Funny

Funny

Sunday, 25 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XIII)

     Kevin mengunci lokernya sebelum balik.Sebaik sahaja Kevin memusingkan badannya.Soo Hyun sudah berdiri di depannya.Kevin teramat terkejut dan tersandar pada loker.Soo Hyun menarik lengan Kevin dan membawa ke sudut dinding.Kevin mengadu kesakitan."Sakit la!" kata Kevin cuba menepis pegangan Soo Hyun pada lengannya.Pegangan Soo Hyun sungguh kuat.Soo Hyun memandang Kevin dengan tidak puas hati."Apa kau buat dengan Hyo Yeon tadi?" soal Soo Hyun dengan serius."Mana ada..aku tak buat apa-apapun tadi!" kata Kevin dalam kesakitan.Soo Hyun mengenggam lengan Kevin dengan lebih kuat."Kau tipu.Jangan nak berpura-pura dengan aku." kata Soo Hyun lagi.Kevin jadi tidak keruan."A..aku cuma cium dia je..." kata Kevin perlahan.Soo Hyun merenung Kevin dengan lama."Kau memang tak guna!" kata Soo Hyun sambil menghalakan tumbukannya ke arah Kevin.Kevin memejamkan matanya."Berhenti!!!" jerit Eli dan menahan tumbukan Soo Hyun tadi."Kau ni,kenapa hah?? Gila ke nak belasah anak orang?!!" kata Eli dengan berang.Soo Hyun menepis tangan Eli.Soo Hyun masih mahu menumbuk muka Kevin.Eli jadi marah dan menendang Soo Hyun dari belakang.Soo Hyun tersandar pada badan Kevin.Soo Hyun memaling ke belakang dan menendang perut Eli.Eli memuntahkan darahnya.Soo Hyun melepaskan lengan Kevin dan berlalu dari situ.

     Kevin segera mendapatkan Eli.Bibir Eli dipenuhi dengan darah.Kevin menjadi risau."Eli,awak okey tak? Nak pergi hospital?" tanya Kevin bertubi-tubi.Eli tersenyum dan ketawa."Hahaha...tak payah risaulah,Kevin.Sikit je ni." kata Eli mengesat bibirnya dengan lengan baju."Tak sangka si Soo Hyun tu semakin kuat.Sakit perut aku ditendangnya." kata Eli lagi,memegang perutnya.Kevin memandang Eli lagi.Eli memandang Kevin dengan pelik."Woi,jangan pandang aku camtu la.Aku okey je." kata Eli cuba menyedapkan hati Kevin.Kevin mengenggam tangannya."Eli,saya nak cuba berbaik dengan Soo Hyun." kata Kevin.Eli membulatkan matanya.'Kevin,kau ni biar betul.Soo Hyun tu bagai nak gila nak belasah kau,kau pulak nak berbaik dengan dia." kata Eli seakan tidak percaya dengan kata-kata Kevin tadi.Kevin hanya tersenyum."Saya akan cuba walaupun dia akan membelasah saya." kata Kevin dengan kata putus.Eli tidak nak kata apa."Terserah la kepada kau.Wei,tolong bangunkan aku jap." kata Eli menghalakan tangannya ke arah Kevin.Kevin menarik tangan Eli."Ishh,beratnya!' kata Kevin,bergurau.Eli sengaja memasamkan muka."Berat ke?" soal Eli.Kevin mengangguk."Ya,berat sangat." kata Kevin dan ketawa bersama-sama dengan Eli.

     Malam itu,Soo Hyun memasuki kawasan sekolah.Walaupun telah diberi amaran oleh pihak sekolah,Soo Hyun langsung tidak mengendahkan amaran tersebut.Soo Hyun menuju ke bilik latihannya.Soo Hyun membalut tangannya dengan kain dan menumbuk beg pasir.Soo Hyun melepaskan amarahnya pada beg pasir itu.Soo Hyun menumbuk beg pasir itu dengan kuat.Beg pasir itu tercabut dan tercampak ke depan.Soo Hyun hanya memandang beg pasir itu.Tiba-tiba,pintu bilik latihannya ditendang dari luar.Soo Hyun membuka pintu itu dan,*SHAAAKK* Darah tersebur keluar dari pipinya.Soo Hyun sempat mengelak sedikit dari tikaman orang itu."Tak guna!! Apasal kau lagi pantas dari aku?!!" jerit orang itu.Orang itu menghalakan pisau itu ke arah Soo Hyun.Soo Hyun sempat mengelak dan menendang perut orang itu.Orang itu jatuh terduduk dan pisau tercampak ke tepi.Soo Hyun mengambil pisau itu dan menghalakannya ke arah orang itu.Orang itu mendongak dan terlihat muka Soo Hyun yang dipenuhi darah."Kau buat apa kat sini?" soal Soo Hyun meletakkan pisau itu di leher orang itu.Orang itu tersengih,"Aku datang sebab nak bunuh kau!!"

No comments:

Post a Comment