Funny

Funny

Friday, 2 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian I)

     Soo Hyun memandang ke keluar tingkap.Melihat daun berguguran.Sekali-sekala,Soo Hyun mengalihkan pandangannya pada telefonnya dan menjeling pada seseorang.Seseorang yang dulu tempat dia berkasih.Seseorang yang dulu tempat dia mencurahkan kasih sayang.Tetapi sekarang,itu sudah tiada lagi.Sekarang,Soo Hyun hanya memerhatikan dia daripada jauh.Dia itu adalah Hyo Yeon,dia merupakan bekas kekasih Soo Hyun.Soo Hyun memerhatikan Hyo Yeon yang sedang rancak berbual dengan rakan kelasnya.Soo Hyun terdengar perbualan mereka,"Nae,semua orang! Saya dengar ada pelajar baru dari Amerika Syarikat (AS) akan masuk ke kelas kita hari ini!" kata salah seorang dengan kuat."Pelajar baru? Dari AS?" getus Soo Hyun dalam hati.Soo Hyun tidak mahu mengetahui siapa pelajar baru itu.Soo Hyun hanya mahu Hyo Yeon balik semula kepadanya.

    "KRINGG!" Loceng sekolah sudah berbunyi.Guru kelas terus melangkah masuk ke dalam kelas,"Okey,murid-murid.Loceng sudah berbunyi.Sila duduk di tempat masing-masing." Soo Hyun memandang muka guru kelasnya."Terujanya..." kata Soo Hyun perlahan.Soo Hyun meletakkan handsfreenya pada telinganya.Namun,Soo Hyun masih boleh mendengar gurunya bercakap,"Seperti yang sedia maklum,kita akan menerima pelajar baru dari AS.Kamu semua mesti beri contoh yang baik kepadanya." kata cikgu.Semua murid menganggukkan kepala kecuali Soo Hyun."Okay,mari masuk..." kata cikgu,memandang keluar kelas memanggil pelajar baru untuk masuk.Sebaik sahaja pelajar baru itu masuk,semua mulut ternganga memandang pelajar baru itu."Wah,comelnya muka dia!" "Tingginya dia!" "Warna rambutnya sangat cantik!" Pelbagai komen keluar dari mulut pelajar kelas itu.Pelajar baru itu memperkenalkan dirinya,"Hai,semua.Nama saya Kevin Woo.Saya baru balik ke sini semalam.Saya harap kamu semua dapat memberi tunjuk ajar kepada saya." kata Kevin dengan peramah.Soo Hyun memandang ke arah Kevin dan dia sedar bahawa Hyo Yeon asyik memandang pelajar baru itu.

     "Okey,Kevin.Kamu boleh duduk di tepi tingkap sana." kata cikgu kepada Kevin."Baik,cikgu." kata Kevin.Sewaktu Kevin berjalan menuju ke tempat duduknya.Kevin sempat memandang ke arah Hyo Yeon.Hyo Yeon memandang muka Kevin tanpa berkelip mata.Kevin terpaku dengan kecantikkan Hyo Yeon,"Ca...cantiknya dia..." bisik Kevin dalam hati.Soo Hyun yang melihat mereka yang saling berpandangan.Soo Hyun berasa sangat geram.Tiba-tiba,Ki Seop bersuara,"Budak baru itu nampak macam sudah mula sukakan Hyo Yeon." kata Ki Seop.Soo Hyun yang mendengar kata-kata Ki Seop tadi sudah mula panas.Soo Hyun tidak mahu Hyo Yeon bercinta dengan orang lain apatah lagi pelajar baru ini."Siaplah kau,Kevin..." bisik Soo Hyun dalam hati.Soo Hyun mengenggam tangannya sekuat hati tanpa dia sedari,skrin telefonnya pecah.

No comments:

Post a Comment