Kevin cuba mengejar Soo Hyun tetapi Soo Hyun telah hilang di pandangannya.Telefon Soo Hyun berdering.Soo Hyun segera mengangkat panggilan itu.Kevin yang terdengar telefon Soo Hyun terus menuju di mana Soo Hyun berada.Kevin ternampak Soo Hyun yang bercakap dalam telefon.Selepas itu,Soo Hyun mencampak telefonnya ke tanah.Hancur berkecai telefon itu.Kevin terkejut.Kevin melihat muka Soo Hyun.Mukanya sangat marah dan dia terus berlari ke luar sekolah.Kevin cuba mengejar Soo Hyun tetapi telefonnya tiba-tiba berbunyi.Kevin mengangkat panggilan itu.Tentera nama 'Eli' di skrin telefonnya."Kenapa pulak ni?" getus Kevin dalam hati."Helo." "Wei,kau kat mana ni?" tanya Eli dengan tiba-tiba.Sura Eli kedengaran risau."Saya kat belakang bangunan sekolah.Kenapa ni? Bukan main risau lagi kau punya suara." kata Kevin pelik."Hyo Yeon,dia..." ayat Eli tergantung."Dia kenapa?" tanya Kevin."Hyo Yeon..dia pengsan tadi.Sekarang ni,dia dikejarkan ke hospital!" kata-kata Eli tadi menyebabkan jantung Kevin mahu gugur.
Soo Hyun menaiki motor dan menunggangnya dengan laju.Soo Hyun menuju ke sebuah jambatan. Sebaik sahaja Soo Hyun tiba di situ,beberapa orang lelaki memegang kayu dan besi.Soo Hyun berasa marah melihat orang itu lagi.Orang itu ialah musuhnya dalam perlawanan tinju."Kau tak puas hati lagi ke,hah?" berang Soo Hyun.Orang itu hanya tersenyum.Sinis.Tiba-tiba,orang dari belakang Soo Hyun memukul kepala Soo Hyun dengan kayu golf.Darah terpercik dari kepala Soo Hyun.Soo Hyun langsung tidak berginjak dari situ mahupun jatuh pengsan.Soo Hyun merenung orang itu dengan tajam.Darah Soo Hyun mula menitis di mukanya.Orang di belakang Soo Hyun mula menggelabah."Bos,macam mana ni?" Orang di belakang Soo Hyun mula menunjukkan kerisauan di mukanya.Soo Hyun merenung orang itu.Orang itu mula pelik."Selalunya orang akan pengsan dan mati sebab pukulan kuat di kepala tetapi dia..." getus orang itu dalam hati.Soo Hyun membuka langkahnya dan berjalan ke arah orang itu.Orang itu mengundurkan diri.Muka Soo Hyun sangat menakutkan dengan darahnya yang tidak berhenti mengalir.Soo Hyun mengangkat tangannya perlahan."Si..siap la...kau..nan..nanti..." dengan itu,Soo Hyun terus pengsan.Orang itu ketawa."Hahaha mati jugak kau!" kata orang itu dan berlalu dari situ.
Eli pelik melihat Kevin yang tidak keruan.Eli menepuk bahu Kevin."Kevin,aku tau kau tengah risaukan pasal Hyo Yeon tapi relaks la.Doktor dah sahkan yang dia berada dalam keadaan stabil." kata Eli.Kevin memandang ke arah Eli."Ya,yang tu saya tau tapi saya tengah risaukan pasal Soo Hyun." kata Kevin.Eli mengerutkan dahinya."Soo Hyun? Buat apa kau nak risau pasal dia? Pandai-pandailan dia jaga diri tu." kata Eli seakan-akan pelik dengan Kevin."Tapi tadi dia dapat panggilan dan terus campak telefon tu..agaknya apa yang berlaku pada dia sekarang?" kata Kevin lagi.Muka Kevin semakin risau."Saya nak pergi cari dia." kata kevin dan terus berlari keluar dari kawasan wad."Kevin,jap!" Eli tidak sempat mengejar Kevin.AJ memegang bahu Eli."Biarkan dia." kata AJ.Eli hanya memandang pintu keluar.Kevin berlari ke kawasan bandar tersebut.Kevin memandang sekeliling takut-takut jika ada tanda-tanda Soo Hyun berada di situ.Kevin menanya orang sekeliling.Semuanya menggeleng.Kevin berasa hampa.Kevin menuju ke jambatan dan ternampak sekujur tubuh terbaring di situ.Kevin berlari ke tubuh itu dan ternampak banyak darah di situ.Kevin mengecam muka itu.Jantung Kevin bagai nak gugur apabila melihat muka orang itu."Soo Hyun!!"
No comments:
Post a Comment