sudut dinding.Kevin mengadu kesakitan."Sakit la!" kata Kevin cuba menepis pegangan Soo Hyun pada lengannya.Pegangan Soo Hyun sungguh kuat.Soo Hyun memandang Kevin dengan tidak puas hati."Apa kau buat dengan Hyo Yeon tadi?" soal Soo Hyun dengan serius."Mana ada..aku tak buat apa-apapun tadi!" kata Kevin dalam kesakitan.Soo Hyun mengenggam lengan Kevin dengan lebih kuat."Kau tipu.Jangan nak berpura-pura dengan aku." kata Soo Hyun lagi.Kevin jadi tidak keruan."A..aku cuma cium dia je..." kata Kevin perlahan.Soo Hyun merenung Kevin dengan lama."Kau memang tak guna!" kata Soo Hyun sambil menghalakan tumbukannya ke arah Kevin.Kevin memejamkan matanya."Berhenti!!!" jerit Eli dan menahan tumbukan Soo Hyun tadi."Kau ni,kenapa hah?? Gila ke nak belasah anak orang?!!" kata Eli dengan berang.Soo Hyun menepis tangan Eli.Soo Hyun masih mahu menumbuk muka Kevin.Eli jadi marah dan menendang Soo Hyun dari belakang.Soo Hyun tersandar pada badan Kevin.Soo Hyun memaling ke belakang dan menendang perut Eli.Eli memuntahkan darahnya.Soo Hyun melepaskan lengan Kevin dan berlalu dari situ.

     Kevin segera mendapatkan Eli.Bibir Eli dipenuhi dengan darah.Kevin menjadi risau."Eli,awak okey tak? Nak pergi hospital?" tanya Kevin bertubi-tubi.Eli tersenyum dan ketawa."Hahaha...tak payah risaulah,Kevin.Sikit je ni." kata Eli mengesat bibirnya dengan lengan baju."Tak sangka si Soo Hyun tu semakin kuat.Sakit perut aku ditendangnya." kata Eli lagi,memegang perutnya.Kevin memandang Eli lagi.Eli memandang Kevin dengan pelik."Woi,jangan pandang aku camtu la.Aku okey je." kata Eli cuba menyedapkan hati Kevin.Kevin mengenggam tangannya."Eli,saya nak cuba berbaik dengan Soo Hyun." kata Kevin.Eli membulatkan matanya.'Kevin,kau ni biar betul.Soo Hyun tu bagai nak gila nak belasah kau,kau pulak nak berbaik dengan dia." kata Eli seakan tidak percaya dengan kata-kata Kevin tadi.Kevin hanya tersenyum."Saya akan cuba walaupun dia akan membelasah saya." kata Kevin dengan kata putus.Eli tidak nak kata apa."Terserah la kepada kau.Wei,tolong bangunkan aku jap." kata Eli menghalakan tangannya ke arah Kevin.Kevin menarik tangan Eli."Ishh,beratnya!' kata Kevin,bergurau.Eli sengaja memasamkan muka."Berat ke?" soal Eli.Kevin mengangguk."Ya,berat sangat." kata Kevin dan ketawa bersama-sama dengan Eli.

     Malam itu,Soo Hyun memasuki kawasan sekolah.Walaupun telah diberi amaran oleh pihak sekolah,Soo Hyun langsung tidak mengendahkan amaran tersebut.Soo Hyun menuju ke bilik latihannya.Soo Hyun membalut tangannya dengan kain dan menumbuk beg pasir.Soo Hyun melepaskan amarahnya pada beg pasir itu.Soo Hyun menumbuk beg pasir itu dengan kuat.Beg pasir itu tercabut dan tercampak ke depan.Soo Hyun hanya memandang beg pasir itu.Tiba-tiba,pintu bilik latihannya ditendang dari luar.Soo Hyun membuka pintu itu dan,*SHAAAKK* Darah tersebur keluar dari pipinya.Soo Hyun sempat mengelak sedikit dari tikaman orang itu."Tak guna!! Apasal kau lagi pantas dari aku?!!" jerit orang itu.Orang itu menghalakan pisau itu ke arah Soo Hyun.Soo Hyun sempat mengelak dan menendang perut orang itu.Orang itu jatuh terduduk dan pisau tercampak ke tepi.Soo Hyun mengambil pisau itu dan menghalakannya ke arah orang itu.Orang itu mendongak dan terlihat muka Soo Hyun yang dipenuhi darah."Kau buat apa kat sini?" soal Soo Hyun meletakkan pisau itu di leher orang itu.Orang itu tersengih,"Aku datang sebab nak bunuh kau!!"

