Funny

Funny

Sunday, 25 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XII)

     AJ dan Ki Seop memandang Eli dengan perasaan terkejut.Victoria juga terkejut mendengar kata-kata Eli tadi."Macam mana dia tau?" getus Victoria dalam hati.Victoria mengigit bibirnya."E..Eli,kau biar betul...takkan la Victoria yang buat semua benda tu?" kata AJ seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Eli tadi."Kau tak percaya cakap aku? Tengok ni,lambang yang membuatkan Kevin trauma.Lambang ni serupa dengan lambang pada rantai si pembunuh." kata Eli menunjukkan gelang Victoria di tangannya.Victoria terkejut melihat gelang tangannya pada tangan Eli.Victoria meronta-ronta."Bagi balik gelang aku! Bagi balik!!" jerit Victoria.Eli menampar muka Victoria dengan gelangnya.Pipi Victoria berdarah.Eli merenung AJ,"Kalau kau nak tahu sangat,bapa Victoria..." "Ya!! Ayah aku yang bunuh mak Kevin dan aku lah yang menyebarkan gambar Soo Hyun yang tidak senonoh itu!!!" jerit Victoria.AJ dan Ki Seop terkejut mendengar kata-kata Victoria.Eli tersenyum sinis."Tengok,kan aku dah kata,dia yang buat." kata Eli dengan sinis.AJ seperti tidak percaya dengan kata-kata Victoria tadi."Victoria,betul ke..kau buat semua ni?" tanya AJ memegang bahu Victoria."Ya..aku yang buat dan aku mahu melihat mereka sengsara." kata Victoria dengan sinis.

     "Ta..tapi kenapa kau perlu buat semua ni?" tanya AJ lagi.Victoria memaling mukanya ke tepi."Aku tak suka tengok muka Hyo Yeon bahagia.Dia patut merana kerana hidupnya..." ayat Victoria tergantung."Tapi macam mana kau tau Kevin trauma dengan lambang kepala harimau tu?" tanya Ki Seop.Victoria memandang ke arah Ki Seop."Aku tak tau,aku cuma pakai gelang itu." kata Victoria."Habis macam mana dengan ayah kau? Mana dia pergi?" soal Eli."Ayah aku digantung  sampai mati." jawab Victoria.Suaranya bertukar sedih.Ki Seop memandang Victoria dengan perasaan simpati."Eli,baik kita lepaskan dia.Kesian dia..." kata Ki Seop.Eli hanya memandang dan keluar dari bilik itu.Ki Seop membuka ikatan tali pada Victoria.AJ menahan Victoria sebelum dia keluar."Sebelum tu,aku nak kau minta maaf kepada Kevin dan Soo Hyun." kata AJ dengan serius.Victoria memandang AJ sekilas."Bukan senang nak minta maaf dengan Soo Hyun.Soo Hyun pasti tengah marah sekarang ini." kata Victoria.AJ dan Ki Seop memandang Victoria yang berlalu pergi.Eli yang bersandar pada dinding.Mukanya kelihatan runsing."Kenapa ni?" soal Ki Seop."Matilah Kevin kali ni..Soo Hyun nampak Kevin bercumbu dengan Hyo Yeon tadi dan aku pasti Kevin tidak akan selamat." jawab Eli dan menyebabkan darah AJ dan Ki Seop berderau.

No comments:

Post a Comment