Seminggu selepas itu,Rome dan Seo Hyun keluar untuk berjanji temu buat kali pertama.Mereka tidak tahu bahawa Hyuna mengekori mereka.Rome dan Seo Hyun pergi membeli-belah,menonton wayang dan berjalan-jalan di taman."Nae,Rome,kita duduk di kerusi itu,ya? Kaki saya sudah penat berjalan."kata Seo Hyun sambil mengusap kakinya yang sudah penat.Rome mengangguk.Mereka duduk di kerusi itu."Sakit ke,Seo Hyun?" tanya Rome sambil mengusap bahu Seo Hyun."Tidaklah sa..." kata-kata Seo Hyun terhenti.Jarak muka Rome dengan mukanya sangat dekat.Rome memegang muka Seo Hyun dan mencium Seo Hyun.Hyuna ternampak rome dan Seo Hyun bercium itu terus membuatkan dirinya semakin tercabar.Hyuna mahu Seo Hyun mati hari ini juga! Rome dan Seo Hyun berjalan berpegangan tangan untuk melintas jalan.Saat Rome dan Seo Hyun melintas jalan,tiba-tiba Seo Hyun terjatuh dan ada sebuah kereta yang dipandu laju terus menghala ke arah Seo Hyun."Badan saya tidak boleh bergerak..." kata Seo Hyun dalam hati dan dengan tiba-tiba Rome menolak Seo Hyun ke tepi jalan dan kereta itu...BAMM!!...terus melanggar Rome.
Seo Hyun menjerit meminta pertolongan dan meluru ke Rome yang terbaring di atas jalan.Seo Hyun mengangkat kepala Rome.Darah terus mengalir dari mulutnya serta kepalanya.Seo Hyun menangis,"Rome..jangan tinggalkan saya.Ambulans akan datang selamatkan awak...tolong jangan tinggalkan saya..." kata Seo Hyun dalam tangisannya.Rome mengelengkan kepalanya perlahan dan menghadiahkan senyuman terakhir kepada Seo Hyun.Selepas itu,Rome menghembuskan nafas terakhirnya.Tangisan Seo Hyun bertambah lebat."Rome!Rome!!" jerit Seo Hyun.Orang ramai yang menyaksikan kemalangan tadi turut bersedih dengan kehilangannya.Hyuna yang mengupah orang untuk melanggar Seo Hyun tadi juga menangisi kematian Rome.Kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap,Rome sudah mati.Hyuna berasa sangat sedih dan menyesal.
Sekarang,Rome sudah mati dan Seo Hyun sudah kehilangan kekasihnya dan Jung Min kehilangan kawan baiknya.Masa tidak boleh berputar balik.Ini semua salah Hyuna.Kalau tidak disebabkan perasaan cemburunya,Rome tidak akan mati.Tetapi itu semua sudah terlambat untuk menyesal kerana Rome sudah tiada lagi di muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment