Soo Hyun memandang Kevin dengan pandangan membunuh.Kevin memberanikan diri untuk berkata."Sa...saya tiada hubungan apa-apa dengan dia." Suara Kevin terketar-ketar.Soo Hyun memandang Kevin sekilas dan terus berlalu dari situ.Pelajar lain terus menghampiri Kevin."Kau okey tak? Dia ada cederakan kau?" kata salah seorang pelajar.Kevin membalas,"Tak,dia tak buat apa-apa pun,cuma amaran sahaja." kata Kevin.Pelajar yang lain-lain memandang sesama sendiri.Muka mereka kelihatan sangat takut.Kevin berasa pelik.Adakah Soo Hyun tu sangat menakutkan sampai semua orang takut kepadanya? Kevin pelik melihat tangan Soo Hyun yang dipenuhi dengan balutan.Kevin teringat yang AJ pernah beritahu yang Soo Hyun tu peninju sekolah."Hmm..entah la.Malas saya nak fikir." bisik Kevin dalam hati.Sampai sahaja di pintu kelas,Eli meluru ke arah Kevin."Woi,betul ke Soo Hyun bagi amaran kat kau?" kata Eli dengan cemas.Kevin menjawab,"Y..ya.Kenapa ni?" tanya Kevin pula.Muka Eli menjadi keruh.Semua orang dalam kelas juga begitu.Eli berkata,"Kalau dia bagi amaran lagi,bagitau aku." kata Eli dan terus menuju ke tempat duduknya.Sepanjang sesi pembelajaran dalam kelas,Kevin langsung tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelasnya.Kevin berasa seperti seseorang sedang memerhatikannya.Kevin memandang ke arah Hyo Yeon.Hyo Yeon membalas dengan senyuman."Siapa Hyo Yeon kepada Soo Hyun.Kenapa Soo Hyun bagi amaran kepada saya?" Persoalan terus bermain di mindanya.
Loceng waktu rehat berbunyi,Kevin nampak Soo Hyun terus keluar dari kelas.Kevin bingkas bangun untuk mengekori Soo Hyun.AJ menarik tangan Kevin."Kau nak ke mana tu?" soal AJ."Saya nak ikut Soo Hyun." kata Kevin cuba meleraikan pegangan AJ.AJ membulatkan matanya."Kau gila? Kau nak kena belasah dengan Soo Hyun ke?!" kata AJ sedikit menempik.semakin kuat pegangan AJ pada tangan Kevin."Tak,lepaskan saya!" kata Kevin menepis tangan AJ dengan kuat dan terus mengejar Soo Hyun.AJ hanya melihat sahaja."Aku harap kau tak apa-apa." bisik AJ.Kevin mengekori Soo Hyun daripada belakang.Kevin perlu memastikan kehadirannya tidak disedari oleh Soo Hyun.Soo Hyun menuju ke bilik latihan meninju."Oh,dia memang seorang peninju." bisik Kevin dalam hati.Kevin memasuki bilik latihan tersebut.Kevin ternampak Soo Hyun menumbuk beg berisi pasir dengan bertubi-tubi.Tumbukan Soo Hyun sangat kuat sampai tersenget-senget beg pasir itu.Kevin memuji kekuatan Soo Hyun."Woah,dia sangat kuat!" kata Kevin perlahan.Tiba-tiba,Kevin terlanggar beberapa batang besi dan besi itu jatuh dan mencetuskan bunyi bising.*TANG!**TANG!* "Alamak!" kata Kevin,perlahan.Kevin segera bangun untuk melarikan diri.Sikit lagi mahu sampai ke pintu,Soo Hyun menghempas pintu itu.PANG!! Kevin terkejut dan terduduk.Soo Hyun berjalan ke arah Kevin.
Kevin mengundurkan badannya ke belakang.Kevin menggeletar satu badan apabila melihat Soo Hyun memegang sebatang besi.Soo Hyun berjalan ke arahnya.Kevin mengundur dan undur dan sampai tersandar ke dinding.Soo Hyun memegang leher Kevin."Apa kau buat kat sini?" soal Soo Hyun.Kevin berasa sangat takut sampai mulut tak boleh nak bercakap."Apa kau buat kat sini? Cakap!!" soal Soo Hyun mencekik leher Kevin dengan kuat."Argh! Sa..saya hanya nak tengok awak berlatih je.." kata Kevin dengan suara tersekat-sekat.Soo Hyun melepaskan leher Kevin.Kevin terbatuk-batuk akibat genggam Soo Hyun tadi.Genggamannya sangat kuat."Pergi dari sini." kata Soo Hyun."Apa?" tanya Kevin."Aku kata pergi sekarang!" Soo Hyun membaling batang besi di tangannya.Batang besi tadi hampir mengenai muka Kevin.Satu garis halus di muka Kevin memercikkan darah.Kevin terus bingkas bangun dan lari keluar dari bilik latihan itu.Soo Hyun memandang ke arah pintu masuk itu dan kelihatan beberapa lelaki dengan kayu dan besi.Soo Hyun tersenyum sinis."Datang juga korang." kata Soo Hyun.
No comments:
Post a Comment