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XII)

     AJ dan Ki Seop memandang Eli dengan perasaan terkejut.Victoria juga terkejut mendengar kata-kata Eli tadi."Macam mana dia tau?" getus Victoria dalam hati.Victoria mengigit bibirnya."E..Eli,kau biar betul...takkan la Victoria yang buat semua benda tu?" kata AJ seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Eli tadi."Kau tak percaya cakap aku? Tengok ni,lambang yang membuatkan Kevin trauma.Lambang ni serupa dengan lambang pada rantai si pembunuh." kata Eli menunjukkan gelang Victoria di tangannya.Victoria terkejut melihat gelang tangannya pada tangan Eli.Victoria meronta-ronta."Bagi balik gelang aku! Bagi balik!!" jerit Victoria.Eli menampar muka Victoria dengan gelangnya.Pipi Victoria berdarah.Eli merenung AJ,"Kalau kau nak tahu sangat,bapa Victoria..." "Ya!! Ayah aku yang bunuh mak Kevin dan aku lah yang menyebarkan gambar Soo Hyun yang tidak senonoh itu!!!" jerit Victoria.AJ dan Ki Seop terkejut mendengar kata-kata Victoria.Eli tersenyum sinis."Tengok,kan aku dah kata,dia yang buat." kata Eli dengan sinis.AJ seperti tidak percaya dengan kata-kata Victoria tadi."Victoria,betul ke..kau buat semua ni?" tanya AJ memegang bahu Victoria."Ya..aku yang buat dan aku mahu melihat mereka sengsara." kata Victoria dengan sinis.

     "Ta..tapi kenapa kau perlu buat semua ni?" tanya AJ lagi.Victoria memaling mukanya ke tepi."Aku tak suka tengok muka Hyo Yeon bahagia.Dia patut merana kerana hidupnya..." ayat Victoria tergantung."Tapi macam mana kau tau Kevin trauma dengan lambang kepala harimau tu?" tanya Ki Seop.Victoria memandang ke arah Ki Seop."Aku tak tau,aku cuma pakai gelang itu." kata Victoria."Habis macam mana dengan ayah kau? Mana dia pergi?" soal Eli."Ayah aku digantung  sampai mati." jawab Victoria.Suaranya bertukar sedih.Ki Seop memandang Victoria dengan perasaan simpati."Eli,baik kita lepaskan dia.Kesian dia..." kata Ki Seop.Eli hanya memandang dan keluar dari bilik itu.Ki Seop membuka ikatan tali pada Victoria.AJ menahan Victoria sebelum dia keluar."Sebelum tu,aku nak kau minta maaf kepada Kevin dan Soo Hyun." kata AJ dengan serius.Victoria memandang AJ sekilas."Bukan senang nak minta maaf dengan Soo Hyun.Soo Hyun pasti tengah marah sekarang ini." kata Victoria.AJ dan Ki Seop memandang Victoria yang berlalu pergi.Eli yang bersandar pada dinding.Mukanya kelihatan runsing."Kenapa ni?" soal Ki Seop."Matilah Kevin kali ni..Soo Hyun nampak Kevin bercumbu dengan Hyo Yeon tadi dan aku pasti Kevin tidak akan selamat." jawab Eli dan menyebabkan darah AJ dan Ki Seop berderau.

Friday, 16 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XI)

     Selepas waktu sekolah,Kevin mengajak Hyo Yeon pergi ke belakang sekolah.Eli,AJ dan Ki Seop mengekori Kevin dari belakang.Kevin menghadap ke arah Hyo Yeon.Hyo Yeon berasa pelik."Kenapa ni,Kevin?" soal Hyo Yeon.Kevin mengumpulkan keberanian untuk bercakap,"Saya sukakan awak!" kata Kevin.Hyo Yeon terkejut mendengar luahan Kevin tadi.Hyo Yeon menundukkan kepalanya.Kevin berasa pelik dengan tindakan Hyo Yeon."Kenapa ni,Hyo Yeon? Awak tak suka pada saya ke?" tanya Kevin.Hyo Yeon menggelengkan kepalanya."Tak,saya sukakan awak juga tapi saya tak layak bersama dengan awak..." kata Hyo Yeon,perlahan.Suaranya kedengaran sedih.Hujan mula menitis membasahi bumi.Soo Hyun berada jauh dari situ ternampak Kevin dan Hyo Yeon berdiri dalam hujan.Soo Hyun mengunci pandangannya kepada mereka.AJ yang ternampak Soo Hyun yang berdiri jauh dari situ sedang memandang ke arah Kevin dan Hyo Yeon."Masalah ni." bisik AJ dalam hati.Kevin memegang bahu Hyo Yeon."Apa maksud awak yang awak tak layak?" tanya Kevin,tidak puas hati.Hyo Yeon mengalihkan tangan Kevin dari bahunya.Hyo Yeon mendiamkan diri."Kenapa,Hyo Yeon?" Kevin cuba memegang muka Hyo Yeon.Hyo Yeon menepis tangan Kevin.

