"Soo Hyun!!" jerit Kevin.Kevin mengangkat kepala Soo Hyun.Rambut Soo Hyun dibasahi dengan darah.Kevin semakin risau.Kevin memeriksa nadi Soo Hyun."Masih ada..masih sempat nak selamatkan..." kata Kevin.Kevin segera mendail nombor kecemasan.Kevin semakin mengigil ketakutan.Badan Soo Hyun semakin sejuk dan nafasnya sangat lemah."Soo Hyun,jangan mati kat sini.Saya akan tolong awak untuk rapat balik dengan Hyo Yeon." kata Kevin.Kedengaran bunyi ambulans semakin menghampiri mereka.Atendan ambulans segera membawa keluar katil kecemasan dan mengangkat Soo Hyun ke atasnya dan membawanya masuk ke dalam ambulans."Kamu mahu naik sekali?" tanya atendan itu."Takpe,saya akan menyusul nanti." kata Kevin.Atendan itu mengangguk dan segera menaiki ambulans.Ambulans itu meluncur laju dengan mengeluarkan siren kecemasan.Kevin menaiki motor Soo Hyun yang ditinggalkannya dan meluncur laju ke jalan raya."Soo Hyun,jangan risau.Mereka akan selamatkan awak." bisik Kevin dalam hati.Ketika Kevin sampai,mereka telah membawa Soo Hyun ke wad kecemasan.Eli yang ternampak Kevin berdiri di kaki lima terus memanggil Kevin.Kevin terdengar panggilan Eli dan muka Eli jadi pucat lesi.
Eli berasa sangat terkejut melihat baju Kevin dipenuhi dengan darah.Kevin tersenyum dan berlari ke arah Eli.Eli mengundurkan dirinya.Kevin pelik."Kenapa ni?" soal Kevin."K..kau buat a..apa tadi?" kata Eli tergagap-gagap.Kevin melihat bajunya."Darah Soo Hyun melekat pada baju aku tadi." kata Kevin perlahan."Darah siapa?" tanya Eli lagi."Soo Hyun." Suara Kevin bertukar sayu.Eli memandang muka Kevin."Woi,kenapa ni?" tanya Eli lagi.Muka Kevin semakin sedih."Kevin.." tanya Eli.Air mata Kevin menitis ke pipinya."Soo Hyun..di..dia hampir...ma...ti..." kata Kevin terketar-ketar.Eli mula gelabah."Kau biar betul Kevin.Soo Hyun tu payah sikit nak mampus." kata Eli,menyindir.Kevin mula marah."Hoi! Bab mati-mati saya tak main-main la!! Saya jumpa Soo Hyun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan Soo Hyun dimasukkan ke hospital ni,kau tau tak!!?" marah Kevin dan berlalu dari situ.Eli terpinga-pinga.Kevin berlari meninggalkan Eli."Tak mungkin,Soo Hyun..." ayat Eli tergantung.
No comments:
Post a Comment