Funny

Funny

Thursday, 15 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian VII)

     Eli memandang tempat duduk Kevin.Kevin langsung tidak masuk ke kelas selepas dia keluar mengekori Soo Hyun.Perasaan bimbang mula menghurungi fikirannya.Eli dapat mengagak sesuatu yang buruk berlaku kepada Kevin.Hyo Yeon menegur Eli,"Eli,mana Kevin.Dari tadi,saya tak nampak dia.Dia pergi ke mana?" tanya Hyo Yeon."Entah la,Soo Hyun pun tak masuk lagi.Agaknya kat mana diorang sekarang?" kata Eli pula.Hyo Yeon mengerutkan dahinya.Eli perasan dengan tindakan segera berkata,"Err..maaf terlepas cakap." kata Eli dengan pantas.Ki Seop menghampiri Eli."Takkan kau tak tau.Aku dah risau ni.Jom kita cari Kevin." kata Ki Seop dengan perasaan gusar.Victoria dan AJ mengangguk serentak.Eli mengangguk tanda setuju.Mereka keluar ke kelas dan berpecah mencari Kevin.Ke hulu dan hilir sekolah mereka mencari tetapi tidak jumpa.Mereka terus mencari di seluruh kawasan sekolah.Ki Seop yang berlari-lari anak memandang sekeliling.Ki Seop terpandang kesan darah di korridor sekolah.Kesan darah itu ada di sepanjang korridor.Ki Seop jadi takut tetapi Ki Seop memberanikan diri mengikut jejak darah tersebut.Ki Seop terus berjalan sampai ke sudut dinding yang agak tersembunyi.Ki Seop ternampak bayangan seseorang.Ki Seop mengagahkan dirinya.Ki Seop memegang tangan orang itu dan orang itu segera memaling.Ki Seop terlampau terkejut dan menjerit."Kevinnnnn!!!"

     Victoria yang terdengar jeritan Ki Seop tadi terus berlari ke arah suara jeritan Ki Seop.Sampai sahaja di situ,Victoria nampak sebahagian muka Kevin dipenuhi darah.Eli membuka kot uniformnya dan menekup pipi Kevin yang dipenuhi darah.Kevin menangis tersedu-sedu.Victoria pelik dengan tangisan Kevin.Kevin menangis bukan sebab sakit tetapi sebab takut.Ki Seop tak dapat mengawal perasaannya."Kita kena bawa dia ke hospital.Dia mungkin sudah hilang banyak darah." kata Ki Seop dengan cemas.Victoria cuba memegang muka Kevin.Kevin ternampak gelang itu terus terkejut.Matanya membulat,bahunya terhinjut-hinjut dan sedunya semakin hebat.Kevin seseolah tidak dapat mengawal dirinya.Kevin menjerit dan terus pengsan.Victoria terkejut.Yang lain di situ juga terkejut.AJ memandang Victoria."Vic,apa awak buat kepada Kevin sampai Kevin jadi macam ni?" soal AJ.Victoria tak menjawab sebaliknya terus melarikan diri."Kenapa dengan dia tu?" tanya Hyo Yeon."Entah la.Yang penting sekarang,kita kena bawa Kevin ke hospital sekarang." kata Eli sebagai kata putus.

      Ki Seop memberitahu mak cik Kevin yang Kevin cedera dan pengsan di sekolah.Berita itu mengejutkan mak cik Kevin dan mak cik terus bersiap untuk ke hospital.Di hospital,Eli,AJ dan Hyo Yeon menunggu mak cik Kevin tiba.Sekali-sekala,AJ memandang Kevin yang ketakutan.Kevin asyik mengulangi perkataan yang sama iaitu omma."Apa yang Victoria buat pada mak Kevin sampai Kevin jadi trauma macam ni?" getus AJ dalam hati.Setibanya mak cik Kevin sampai,mak ciknya segera memeluk Kevin.Mak ciknya terus menangis ketika memeluknya.Kevin seseolah macam patung."Kevin...kenapa Kevin jadi macam ni? Jangan buat mak cik risau." sayu suara mak cik Kevin.Kevin tidak memberi sebarang reaksi.Hanya perkataan 'omma' yang keluar dari mulut Kevin.Mak cik Kevin terus pelik.Mak ciknya memegang muka Kevin. "Kevin,sayang.Kenapa ni? Kenapa cakap pasal omma?" Pandangan mata Kevin kosong.Kevin terus merebahkan dirinya.Mak ciknya terkejut."Kevin,kenapa ni?!" kata mak cik Kevin dengan cemas.Eli cuba menenangkan perasaan mak cik Kevin."Mak cik,bawa bertenang.Mungkin Kevin perlu berehat." kata Eli,memujuk.Sepanjang Kevin tidak sedarkan diri,suasana dalam wad itu sunyi.Hanya kedengaran bunyi kipas.Tiba-tiba mak cik Kevin bersuara."Kamu semua,mak cik ada benda nak bagitau kamu semua."

     "Ada apa mak cik nak bagitau kami di luar wad ni?" tanya Eli.Mak cik kevin memandang muka Eli dengan serius."Siapa yang buat Kevin macam ni?" tanya mak cik Kevin.AJ menjawab."Victoria,mak cik tapi apa salah Victoria,mak cik?" tanya AJ pula."Apa yang Kevin nampak pada Victoria?" tanya mak cik sekali lagi."Ah,gelang Victoria.Lepas Kevin nampak gelang tu,Kevin terus jadi takut dan pengsan.Gelang tu ada lambang kepala harimau,mak cik." kata Ki Seop dengan panjang lebar.Mak cik Kevin terkejut mendengar kata-kata Ki Seop tadi."Kamu cakap lambang kepala harimau?" tanya mak cik Kevin kepada Ki Seop.Ki Seop mengangguk."Kenapa,mak cik?" tanya Hyo Yeon.Mak cik Kevin jadi takut."Lambang harimau tulah yang membunuh mak Kevin." kata mak cik Kevin.Eli,AJ dan Hyo Yeon terperanjat besar.Lambang harimau yang membunuh mak Kevin? "Mak cik,mak cik ni biar betul?!" tanya Eli dengan perasaan terkejut."Mak cik tak tipu.Kevin sangat trauma dengan lambang itu dan darah." kata mak cik Kevin lagi.Ki Seop seakan tidak percaya dengan cerita mak cik Kevin tadi.Ki Seop menjenguk ke dalam wad Kevin.Ki Seop terkejut."Korang! Kevin dah hilang." jerit Ki Seop.Semua orang terkejut."Apa?!!"

No comments:

Post a Comment