      "Saya dah tak suci lagi.Saya pernah menjalini hubungan sulit dengan Soo Hyun!" jerit Hyo Yeon.Hyo Yeon menutup mukanya.AJ,Eli dan Ki Seop terkejut.Kevin memegang bahu Hyo Yeon dengan kuat.Kevin tidak mempedulikan hujan yang terus membasahi bajunya."Saya tak kisah pasal itu.Saya cintakan awak,Hyo Yeon!" kata Kevin dengan bersungguh-sungguh.Hyo Yeon mengalihkan tangannya.Air mata Hyo Yeon sudah bercampur dengan air hujan.Kevin cuba untuk mencium Hyo Yeon tetapi Hyo Yeon memaling ke tepi."Tak,Kevin.Saya tak boleh..." kata Hyo Yeon,perlahan.Kevin memegang pipi Hyo Yeon dan mencium Hyo Yeon.AJ,Eli dan Ki Seop tersenyum gembira dan Eli ternampak Victoria memegang kamera menangkap gambar Kevin dan Hyo Yeon bercumbu.Victoria terus melarikan diri dan Eli mengejar dari belakang.Soo Hyun yang melihat Kevin mencium Hyo Yeon menjadi panas."Siaplah kau,Kevin." kata Soo Hyun dan mengenggam tangannya dengan kuat.Kevin membawa Hyo Yeon ke blok sekolah.Kevin memandang Hyo Yeon yang basah kuyup."Maaf la sebab saya,kita berdua basah kuyup." kata Kevin,mengibas bajunya yang basah.Hyo Yeon membalas,"Takpe,terima kasih kerana sudi menerima saya." kata Hyo Yeon.Hyo Yeon mengigil kesejukan.Kevin memeluk Hyo Yeon."Jom,kita pergi cari baju spare." kata Kevin dengan lembut.Hyo Yeon mengangguk."Ya."

     Eli berlari dan menangkap Victoria.Victoria terjatuh.Victoria cuba meronta-ronta tetapi pelukan Eli sangat kuat."Lepaskan aku la! Lepaskan!!" jerit Victoria.Eli memanggil Ki Seop."Ki Seop,kau pergi ambil kamera dia cepat!" kata Eli.Ki Seop mengambil kamera Victoria yang terjatuh tadi."Eli,kamera dia dah pecah sikit." kata Ki Seop.AJ mengambil kamera dari tangan Ki Seop.AJ membuka bahagian kad memori kamera tersebut dan mengambil kad memori tersebut.Eli mengikat tangan Victoria dengan tali lehernya.Eli mengikat tangan Victoria dengan kuat.Victoria menjerit kesakitan."Argh! Tangan aku!!" Eli mengangkat Victoria dan menuju ke satu bilik."Woi,lepaskan aku! Lepaskan!" Victoria meronta-ronta.Eli tidak mempedulikan rontaan Victoria.Sampai sahaja di bilik itu,Ki Seop mengikat Victoria pada kerusi."Woi,apasal korang ikat aku ni? Lepaskan aku!" jerit Victoria.Eli menampar muka Victoria dengan kuat.Darah terpercik dari mulut Victoria.Ki Seop dan AJ terkejut."Woi,Eli! Apa kau buat ni?" soal AJ.Eli memandang muka AJ dengan tajam."Kalau kau nak tau,dia ni lah yang menyebabkan Kevin jadi trauma seumur hidup dan juga menyebabkan Soo Hyun dan Hyo Yeon berpisah!"

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian X)

     "Apa?!" kata Ki Seop dan Eli serentak.Kevin mengangguk."Apa dia buat kat kau?" tanya Eli dengan perasaan ingin tahu.Kevin membuka ceritanya."Semalam saya mengekori Soo Hyun pergi ke bilik latihannya.Saya tengok dia berlatih.Kekuatannya sangat luar biasa.Apabila saya mahu pergi dari situ,saya terlanggar beberapa batang besi..." "Kejap,batang besi?" Ki Seop mencelah.Kevin mengangguk."Ya,batang besi.Habis jatuh semua batang besi itu.Saya segera berlari ke pintu,belum sempat saya membuka pintu,Soo Hyun menutup pintu tersebut." "Lepas tu,apa dia buat kat kau?" tanya Eli."Dia tanya saya apa saya buat kat sini,saya tak dapat nak bercakap kerana terlalu takut.Lepas tu,dia cekik saya dengan kuat dan memaksa saya bercakap.Saya kata saya cuma nak tengok dia berlatih." kata Kevin dengan panjang lebar."Lepas tu?" tanya Ki Seop pula.Kevin menjawab,"Lepas tu,dia melepaskan saya dan suruh saya pergi dari situ.Saya tak faham kenapa saya perlu pergi.Apabila saya bertanya,dia marah dan mencampakkan sebatang besi ke arah saya.Batang itu hampir mengenai muka saya." kata Kevin."Oh..macam tu.Tapi sepatutnya kau tak patut pergi ke situ." kata Eli dengan serius."Kenapa pula?" soal Kevin."Kau belum kenal siapa Soo Hyun sebenarnya..." kata Ki Seop,perlahan.Kevin berasa pelik,"Soo Hyun yang sebenar?" Ki Seop dan Eli berpandangan.

