Hanya tinggal beberapa minit lagi konsert besar 5-Idols akan bermula.Hyun Jun nampak betul-betul jahat hari ini.Nampaknya dia lebih arif dalam bidang teknologi ini.Kami sabotaj mikrofon,pembesar suara,audio dan bunyi muzik.Aku memeriksa sekali lagi untuk memastikan sabotaj ini berjaya dengan jayanya."Jion,Jion." aku terdengar seseorang memanggil namaku.Apabila aku menoleh ke belakang,ku lihat kawan-kawanku telah ditangkap oleh pengawal keselamatan."Baik kau serah diri." kata pengawal tersebut.Aku menyerah dan mengangkat tanganku.Rancanganku ingin memsabotaj konsert 5-Idols sudah terbongkar.Pengurus ku memarahi aku dan ahli kumpulanku."Kenapa kamu semua sabotaj kumpulan 5-Idols? Dan kamu,Jion! Saya mengharapkan lebih kepada awak.Kenapa awak buat semua ini?!" Aku mendiamkan diriku dan menundukkan kepalaku."Saya mahu kamu semua pergi minta maaf dengan 5-Idols esok di asrama mereka." kata pengurusku.Kami semua mendiamkan diri.
Keesokkannya,aku dan ahli kumpulanku pergi ke asrama 5-Idols.Belum sempat aku menekan loceng,Soo Heok telah membuka pintu."Eh,awak Jion dari Starz,kan? Apa awak buat dekat sini?" kata Soo Heok kepada ku.Aku agak terkejut mendengar kata-katanya.Dia tidak marah dengan aku."Hyung,jomlah kita minta maaf dengan 5-Idols..." bisik Tao kepada ku.Aku mengangguk."Soo Heok,boleh aku bercakap dengan ahli kumpulan kau yang lain?" kataku kepada Soo Heok.Soo Heok membenarkan kami masuk ke asrama mereka.Setelah ahli 5-Idols berkumpul,aku dan ahli kumpulanku serentak berkata,"Kami minta maaf kerana memsabotaj kamu semua!" kami menundukkan kepala kami semua.Kami rasa malu sangat."Okey,aku maafkan awak semua." kata Soo Heok."Ehh?" aku mengangkat kepalaku."Tapi,kami sudah sabotaj pakaian,persembahan dan..!" Soo Heok memotong percakapanku."Ya,aku tahu itu.Aku tahu kenapa awak sabotaj kami." Semua orang di situ terkejut termasuk ahli kumpulan 5-Idols yang lain."Masa kau mahu buat persembahan dulu,aku ternampak tali kasut kau terlerai.Jadi aku jeling kepada kau tapi kau ingat aku sombong dengan kau." jelas Soo Heok.Aku terkejut mendengar penjelasan Soo Heok.Aku tidak mampu menahan air mataku lalu aku menangis.Soo Heok memeluk ku."Tiada apalah,Jion.Nae,aku akan bantu kumpulan kau untuk berjaya macam kumpulan kami.
Setahun kemudian,kumpulan kami sudah terkenal di seluruh Asia.Terima kasih kepada Soo Heok dan ahli 5-Idols yang lain.Tanpa mereka,kumpulan kami tidak akan berjaya seperti ini.Apa yang kami buat kepada 5-Idols akan menjadi pengajaran kepada kami semua.Kami tidak mahu mengulanginya lagi kerana kami telah dihukum tidak membuat sebarang persembahan selama setahun.Sekarang,hubungan kumpulan Starz dan 5-Idols semakin rapat dan kami membantu antara satu sama lain dan kami tidak memsabotaj mereka lagi.
No comments:
Post a Comment