Keesokkan harinya,di sekolah,semua orang mula berkumpulan di tempat perlawanan akan berlangsung.Di bilik persalinan,Soo Hyun membalut tangannya dengan kain putih.Soo Hyun mengerling sesaat ke arah jam."5 minit lagi..." kata Soo Hyun perlahan.Kedengaran bunyi bising di sebalik pintu bilik itu."Kamu tidak boleh berada di sini.Hanya yang terlibat sahaja!" "Bagi saya masuk sekejap!" Soo Hyun membuka pintu dan ternampak Kevin sedang bergelut dengan kakitangan di situ."Lepaskan dia." kata Soo Hyun.Kakitangan itu memandang Soo Hyun."Tapi.." "Lepaskan dia." kata Soo Hyun,merenung kakitangan itu dengan tajam.Kakitangan itu terus melepaskan Kevin dan berlalu dari situ.Kevin tersenyum melihat Soo Hyun."Kenapa kau nak jumpa aku?" tanya Soo Hyun."Saya nak.." Soo Hyun memotong percakapan Kevin."Kejap,ambil ni." kata Soo Hyun menyerahkan kad pendermanya kepada Kevin.kevin memandang kad itu dan mengambilnya.Kevin memandang muka Soo Hyun."Terima kasih sebab ambil berat pasal aku." kata Soo Hyun sambil tersenyum.Kevin terkejut melihat Soo Hyun tersenyum."SEMUA PENONTON DIMINTA MENGAMBIL TEMPAT DUDUK MASING-MASING.PERLAWANAN AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI." Kevin mendengar pengumuman itu terus berlari keluar."Aku harap kau takkan sedih kalau aku mati nanti.." kata Soo Hyun perlahan.
Kevin tergesa-gesa berlari mengambil tempat duduknya di sebelah Eli.Eli menepuk bahu Kevin."Kau pergi mana tadi,hah?" tanya Eli.Kevin menggeleng."Takde apa-apalah." nafi Kevin.Eli berasa pelik dengan Kevin.Kevin mengalih topik."Tengok,perlawanan dah nak mula." kata Kevin."DARI SUDUT SEBELAH KANAN...SOO HYUN!!" Semua orang bersorak melihat Soo Hyun."DAN DARI SUDUT SEBELAH KIRI...HYUN MIN!!" Semua orang juga bersorak melihat Hyun Min juga.Mereka berdua naik ke atas pentas perlawanan.Mereka berdua berpusing menghadap satu sama lain."Tak sangka kau hidup lagi." kata Hyun Min marah.Soo Hyun hanya memdiamkan diri."Apasal diam je ni? Selalunya kau mesti akan melawan." kata Hyun Min.Soo Hyun masih mendiamkan diri."Apasal kau tak cakap ni?!!" kata Hyun Min dan menumbuk Soo Hyun dengan tiba-tiba.Darah terpercik ke lantai perlawanan.Pengadil di situ menghalang Hyun Min dari menumbuk Soo Hyun lagi."Sabar perlawanan akan bermula sebentar lagi." kata pengadil itu.Hyun Min merengus kasar.Pengadil mengerling ke arah jam."Okey,perlawanan akan bermula sekarang!" kata pengadil itu.Hyun Min menyerang Soo Hyun bertubi-tubi.Soo Hyun melindungi dirinya untuk menahan tumbukan Hyun Min."Apasal kau nak balas balik?" Hyun Min menendang perut Soo Hyun dengan kuat.Soo Hyun memuntahkan darahnya.
Ki Seop menutup mukanya.Kevin mengigit bibirnya.Penonton di situ terkejut melihat Soo Hyun yang tidak melawan langsung.Soo Hyun memegang perutnya.Kesakitannya terus meragut fikirannya.Darah mengalir keluar dari mulutnya.Belum sempat Soo Hyun bangun,Hyun Min menendang Soo Hyun lagi.Soo Hyun tercampak ke tepi.Pengadil menghalang Hyun Min dari menendang Soo Hyun lagi.Soo Hyun cuba mengagahkan dirinya untuk bangun.Soo Hyun mengelap darahnya dan mengambil posisinya."Ini yang aku nak!" kata Hyun Min dan melepaskan tumbukan tepat pada muka Soo Hyun.Darah terus memercik lagi.Soo Hyun terus tumbang.Belum sempat Hyun Min menendang Soo Hyun,Soo Hyun menendang Hyun Min dulu.Hyun Min tercampak ke tepi.*ting* Loceng berbunyi menunjukkan tanda berehat.Pengurusnya memanggil Soo Hyun."Soo Hyun,apasal kau tak lawan balik,hah?" Soo Hyun tidak menjawab.Hyun Min melihat Soo Hyun berasa geram."Kau akan mati lepas ni!" kata Hyun Min perlahan.*ting* Loceng berbunyi tanda perlawanan bersambung semula.Lagi sekali,Hyun Min menumbuk Soo Hyun bertubi-tubi.Darah semakin banyak keluar dari mulut dan hidung Soo Hyun.Penonton mula risau.Kevin menjadi semakin risau.Soo Hyun menjadi semakin lemah.
No comments:
Post a Comment