Funny

Funny

Thursday, 15 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian IX)

     Kevin membuka matanya perlahan.Kevin memaling ke tepi katilnya.Kevin nampak Ki Seop tertidur tepi katil itu.Kevin memaling ke arah tingkap.Sinaran mentari terus memancar ke arahnya."Sudah pagi?" kata Kevin,perlahan.Kevin terpandang ke arah Eli yang tertidur di atas kerusi."Kesian Eli kena tidur atas kerusi." kata Kevin lagi.Kevin cuba mengubah posisinya dan membuat Ki Seop terjaga dari tidur.Ki Seop terbangun dan berkata,"Oh,kau dah bangun." kata Ki Seop dengan terpisat-pisat matanya."Korang buat apa kat sini? Mana yang lain-lain?" tanya Kevin.Ki Seop menjawab,"Sekolah la,apa lagi." kata Ki Seop selamba."Hah? Sekolah?!" kata Kevin terburu-buru turun dari katil.Ki Seop menahan Kevin dari berdiri. "Wow,wow,relaks,Kevin,relaks.Mak cik kau dah maklumkan kepada pihak sekolah yang kau,aku dan Eli ambil cuti sakit hari ni.Kau tak payah risau lah." kata Ki Seop.Kevin sekadar mengangguk kepada penerangan Ki Seop.Eli yang terdengar Ki Seop bercakap terus terjaga."Kau ni,Ki Seop,cakap kuat sangat sampai terjaga aku dibuatnya." marah Eli dalam keadaan mamai.Kevin terus ketawa.

     Mereka semua berborak-borak tanpa menghiraukan perjalanan masa."Oh,rupanya Eli ni dari Los Angeles." kata Kevin dengan kagum.Eli tersenyum kambing.Ki Seop cuba mengorek rahsia Kevin."Wei,Kevin.Kenapa kau trauma sangat dengan lambang kepala harimau pada gelang Victoria?" tanya Ki Seop tanpa segan-silu.Eli memukul belakang Ki Seop."Kau ni...jangan tanya soalan tu kepada Kevin la." marah Eli.Ki Seop menjawab,"Apa? AJ yang suruh aku tanya Kevin pasal benda tu.Salah ke?" Eli sudah mula geram dengan perangai Ki Seop.Kevin mencelah."Takpe,takpe.Betul ke kau nak tahu?" kata Kevin,tenang.Ki Seop dan Eli saling berpandangan.Kevin sangat tenang.Eli menanya Kevin,"Betul ke lambang tu membunuh mak kau?" tanya Eli.Kevin mengangguk lemah."Ya,lambang itu yang membunuh ibu saya.Ibu saya dibunuh depan mata saya sendiri.Waktu saya masih kecil,saya tidak mampu menyelamatkan ibu saya." kata Kevin.Suaranya bertukar sayu."Kau tau tak kenapa mak kau dibunuh?" soal Ki Seop.Kevin tersentak mendengar soalan itu.Eli menyiku tangan Ki Seop.Ki Seop mengadu sakit.Kevin cuba menjawab soalan itu."Saya tak tau...yang saya tau ibu saya tak mahu berkahwin dengan lelaki itu." kata Kevin,perlahan."Kejap,kalau betul kau takut dengan lambang kepala harimau...siapa yang buat muka kau berdarah?" tanya Eli tiba-tiba.Kevin memegang balutan di pipinya."Oh,ini.Soo Hyun yang buat." kata Kevin.

No comments:

Post a Comment