      "Kalau kau nak tahu,Soo Hyun tu ada ramai musuh.Musuhnya selalu datang pada waktu rehat dan waktu balik untuk membalas dendam kepada Soo Hyun." kata Eli."Balas dendam?" kata Kevin."Ya,balas dendam.Soo Hyun selalu memenangi pertandingan bertinju.Sesiapa yang bertanding dalam pertandingan itu akan memusuhi Soo Hyun." "Kesiannya..." kata Kevin,perlahan."Sebenarnya,Soo Hyun bukanlah jahat sangat." kata Eli lagi."Dia tak jahat..apa maksud awak?" soal Kevin."Soo Hyun sebenarnya tak jahat,cuma degil.Dia suka menyendiri dan pandangan matanya sangat tajam.Semua orang takut kepada Soo Hyun,kecuali..." ayat Eli tergantung."Kecuali siapa?" tanya Kevin.Ki Seop menjawab,"Hyo Yeon." Kevin terkejut,"Hyo Yeon?" Eli mengangguk."Ya,hanya Hyo Yeon yang tidak takut kepada Soo Hyun.Hyo Yeon selalu pergi ke rumah Soo Hyun.Selepas itu,Soo Hyun dan Hyo Yeon menjalinkan hubungan.Soo Hyun nampak sangat bahagia waktu dia bercinta dengan Hyo Yeon sampailah satu hari itu hubungan mereka berakhir." jelas Eli."Kenapa mereka berpisah?" tanya Kevin seperti tidak puas hati."Ada orang aniaya Soo Hyun." kata Ki Seop."Aniaya?" soal Kevin."Ya,ada orang aniaya Soo Hyun.Kami tak tau siapa,tapi waktu itu sangat memalukan Soo Hyun.Hari itu,semua murid di sekolah menerima MMS dari nombor misteri.Dalam gambar itu,Soo Hyun bersama seorang perempuan berbaring di atas katil tanpa seurat benang." kata Ki Seop.Kevin terkejut,"Apa?" Eli dan Ki Seop menunduk."Ya,semua murid dapat gambar itu termasuk cikgu sekolah dan Hyo Yeon.Hyo Yeon merasa yang dirinya dikhianati.Hyo Yeon ingin menamatkan hubungannya tetapi Soo Hyun tak nak.Soo Hyun cuba menjelaskan pasal gambar itu tetapi Hyo Yeon tak nak dengar.Di depan semua murid dan kami berdua,Hyo Yeon menamatkan hubungannya.Soo Hyun menitiskan air mata masa Hyo Yeon melepaskan tangannya." jelas Ki Seop.

     "Sampai sekarang,Soo Hyun mengharap Hyo Yeon kembali kepadanya." kata Eli.Kevin menundukkan kepalanya."Oh..macam tu ke?Patut la dia beria-ia bagi amaran kat saya." kata Kevin,perlahan.Ki Seop cuba mengalih topik."Tapi,kau tau tak yang Hyo Yeon sangat sukakan kau!" kata Ki Seop dengan kuat.Kevin mengangkat kepalanya."Betul ke?" tanya Kevin seseolah tidak percaya."Ya,betul.Hyo Yeon sangat sukakan kau.Kau patut luahkan perasaan kau kepada dia." kata Eli pula."Tapi,macam mana dengan Soo Hyun? Nanti kalau dia dapat tahu yang saya couple dengan Hyo Yeon,habis nanti." kata Kevin dengan perasaan takut.Eli memaut bahu Kevin."Ishh,jangan risau lah.Ini,bodyguard kau,akan melindungi kau dari bahaya." kata Eli dengan bangga."Eleh,perasan lah mamat ni." kata Ki Seop mengejek.Kevin ketawa terbahak-bahak.Ki Seop tersenyum."Kevin,apa kata kau luahkan perasaan kau lepas sekolah esok?" kata Ki Seop selamba.Muka Kevin jadi merah."Kau rasa saya boleh buat ke?" tanya Kevin kepada Eli dan Ki Seop.Eli dan Ki Seop mengangguk serentak."Kau boleh buat,Kevin.Kau kan comel." kata Eli mencubit pipi Kevin.Kevin mengadu kesakitan."Eh,cubit sikit pun dah sakit!" kata Eli mengejek.Mereka semua ketawa sampailah mak cik Kevin datang.