Funny

Funny

Wednesday, 28 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XX)

       "Soo Hyun..." kata Kevin perlahan.Soo Hyun berjalan ke arah Kevin dan merentap leher baju Kevin dengan kasar.Soo Hyun merenung mata Kevin."Kenapa? Kenapa kau tak bagitau aku yang Hyo Yeon takkan hidup lama,hah?!" kata Soo Hyun dengan perasaan marah.Kevin menjadi takut "Saya tau salah saya sebab tak bagitau pasal itu.Tapi boleh tolong lepaskan saya?" kata Kevin seperti sesak nafas.Soo Hyun melepaskan leher baju Kevin.Terbatuk-batuk Kevin dibuatnya.Soo Hyun hanya melihat sahaja.Kevin mula bersuara,"Kalau awak nak selamatkan Hyo Yeon,awak kena cari penderma yang sesuai untuk Hyo Yeon dalam masa sebulan." kata Kevin.Soo Hyun mendiamkan diri dan berjalan pergi dari situ.Kevin memanggil Soo Hyun."Soo Hyun,tunggu! Saya belum habis ca..." Eli menekup mulut Kevin."Dah cukuplah tu.Sekarang ni,kita kena fikir macam mana nak cari penderma untuk Hyo Yeon,okey?" kata Eli kepada kevin.Kevin mengangguk.

       Pada tengahari itu,Kevin menuju ke bilik wad Soo Hyun.Belum sempat Kevin membuka pintu,salah seorang jururawat berkata,"Maaf,dik.pesakit di wad itu sudah dicaj keluar." kata jururawat itu.Kevin terkejut."Eh? Bila masa dia keluar?" tanya Kevin."Baru tadi,dik.Mungkin sekarang ni dia berada di luar kawasan hospital." kata jururawat lagi.Kevin mengangguk dan mengucapkan terima kasih.Kevin berlari ke luar bangunan hospital dan ternampak Soo Hyun sudah memecut laju dengan motosikalnya.Kevin merengus kasar.Kevin terdengar suara AJ dari belakang."Kevin!" jerit AJ.Kevin pusing ke belakang.Nafas AJ tercungap-cungap."Wei..Kevin..aku nampak...Soo Hyun naik motor tadi...dia pergi mana..?" tanya AJ tercungap-cungap.Kevin mengangkat bahunya."Entah lah..." AJ hanya melihat Kevin.Kevin segera menarik lengan AJ."Takpe lah,mungkin dia ada hal lain.Jom kita masuk." kata Kevin.AJ hanya mengangguk.

No comments:

Post a Comment