Funny

Funny

Wednesday, 28 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XXI)

      Dua minggu sudah berlalu.Sampai sekarang Kevin,Eli,Ki Seop,AJ dan Victoria masih tidak dapat menemui penderma yang sesuai dengan Hyo Yeon.Keadaan Hyo Yeon semakin lemah.Soo Hyun pula,tiada berita langsung pasalnya.Kemana dia menghilang,semua orang tak tau.Kevin duduk di luar wad.Eli menghampiri Kevin."Kevin,macam mana ni? Tinggal seminggu je lagi.Kalau kita tak sempat,Hyo Yeon mungkin akan..." Kevin memotong percakapan Eli."Eli,saya yakin kita akan jumpa nanti." kata Kevin cuba menyedapkan hati Eli dan dirinya.Kevin berjalan menuju ke kaunter pertanyaan jururawat."Cik,boleh tak saya tengok fail maklumat peribadi Hyo Yeon?" tanya Kevin."Adik ni keluarga si pesakit ke?" tanya jururawat itu balik.Kevin hanya mengannguk.Jururawat itu menyerahkan fail maklumat peribadi Hyo Yeon kepada Kevin.Kevin segera membuka fail maklumat itu dan membacanya satu-persatu.Selesai membacanya,Kevin menyerahkan kembali fail itu kepada jururawat tadi.Kevin memanggil Eli dan Eli segera bangun dan berjalan ke arahnya."Kau nak apa?" tanya Eli dulu-dulu.Kevin berbisik kepada Eli.Eli memandang muka Kevin dengan pelik."Kau pasti ke? Kalau diorang tanya aku macam-macam,macam mana?" kata Eli tanda tidak setuju."Awak cakap je awak ahli keluarga pesakit." kata Kevin.Eli mengangguk dan terus menuju ke tingkat bawah.

      Beberapa minit kemudian,Eli menerpa ke arah Kevin yang sedang duduk."Kevin! Kau betul la! Jenis darah Soo Hyun dan Hyo Yeon sama!" kata Eli dengan gembira.Kevin dapat tau semua tu dari Ki Seop."Dah agak dah,tapi kita tak tau kat mana Soo Hyun sekarang." kata Kevin dengan hampa.Eli juga berasa hampa.Victoria keluar dari wad Hyo Yeon dan berlari ke arah Kevin."Kevin! Kevin! Ada berita pasal Soo Hyun!" jerit Victoria.Kevin dan Eli memandang ke arah Victoria."Betul ke?" tanya Eli dan Kevin serentak."Tetapi ini bukan berita baik.Aku dengar cerita yang Soo Hyun ada perlawanan tinju pada hari Rabu ni." kata Victoria.Eli mengangkat kening."Apa yang buruknya? Baik adalah." kata Eli.Victoria merenung Eli dengan tajam."Sebab orang yang akan dilawannya adalah orang yang cuba membunuh Soo Hyun dulu." kata Victoria lagi.Kevin membulatkan matanya.Victoria menyambung ayatnya,"Ya,betul.Orang itu dah banyak kali cuba untuk bunuh Soo Hyun sebab asyik kalah dalam perlawanan tinju." Eli memotong percakapan Victoria."Jap,maksud kau,orang itu akan bunuh Soo Hyun pada hari perlawanan itu?" tanya Eli.Victoria mengangguk laju.Muka Eli dan Kevin terus bertukar risau.

      Soo Hyun menumbuk beg pasir itu berkali-kali.Soo Hyun masih teringat lagi.Masa Soo Hyun berjalan menuju ke wadnya.Soo Hyun menjalani ujian darah.Keputusan ujian darahnya serupa dengan Hyo Yeon.Soo Hyun merupakan penderma paling sesuai untuk Hyo Yeon.Doktor juga turut terkejut melihat keputusan ujian darahnya."Kamu ada pertalian darah dengan pesakit itu?" tanya doktor.Soo Hyun menggelengkan kepalanya.Doktor jadi pelik."Hm..tak pernah saya jumpa orang asing yang sesuai dengan pesakit asing..." kata doktor itu.Lamunan Soo Hyun terhenti.Soo Hyun merenung tangannya yang dibaluti dengan kain."Aku akan selamatkan kau..." kata Soo Hyun perlahan.

No comments:

Post a Comment