Funny

Funny

Tuesday, 13 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian IV)

     Hyo Yeon terus mengusap rambut kevin.Perlahan-lahan,Kevin membuka matanya.Hyo Yeon terkejut."Ah,Eli,Ki Seop,AJ!! Kevin dah bangun!" jerit Hyo Yeon.Eli terus mengadap ke arah Kevin."Kevin,kau okey ke? Kau buat kami semua risau la." kata Eli.Kevin tersenyum pahit.Riak muka muka Kevin jelas menunjukkan yang dia terlihat sesuatu yang menyayat hatinya.Ki Seop memegang bahu Kevin.Bahu Kevin terhenjut-henjut."Kevin..." Ki Seop memanggil nama Kevin.Hyo Yeon melihat Kevin begitu terus berkata,"Kamu semua pergilah masuk kelas dulu.Biar saya teman Kevin di sini." kata Hyo Yeon.Eli memandang ke arah Hyo Yeon,"Kau pasti nak teman Kevin di sini?" tanya Eli.Hyo Yeon mengangguk kepalanya dan tersenyum."Hm...kalau itu yang kau nak,baiklah.Jom,AJ,Ki Seop,kita balik ke kelas." kata Eli.Ki Seop sempat memandang ke arah Kevin sebelum dia keluar dari bilik kesihatan itu."Aku harap kau okey." kata ki Seop dalam hati dan menutup pintu bilik kesihatan.

     Selepas AJ,Eli dan Ki Seop keluar,Hyo Yeon mengambil segelas air untuk Kevin."Kevin,minum air sikit.Bagi badan awak tu bertenaga sikit." kata Hyo Yeon.Kevin tidak memberi sebarang reaksi.Hyo Yeon terus memujuk,"Kevin,minum la sikit." pujuk Hyo Yeon.Kevin masih tidak memberi sebarang reaksi.Hyo Yeon meletakkan gelas air di meja sebelah katil itu.Hyo Yeon ingin tahu kenapa Kevin pengsan tadi.Lantas,Hyo Yeon berkata,"Kevin,kenapa awak pengsan tadi? Awak sakit ke?" tanya Hyo Yeon.Kevin menggeleng dengan lemah."Kalau tidak,kenapa awak pengsan tadi?" tanya Hyo Yeon lagi.Bahu Kevin semakin terhinjut-hinjut.Sedu tangisan Kevin jelas didengari.Hyo Yeon berasa serba salah."Kevin,kenapa awak menangis ni? Ada sesuatu yang buat awak sedih ke?" Soalan Hyo Yeon tadi membuatkan tangisan Kevin bertambah lebat.Dalam tangisan Kevin,kedengaran Kevin bercakap,"O...omma..ma..omma.." Hyo Yeon berasa pelik.Hyo Yeon memeluk Kevin.Hyo Yeon mengusap rambut Kevin."Sudahlah tu,Kevin.Jangan menangis." kata Hyo Yeon.Kemudian,Kevin menolak pelukan Hyo Yeon.Air mata Kevin masih mengali di pipinya.Hyo Yeon memegang pipi Kevin.Terasa sangat hangat.Entah kenapa Hyo Yeon merapatkan mukanya dengan Kevin.Seseolah tidak dapat dikawal pergerakannya.Hyo Yeon terus merapatkan bibirnya dengan bibir Kevin.Kevin seperti tidak merasa apa-apa ketika Hyo Yeon menciumnya.Kevin hanya membiarkan Hyo Yeon menciumnya.

      Sewaktu pulang dari sekolah,muka Kevin masih pucat.Eli dan Ki Seop terpaksa menemani Kevin berjalan pulang ke rumah.Hyo Yeon tidak dapat menemani Kevin pulang kerana atas sebab peribadi.AJ pula kerana terpaksa menghadiri majlis keluarganya.Victoria pula langsung tidak kelihatan selepas waktu rehat selepas Kevin pengsan.Eli memaut bahu Kevin,"Kevin,kau okey ke ni?" tanya Eli."Ha'ah la.Kau macam mana sekarang? Okey?" tanya Ki Seop pula.Kevin menjawab,"Saya okey la.Cuma pening sikit." kata Kevin.Suaranya kedengaran lemah.Ki Seop mengalih topik."Apa kau buat dengan Hyo Yeon kat bilik kesihatan tadi?" tanya Ki Seop.Kevin memandang muka Ki Seop,"Apa awak merepek ni? Tiada apa la." kata Kevin."Betul ke? Sebab muka Hyo Yeon merah padam tadi masa dia masuk ke kelas dengan kau tadi." kata Eli dengan muka mengejek."Betul.Tiada apa-apa." kata Kevin.Sungguh Kevin tidak ingat apa-apa.Setibanya Eli dan Ki Seop di depan rumah Kevin.Mereka terpegun."Wow!" kata Eli dan Ki Seop serentak.

No comments:

Post a Comment