Funny

Funny

Tuesday, 13 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian III)

    "Kevin pengsan!!" jerit Ki Seop.Semua orang berkerumun ke arah Kevin.Eli menepis pelajar lain agar tidak memenuhi ruang."Ke tepi semua! Jangan berkerumun di sini.Bagi ruang untuk Kevin bernafas!" kata Eli.Ki Seop memangku kepala Kevin,"Kevin! Kevin! Bangun,Kevin! Bangun!" kata Ki Seop.Ki Seop berasa sangat risau.Cikgu yang ternampak kejadian itu menghampiri Ki Seop,"Kita perlu bawa Kevin ke bilik kesihatan sekarang." kata cikgu.Eli mendengar kata-kata cikgu tadi terus mengangkat Kevin dan membawanya ke bilik kesihatan.Soo Hyun yang terlihat Eli mengangkat Kevin dan Hyo Yeon serta lain-lain berlari di belakang Eli.Soo Hyun berfikir,"Pengsan ke budak ni? Baru sehari masuk sekolah dah buat hal..." getus Soo Hyun dalam hati.Soo Hyun hanya memandang sahaja.Soo Hyun langsung tidak mempedulikan kejadian itu.

     "Cepat,letak dia atas katil ni!" kata Hyo Yeon.Eli mengangguk dan meletakkan Kevin di atas katil itu.Eli membuka tali leher Kevin dan membuka kasutnya.Eli berasa lemas dengan orang ramai yang menghimpitnya."Kamu semua,jangan berkerumun di sini.Nanti susah Kevin nak bernafas!" marah Eli.Hyo Yeon mengambil kipas untuk mengipas Kevin.Muka Kevin sangat pucat.Air matanya masih mengalir.Hyo Yeon mengambil sehelai tisu untuk mengelap air mata Kevin."Kenapa dengan Kevin ni? Dia masih tidak berhenti menangis." kata Hyo Yeon,perlahan.Ki Seop yang dapat menangkap butir kata Hyo Yeon tadi terus berkata,"Aku pun pelik juga.Kenapa dia menangis? Apa yang dia nampak kat tangan Victoria tadi?" Eli menyampuk,"Entahlah,aku cuma nampak gelang je." Hyo Yeon memandang sekeliling."Eh,mana Victoria?" tanya Hyo Yeon.AJ memandang sekeliling."Aku pun perasan.Lepas Kevin pengsan,Victoria hilang entah ke mana." kata AJ.Eli berasa pelik.Apa yang Victoria buat kepada Kevin sampai Kevin jadi macam ni.Eli tidak mahu fikir semua itu.Eli memandang ke arah Hyo Yeon yang sedang mengusap rambut Kevin.

     Victoria terus berlari di korridor.Victoria terus berlari dan berlari.Tiba-tiba,dia berlanggar dengan Soo Hyun.Soo Hyun terjatuh sekali dengan Victoria.Victoria menhempap ke atas badan Soo Hyun.Victoria mengangkat kepalanya dan jarak mukanya dengan Soo Hyun tersangat dekat.Victoria terus bingkas bangun dan Soo Hyun memegang pergelangan tangannya."Lepaskan aku la!Lepaskan!!" jerit Victoria.Soo Hyun langsung tak mengendahkan jeritan Victoria sebaliknya menarik Victoria ke sudut dinding.Soo Hyun menghadap mukanya dengan muka Victoria.Victoria mengigil.Muka Soo Hyun semakin dekat dengan mukanya seseolah mahu menciumnya.Victoria terus memaling ke tepi.Victoria dapat rasakan nafas Soo Hyun di tengkuknya.Victoria memberontak."Lepaskan aku la.Jangan..." Soo Hyun memotong percakapan Victoria,"Apa kau buat kepada Kevin tadi?" soal Soo Hyun.Victoria memandang muka Soo Hyun."Ma...mana ada saya buat apa-apa kepada dia." kata Victoria,cuba mempertahankan dirinya.Soo Hyun mengenggam pergelangan Victoria dengan kuat dan menunjukkan gelang di tangannya."Ini apa?" soal Soo Hyun lagi.Victoria terus menjawab,"Ini gelang keturunan keluarga saya lah.Lepaskan saya!" tepis Victoria dengan kuat dan terus berlari.Soo Hyun memandang ke arah Victoria yang sedang berlari."Gelang yang ada lambang kepala harimau." getus Soo Hyun dalam hati.

No comments:

Post a Comment