Funny

Funny

Friday, 16 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian X)

     "Apa?!" kata Ki Seop dan Eli serentak.Kevin mengangguk."Apa dia buat kat kau?" tanya Eli dengan perasaan ingin tahu.Kevin membuka ceritanya."Semalam saya mengekori Soo Hyun pergi ke bilik latihannya.Saya tengok dia berlatih.Kekuatannya sangat luar biasa.Apabila saya mahu pergi dari situ,saya terlanggar beberapa batang besi..." "Kejap,batang besi?" Ki Seop mencelah.Kevin mengangguk."Ya,batang besi.Habis jatuh semua batang besi itu.Saya segera berlari ke pintu,belum sempat saya membuka pintu,Soo Hyun menutup pintu tersebut." "Lepas tu,apa dia buat kat kau?" tanya Eli."Dia tanya saya apa saya buat kat sini,saya tak dapat nak bercakap kerana terlalu takut.Lepas tu,dia cekik saya dengan kuat dan memaksa saya bercakap.Saya kata saya cuma nak tengok dia berlatih." kata Kevin dengan panjang lebar."Lepas tu?" tanya Ki Seop pula.Kevin menjawab,"Lepas tu,dia melepaskan saya dan suruh saya pergi dari situ.Saya tak faham kenapa saya perlu pergi.Apabila saya bertanya,dia marah dan mencampakkan sebatang besi ke arah saya.Batang itu hampir mengenai muka saya." kata Kevin."Oh..macam tu.Tapi sepatutnya kau tak patut pergi ke situ." kata Eli dengan serius."Kenapa pula?" soal Kevin."Kau belum kenal siapa Soo Hyun sebenarnya..." kata Ki Seop,perlahan.Kevin berasa pelik,"Soo Hyun yang sebenar?" Ki Seop dan Eli berpandangan.

      "Kalau kau nak tahu,Soo Hyun tu ada ramai musuh.Musuhnya selalu datang pada waktu rehat dan waktu balik untuk membalas dendam kepada Soo Hyun." kata Eli."Balas dendam?" kata Kevin."Ya,balas dendam.Soo Hyun selalu memenangi pertandingan bertinju.Sesiapa yang bertanding dalam pertandingan itu akan memusuhi Soo Hyun." "Kesiannya..." kata Kevin,perlahan."Sebenarnya,Soo Hyun bukanlah jahat sangat." kata Eli lagi."Dia tak jahat..apa maksud awak?" soal Kevin."Soo Hyun sebenarnya tak jahat,cuma degil.Dia suka menyendiri dan pandangan matanya sangat tajam.Semua orang takut kepada Soo Hyun,kecuali..." ayat Eli tergantung."Kecuali siapa?" tanya Kevin.Ki Seop menjawab,"Hyo Yeon." Kevin terkejut,"Hyo Yeon?" Eli mengangguk."Ya,hanya Hyo Yeon yang tidak takut kepada Soo Hyun.Hyo Yeon selalu pergi ke rumah Soo Hyun.Selepas itu,Soo Hyun dan Hyo Yeon menjalinkan hubungan.Soo Hyun nampak sangat bahagia waktu dia bercinta dengan Hyo Yeon sampailah satu hari itu hubungan mereka berakhir." jelas Eli."Kenapa mereka berpisah?" tanya Kevin seperti tidak puas hati."Ada orang aniaya Soo Hyun." kata Ki Seop."Aniaya?" soal Kevin."Ya,ada orang aniaya Soo Hyun.Kami tak tau siapa,tapi waktu itu sangat memalukan Soo Hyun.Hari itu,semua murid di sekolah menerima MMS dari nombor misteri.Dalam gambar itu,Soo Hyun bersama seorang perempuan berbaring di atas katil tanpa seurat benang." kata Ki Seop.Kevin terkejut,"Apa?" Eli dan Ki Seop menunduk."Ya,semua murid dapat gambar itu termasuk cikgu sekolah dan Hyo Yeon.Hyo Yeon merasa yang dirinya dikhianati.Hyo Yeon ingin menamatkan hubungannya tetapi Soo Hyun tak nak.Soo Hyun cuba menjelaskan pasal gambar itu tetapi Hyo Yeon tak nak dengar.Di depan semua murid dan kami berdua,Hyo Yeon menamatkan hubungannya.Soo Hyun menitiskan air mata masa Hyo Yeon melepaskan tangannya." jelas Ki Seop.

     "Sampai sekarang,Soo Hyun mengharap Hyo Yeon kembali kepadanya." kata Eli.Kevin menundukkan kepalanya."Oh..macam tu ke?Patut la dia beria-ia bagi amaran kat saya." kata Kevin,perlahan.Ki Seop cuba mengalih topik."Tapi,kau tau tak yang Hyo Yeon sangat sukakan kau!" kata Ki Seop dengan kuat.Kevin mengangkat kepalanya."Betul ke?" tanya Kevin seseolah tidak percaya."Ya,betul.Hyo Yeon sangat sukakan kau.Kau patut luahkan perasaan kau kepada dia." kata Eli pula."Tapi,macam mana dengan Soo Hyun? Nanti kalau dia dapat tahu yang saya couple dengan Hyo Yeon,habis nanti." kata Kevin dengan perasaan takut.Eli memaut bahu Kevin."Ishh,jangan risau lah.Ini,bodyguard kau,akan melindungi kau dari bahaya." kata Eli dengan bangga."Eleh,perasan lah mamat ni." kata Ki Seop mengejek.Kevin ketawa terbahak-bahak.Ki Seop tersenyum."Kevin,apa kata kau luahkan perasaan kau lepas sekolah esok?" kata Ki Seop selamba.Muka Kevin jadi merah."Kau rasa saya boleh buat ke?" tanya Kevin kepada Eli dan Ki Seop.Eli dan Ki Seop mengangguk serentak."Kau boleh buat,Kevin.Kau kan comel." kata Eli mencubit pipi Kevin.Kevin mengadu kesakitan."Eh,cubit sikit pun dah sakit!" kata Eli mengejek.Mereka semua ketawa sampailah mak cik Kevin datang.

No comments:

Post a Comment