Hujan terus turun membasahi muka bumi.Seo Hyun menangis di kawasan tanah perkuburan.Di depan kubur Rome.Jessica mengusap bahu Seo Hyun dan cuba untuk menenangkan tangisan Seo Hyun."Seo Hyun,sudahlah.Jom kita balik." pujuk Jessica.Jung Min masih lagi berdiri tanpa berganjak tanpa menghiraukan hujan yang terus membuatkannya basah.Seo Hyun mengalihkan pandangannya kepada Hyuna.Riak muka Hyuna jelas menunjukkan yang dia sangat menyesal melakukan semua ini.Ya,Hyuna yang menyebabkan kematian Rome.Hyuna mahu membunuh Seo Hyun tetapi Rome yang menjadi korban.Hyuna tahu semua ini salah dia.Semuanya disebabkan perasaan cemburunya.
Sebulan sebelum itu,di sekolah,Seo Hyun sedang membaca sebuah buku.Seo Hyun ada dengar ada pelajar baru akan masuk ke kelasnya hari ini.Seo Hyun terfikir,"Agak-agaknya,siapalah pelajar baru itu? Lelaki ke perempuan?" fikir Seo Hyun.Kringg!Loceng sekolah berdering menunjukkan bahawa setiap murid mesti masuk ke kelas.Selepas itu,guru kelasnya masuk ke kelas dengan seorang pelajar baru.Pelajar lelaki.Pelajar baru yang memiliki muka yang tampan,berambut coklat dan berkulit cerah.Semua mata tertumpu kepada pelajar baru itu.Jessica berbisik kepada Seo Hyun."Nae,Seo Hyun.Pelajar baru itu kacaklah." kata Jessica dengan perasaan teruja."Ya,saya pun rasa begitu." kata Seo Hyun.Seo Hyun ternampak Hyuna bermain mata dengan pelajar baru itu."Semua lelaki dia mahu kebas." kata Seo Hyun dalam hati.Pelajar baru itu memperkenalkan dirinya."Nama saya Rome.Harap kamu semua dapat beri tunjuk ajar." kata Rome tersenyum."Okey,Rome.Kamu boleh duduk di sebelah Seo Hyun,gadis yang berambut perang itu." kata cikgu sambil menunjukkan tempat duduknya di sebelah Seo Hyun.Seo Hyun berasa malu kerana Rome akan duduk di sebelahnya.Sebaik sahaja Rome duduk,Rome terus menyapa,"Hai,apa khabar?" Rome menghalakan tangannya kepada Seo Hyun untuk bersalam.Seo Hyun berasa sangat malu dan terus menyambutnya."Ya." jawab Seo Hyun sepatah.Hyuna memerhatikan mereka dengan perasaan cemburu.
Dengan sekelip mata,Rome sudah terkenal di dalam kelasnya.Jung Min,kawan kelas Seo Hyun,telah menjadi kawan baik Rome.Mereka berborak dengan rancak sekali.Sekali-sekala,Rome memandang ke arah Seo Hyun.Pandangan mata Rome menyebabkan muka Seo Hyun merah padam.Jessica mendekati Seo Hyun,"Seo Hyun,nampak macam dia suka akan awaklah." kata Jessica kepada Seo Hyun."Ehh,kebetulan sahajalah,Jessica." Muka Seo Hyun bertambah merah."Tipulah!" usik Jessica.Hyuna memerhatikan Rome yang asyik memandang ke arah Seo Hyun yang membuatkan Hyuna bertambah cemburu."Rome milik aku!" kata Hyuna perlahan.Apabila waktu rehat,Jung Min datang ke meja Seo Hyun,"Seo Hyunie,Rome mahu minta nombor telefon awak!" kata Jung Min dengan perasaan teruja.Seo Hyun terkejut mendengar kata-kata Jung Min tadi.Muka Seo Hyun terus bertukar merah dan apabila Seo Hyun memandang muka Rome,Rome memberikan Seo Hyun senyuman yang sangat menawan.
No comments:
Post a Comment