Funny

Funny

Friday, 2 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian II)

     Sebaik sahaja cikgu habis mengajar,pelajar di belakang Kevin membaling segumpal kertas kepadanya.Kevin mengambil kertas itu dan menoleh ke belakang,"Awak ke yang baling kertas ini?' soal Kevin.Pelajar itu buat tidak tahu.Tetapi AJ dan Ki Seop sudah tergelak terbahak-bahak tengok mukanya.Pelajar itu pun tergelak."Okey,okey.Aku yang baling kertas itu." katanya."Nama aku Eli.Selamat berkenalan." kata Eli menghalakan tangannya kepada Kevin."Ya,selamat berkenalan." sambut Kevin.AJ dan Ki Seop pergi ke arah mereka."Nama aku AJ dan..." "Aku Ki Seop.Boleh aku duduk di sini?" kata Ki Seop untuk berkongsi tempat duduk dengan Kevin.Kevin mengangguk."Silakan." Eli mengajukan soalan kepada Kevin,"Warna rambut kau asli ke?" tanya Eli."Woi,kau ini.Tanya soalan yang tidak patut kepada dia." kata AJ memukul bahu Eli.Eli menjawab,"Apa? Aku tanya sahajalah sebab aku dari AS juga." jawab Eli.Kevin ketawa melihat telatah Eli dan AJ."Hahahaha,warna rambut saya aslilah.Hahaha" Kevin tergelak lagi.

     Dengan sekelip mata sahaja,Kevin sudah terkenal di kelasnya.Eli dan AJ tidak habis-habis membuat lawak sampai merah muka Kevin sebab ketawa.Suasana kelas semakin bising tetapi Soo Hyun langsung tidak mempedulikannya.Soo Hyun hanya ingin memerhatikan budak baru itu.Hyo Yeon dan Victoria mendekati Kevin."Nama saya Hyo Yeon dan ini Victoria." kata Hyo Yeon dengan peramah.Kevin memandang ke arah Hyo Yeon dan Victoria sambil tersenyum."Ya,selamat berkenalan." jawab Kevin.Victoria memandang Kevin dengan pelik."Aku macam pernah kenal dia sebelum ini..." kata Victoria dalam hati.Perasaan was-was menyelubungi jiwa Victoria.

     Ketika tiba waktu rehat,semua pelajar mengajak Kevin berehat dengan mereka."Sekejap ya kawan-kawan." kata Kevin dan menuju ke tempat duduk Soo Hyun.Soo Hyun nampak Kevin berdiri di depannya."Err...awak tidak mahu rehat dengan kami sekali?" tanya Kevin kepada Soo Hyun.Soo Hyun memandang Kevin dengan jelingan yang tajam.Soo Hyun mengigit bibirnya sampai berdarah.Kevin terkejut melihat perbuatan Soo Hyun itu terus berkata,"Okay,saya turun dulu." jawab Kevin lalu pergi dari situ.Soo Hyun memerhatikan Kevin keluar dari kelas."Woi,Kevin! Kenapa kau ajak Soo Hyun rehat sekali dengan kami tadi?" tanya Eli."Oh,namanya Soo Hyun.Entahlah sebab saya perasan dia asyik memerhatikan saya sepanjang saya duduk dalam kelas tadi.Tidak boleh ke?" jelas Kevin.AJ,Eli dan Ki Seop berpandangan.AJ berkata,"Kalau kau mahu tahu Soo Hyun itu peninju sekolah ini dan merupakan pelajar yang menakutkan dekat sekolah ini." kata AJ."Betul,pandangan matanya sangat tajam,cikgu semua takut dengan Soo Hyun.Tiada siapa yang berani melawan cakap Soo Hyun kecuali ada seorang..." ayat Ki Seop tergantung."Seorang?" tanya Kevin.Eli mengalih topik,"Sudahlah,jom kita pergi kantin.Aku sudah lapar." kata Eli kepada mereka dan berjalan menuju ke kantin.

    "Soo Hyun..pandangan matanya sangat tajam dan menakutkan..." getus Kevin dalam hati.Kevin mengelamun.Ki Seop yang melihat Kevin mengelamun segera menyergahnya."Warghhh!" Kevin terkejut sampai tersedak dibuatnya.Habis merah muka Kevin.Ki Seop meminta maaf,"Maaf,Kevin,maaf! Tidak sangka kau boleh tersedak macam ini." kata Ki Seop menepuk belakang Kevin.Kevin memandang Ki Seop,"Tiada apalah.cuma tersedak air sahaja." kata Kevin sambil menunjukkan air kotaknya.Ki Seop berasa lega.Eli memanggil mereka,"Ki Seop,Kevin! Jom kita duduk dekat sini." panggil Eli sambil menunjukkan tempat rehat mereka dengan Hyo Yeon dan Victoria.Victoria melambai ke arah Kevin."Marilah duduk dengan kami." kata Victoria sambil melambai.Kevin ternampak gelang tangan Victoria.Kevin jadi kaku.Gelang tangan Victoria mengingatkannya kepada sesuatu.Air kotak yang dipegang oleh Kevin terlepas dan jatuh.Ki Seop terkejut melihat Kevin kaku,segera memegang bahu Kevin.Bahu Kevin menggeletar.Ki Seop semakin risau,"Kevin,kenapa?" tanya Ki Seop.Eli segera bangun dan menuju ke Kevin."Kevin,kau okey?" Saat Eli melihat muka Kevin.Air mata Kevin berlinangan di pipinya."Kevin,kenapa ni?!" tanya Eli.Apa yang Eli dengar hanyalah,"Omma..." kata Kevin perlahan dan terus pengsan.

No comments:

Post a Comment