Kevin memandang muka Hyo Yeon yang semakin pucat.Dada Hyo Yeon berombak perlahan seakan-akan ajal akan menjemputnya sekejap lagi.Kevin tidak mampu buat apa-apa.Victoria menangis sambil memegang Hyo Yeon.Kevin tidak tahu apa yang Victoria luahkan kepada Hyo Yeon kerana suaranya sangat perlahan.Eli hanya memandang sahaja,manakala Ki Seop seperti tidak senang hati.AJ masih cuba menjejaki Soo Hyun."Kevin,sini kejap." kata Eli mengajak Kevin keluar dari wad.Kevin hanya bangun dan keluar dari wad itu.Victoria memandang ke arah Ki Seop."Boleh tak kau keluar dan tinggalkan aku dan Hyo Yeon bersendirian..." kata Victoria.Ki Seop mengangguk dan sempat memandang Hyo Yeon sekilas dan terus keluar.Selepas Ki Seop keluar,Victoria menangis teresak-esak."Hyo Yeon...ma..maafkan aku maafkan aku...sebab...akulah yang..menyebabkan kau...berpisah dengan Soo Hyun.." kata Victoria dalam tangisannya."Ma...maafkan aku..." "Saya maafkan awak..." kata Hyo Yeon perlahan.Victoria terkejut mendengar Hyo Yeon bercakap."Hyo Yeon! Awak dah bangun..?" kata Victoria terkejut.Hyo Yeon mengangguk perlahan dan tersenyum."Kau dengar apa aku cakap tadi? Tapi kenapa kau senang hati memaafkan aku?" tanya Victoria.Hyo Yeon tersenyum pahit."Takpe,asalkan awak dah minta maaf dengan saya.Kitakan kawan." kata-kata Hyo Yeon tadi menyebabkan hati Victoria bertambah sebak.
"Macam mana kita nak selamatkan Soo Hyun?" tanya Eli kepada Kevin.Kevin hanya mendiamkan diri.Ki Seop tiba-tiba mencelah,"Apa kata kita suruh penganjur batalkan perlawanan itu?" kata Ki Seop.Eli memandang muka Ki Seop."Kau gila apa? Mati kau kena belasah dengan Soo Hyun nanti." kata Eli.Ki Seop menjadi takut."Habis,apa kita nak buat?" tanya Ki Seop menggelabah.Eli dan Ki Seop memandang Kevin. "Mungkin Soo Hyun merancang sesuatu." kata Kevin.Eli berasa pelik."Rancang apa pulak ni? Banyak songeh betul la." kata Eli semakin runsing.Kevin hanya tersenyum dan kembali muram."Esok kan perlawanan tu?" tanya Ki Seop kepada Eli."Ha'ah,esok dekat sekolah." kata Eli.Kevin bersuara,"Apa kata kita pergi tengok perlawanan Soo Hyun esok?" kata Kevin.Eli membulatkan matanya."Kau ni biar betul,Kevin? Kenapa pulak nak tengok dia berlawan pulak?" kata Eli tanda membantah."Aku pun.Kenapa kita nak tengok dia belasah orang?" kata Ki Seop pula.Kevin memandang muka Eli dan Ki Seop."Korang...saya tau awak tak suka Soo Hyun tapi mungkin esok adalah perlawanan terakhirnya.Saya nak kita semua pergi sana esok.Ajak AJ dan Victoria sekali,okey?" Mendengar kata-kata Kevin tadi cukup membuatkan Eli dan Ki Seop tersentuh."Baiklah." kata Eli sepatah.
Pada malam itu,Soo Hyun menyusup masuk ke hospital untuk melawat Hyo Yeon.Soo Hyun membuka pintu bilik wad Hyo Yeon.Tiada siapa di dalam,hanya Hyo Yeon sahaja yang sedang tidur.Soo Hyun menghampiri katil Hyo Yeon.Hati Soo Hyun menjadi hiba melihat muka Hyo Yeon semakin pucat daripada sebelum ini.Soo Hyun mengusap rambut Hyo Yeon perlahan.Kemudian,Soo Hyun mencium Hyo Yeon buat kali terakhir.Kevin yang berada di luar wad ternampak Soo Hyun mencium Hyo Yeon hanya tersenyum dan berlalu dari situ.Soo Hyun membelai muka Hyo Yeon."Jangan risau.Aku akan selamatkan kau.Aku pasti kau akan bahagia dengan Kevin nanti." kata Soo Hyun.Soo Hyun mencium dahi Hyo Yeon dan berjalan menuju ke pintu.Soo Hyun memandang Hyo Yeon sekilas dan keluar dari bilik itu.Air mata Hyo Yeon menitis keluar."Soo Hyun..." kata Hyo Yeon perlahan.
No comments:
Post a Comment