Funny

Funny

Thursday, 1 August 2013

Starz (Bahagian III)

     Keesokkan harinya,aku memulakan rancangan jahatku.Sebelum kumpulan 5-Idols masuk,aku dan ahli kumpulanku curi-curi masuk ke bilik persediaan mereka.Aku mengambil gunting dan memotong semua pakaian mereka.Kawanku yang lain terus mencarik-carik baju itu sampai terkoyak rabak.Kami semua tersenyum sinis.Apabila 5-Idols mahu membuat persembahan,mereka tiada baju untuk dipakai masa persembahan nanti dan mereka akan batalkannya.Selama sebulan,5-Idols tidak membuat persembahan kerana pakaian.Kami semua sangat gembira tetapi tidak terlalu gembira.Aku memanggil Zin,"Hyung,mari sini sekejap." aku panggil seorang tapi semua datang."Apa dia?" tanya Zin."Kau licik,kan? Kau pergi curi semua telefon 5-Idols,boleh?" kataku kepada Zin."Ketua,awak gila ke? Bukan senang mahu curi telefon mereka..." kata Hyun Jun."Betul,hyung.Bukan senang mahu curi telefon orang." kata Tao pula.Aku tahu mereka tidak percayakan aku tetapi Zin sangat licik."Boleh buat?Zin.?" Zin menganggukkan kepalanya.

     Beberapa jam kemudian,Zin kembali dengan beberapa buah telefon yang pasti milik kesemua ahli 5-Idols."Ketua! Saya sudah dapatkan kesemua telefon mereka!" kata Zin kepada ku sambil menyerahkan kesemua telefon itu kepada ku."Kau mahu buat apa dengan semua telefon ini?" tanya Sol kepada ku.Aku dengan sengaja mencampakkan telefon itu satu demi satu."Hyung?!!" Kesemua ahli kumpulanku terkejut melihat ku mencampak telefon pintar itu sampai pecah.Aku memandang ke arah mereka."Aku mahu hapuskan telefon mereka supaya mereka tidak dapat berhubungan sesama satu sama lain." kataku sinis.Sol menjawab,"Kau ini kejam juga." Sol memijak serpihan telefon yang sudah pecah itu.

     Sudah lama aku tidak dengar mengenai 5-Idols,mungkin mereka sudah berpecah agaknya.Aku berjalan-jalan di kawasan bandar.Aku ternampak Soo Heok memasuki sebuah kedai.Aku mengekorinya tetapi aku hilang jejaknya.Tiba-tiba,aku terdengar bunyi.Jadi,aku pergi ke arah bunyi bising itu.Aku nampak Soo Heok sedang berbincang dengan ahli kumpulannya.Soo Heok berkata,"Minggu depan,kita akan buat konsert besar di Stadium Seoul.Aku tidak mahu dengar lagi mengenai baju terkoyak,itu,ini dan sebagainya.Aku tidak mahu konsert ini akan menjadi huru-hara nanti.Faham,semua?" kata Soo Heok kepada ahli kumpulannya.Aku rasa sangat marah.Macam mana kumpulan yang baru debut mahu membuat konsert besar? Ini tidak boleh jadi.Aku mahu mensabotaj konsert pertama mereka.Aku mahu 5-Idols malu besar di konsert pertama mereka.

No comments:

Post a Comment