Funny

Funny

Monday, 26 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian XIV)

     Kevin berlari menuju ke bilik latihan Soo Hyun.Kevin ternampak orang sedang mencuci bilik itu.Kevin mengintai sedikit dan Kevin ternampak kesan darah yang banyak."Apa yang dah berlaku ni?" soal Kevin dalam hati.Kevin sudah mula risau.Kevin tercari-cari Soo Hyun di kawasan sekolah.Kevin mencari di setiap sudut sekolah.Kevin sudah mula keliru."Mana Soo Hyun pergi ni?" kata Kevin sambil mengaru kepalanya."Kamu cari Soo Hyun ke?" tanya salah seorang pelajar.Kevin segera mengangguk."Ya,saya cari Soo Hyun.Awak tau di mana?" tanya Kevin pula."Saya nampak Soo Hyun pergi ke tandas tadi." kata peajar itu."Terima kasih ya." kata Kevin dan terus berlalu dari situ.Kevin memasuki tandas dan tiada sesiapa di situ."Betul ke dia ada kat sini?" Kevin mula rasa sangsi.Tiba-tiba,*PANGG!!* Pintu tandas itu terhempas dengan kuat.Kevin terkejut dan memaling ke belakang."Soo Hyun!" kata Kevin.Soo Hyun berjalan menghampiri Kevin."Kenapa kau cari aku?" soal Soo Hyun.Kevin tidak menjawab.Kevin terpaku melihat pipi Soo Hyun yang berbalut.Kevin tersandar pada dinding."Apa kau nak dari aku?" Saat itu,Kevin sudah mula menggeletar.

      "Aku cuma nak berbaik dengan kau." kata Kevin perlahan.Soo Hyun memandang muka Kevin.Soo Hyun berasa pelik."Nak berbaik dengan aku?" getus Soo Hyun dalam hati."Kau sedar tak kau tengah cakap dengan siapa?" kata Soo Hyun merentap kasar pada kolar baju Kevin.Muka Kevin menjadi pucat."Sa..saya tau.Tapi..saya tetap mahu berbaik dengan awak.Saya akan tolong awak!" kata Kevin.Soo Hyun melepaskan kolar baju Kevin.Soo Hyun terdiam mendengar kata-kata Kevin tadi.Kevin melihat Soo Hyun yang terdiam.Terdapat kesan lebam pada bibir Soo Hyun dan lengannya ada kesan luka.Kevin memberanikan diri untuk menanya Soo Hyun."Awak ada gaduh dengan sesiapa ke?" tanya Kevin.Soo Hyun mendiamkan diri.Fikiran Soo Hyun melayang jauh.Kevin mula pelik dengan sikap Soo Hyun."Soo Hyun,awak okey ke?" tanya Kevin lagi.Tiba-tiba,Ki Seop masuk ke tandas.Ki Seop terkejut melihat Kevin dan Soo Hyun di situ.Soo Hyun terus keluar dari tandas."Soo Hyun,tunggu!" kata Kevin cuba menarik lengan Soo Hyun tetapi tidak berjaya.Ki Seop menarik lengan Kevin."Woi,kau buat apa dengan dia tadi? Dia ada buat sesuatu kat kau? Dia ada bagi amaran tak?" soal Ki Seop bertubi-tubi.Kevin menggeleng."Tak,saya cuma nak berbaik dengan Soo Hyun." kata Kevin dan mengejar Soo Hyun dari belakang.Ki Seop hanya memandang Kevin berlari.

     *cough**cough* Hyo Yeon terbatuk lagi dalam kelas.Semakin lama semakin teruk.Cikgu mula bimbang dengan keadaan Hyo Yeon."Hyo Yeon,saya rasa kamu patut balik ke rumah.Batuk kamu tu dah makin teruk." kata cikgu menyuarakan kebimbangan.Hyo Yeon tersenyum pahit."Takpe,cikgu.batuk biasa je." kata Hyo Yeon dan sekali lagi Hyo Yeon terbatuk lagi.*cough**cough**cough* Hyo Yeon memegang dadanya.Kesakitannya semakin terasa.Hyo Yeon terasa sesuatu yang hangat di tangannya.Cikgu kelasnya menjerit memanggil namanya."Hyo Yeon!! Kamu patut pergi hospital sekarang!!" Hyo Yeon ke arah tangannya."Cikgu,boleh tak saya pergi ke tandas?" kata Hyo Yeon perlahan.Cikgu menggelengkan kepalanya."Tak boleh.Cikgu nak hubungi ibu bapa kamu untuk bawa kamu pulang." kata cikgu pula."Tolonglah cikgu,saya nak cuci tangan saya." kata Hyo Yeon lagi.Cikgu memandang Hyo Yeon sekilas dan "Victoria,kamu teman dia ke tandas." Victoria mengangguk."Kenapa ianya semakin teruk?" kata Hyo Yeon perlahan dan Hyo Yeon pengsan.

No comments:

Post a Comment