Funny

Funny

Friday, 2 August 2013

Cemburu (Bahagian II)

     Keesokkan harinya,Seo Hyun dan Jessica sedang berjalan menuju ke sekolah.Tiba-tiba,Hyuna datang ke arah mereka dan terus menengking Seo Hyun."Woi,Seo Hyun! Kau ini sama dengan perempuan lain,kan?!! Rome itu aku punya!! Kau jangan mahu ada hati dengan dia!! Perempuan murahan!!!" tengking Hyuna kepada Seo Hyun di khalayak orang ramai.Seo Hyun berasa sangat malu.Dia cuba untuk mempertahankan dirinya."Ma..mana ada.Saya tidak sukakan dia.Saya cuma.." kata Seo Hyun dengan perasaan takut.Belum sempat Seo Hyun habis bercakap,Hyuna menengkingnya lagi,"Kau jangan menipulah!! Aku tahu kau sangat sukakan dia,kan?!!" tengking Hyuna lagi.Tidak jauh dari situ,Rome dan Jung Min ternampak insiden dan Rome terus berlari dan membela Seo Hyun."Hoi,perempuan! Kenapa kau tengking dia,hah? Dia tidak buat salah langsung!! Baik kau pergi!" marah Rome kepada Hyuna.Hyuna berasa sangat terkejut dan malu kerana dimarahi Rome.Hyuna terus pergi dari situ dengan cepat."Seo Hyun,awak okey? Dia ada buat apa-apa kepada awak?" tanya Rome kepada Seo Hyun."Ya,saya okey.Terima kasih kerana tolong saya." kata Seo Hyun,memberikan senyuman yang sangat manis kepada Rome membuatkan Rome jatuh cinta kepadanya.

     Selepas waktu sekolah,Rome bertemu dengan Seo Hyun di taman.Di situ,Rome meluahkan perasaannya,"Seo Hyun,aku sangat sukakan awak.Sudikah kau menjadi kekasihku?" kata Rome kepada Seo Hyun dengan menghadiahkan sejambak bunga kepadanya.Seo Hyun sangat terkejut dengan kejutan ini lalu dia terus memeluk Rome."Ya,saya sukakan awak juga." kata Seo Hyun dengan perasaan gembira.Seminggu selepas itu,Rome dan Seo Hyun menjadi pasangan kekasih.Jessica selalu bertanya kepada Seo Hyun sama ada mereka sudah melakukan itu.Seo Hyun berkata,"Ehh,awak ini,kami baru berpasangan.Apalah awak ini" kata Seo Hyun dengan muka merah padam.Jung Min menyampuk,"Ehh,manalah tahu kan,kamu berdua senyap-senyap buat benda itu tanpa pengawasan kami...betulkan,Jessica?" Jessica menganggukkan kepalanya."Apalah kamu berdua ini,fikir bukan-bukan pula." kata Rome sambil memukul bahu Jung Min.Mereka semua ketawa bersama.Hyuna yang ternampak kemesraan mereka bertambah cemburu.Hyuna merancang untuk membunuh Seo Hyun pada hari Rome dan Seo Hyun bertemu janji.

No comments:

Post a Comment