Kevin berjalan menuju ke taman hospital.Kevin memeluk tubuhnya.Kevin berjalan dan terus berjalan.Kevin mula mengimbas kembali masa lampaunya.Waktu itu,Kevin masih kecil.Kevin bermain-main di ruang tamu.Ibunya datang ke arah Kevin."Kevin,sayang.Sayang tengah main apa?" tanya ibunya lembut."Kevin main dengan robot!" kata Kevin dengan girang.Ibunya mengusap rambut Kevin."Sayang main kat sini ya? Ibu mahu buat kek untuk Kevin,anak omma yang manja ni." kata ibunya terus berjalan ke dapur.Kevin melihat ibunya berjalan menuju ke dapur.Kevin tidak pernah menyangka bahawa itu kali terakhir dia bercakap dengan ibunya.Semasa Kevin sedang leka bermain,dengan tiba-tiba,Kevin terdengar bunyi tembakan dari arah dapur."Argghhh!!" Kedengaran suara ibunya menjerit.Kevin berlari ke sudut dinding yang berhampiran dengan dapur.Kevin mengintai dari situ.Kevin nampak seorang lelaki melemparkan sepucuk pistol kepada emaknya."Kenapa,Reumi? Kenapa kau tak nak kahwin dengan aku?!!" tempik lelaki itu.Ibu Kevin cuba mengagahkan dirinya untuk bangun.Darah dari bahunya terus mengalir keluar."Tidak,aku tak sukakan kau! Kau jahat!" kata ibu Kevin."Ohh,kau kata aku jahat? Kau pun sama!!" tempik lelaki itu.Lelaki itu terus mencapai sebilah pisau.Ibu Kevin mengundurkan diri ke belakang sampai tersandar pada dinding."K..kau nak buat apa?" kata ibu Kevin menggeletar."Aku akan tamatkan riwayat kau!!" kata lelaki terus menikam ibu Kevin.
"Arrggghhh" Ibu Kevin menjerit kesakitan.Lelaki itu seseolah tidak mempedulikan jeritan ibu Kevin.Lelaki itu terus menikam bertubi-tubi.*Cak!*Cak!*Cak!* Darah terus memancut dan terkena muka Kevin.Kevin tidak dapat mengawal kesedihannya terus menjerit dan meluru ke ibunya."Ommmaaaa!!" jerit Kevin.Kevin terpandang pada rantai yang dipakai oleh lelaki itu.Lambang kepala harimau.Lelaki itu terus melarikan diri sebaik sahaja ternampak Kevin.Kevin memeluk tubuh ibunya yang dibasahi dengan darah."Omma,omma...bangun..." Kevin mengoncang tubuh ibunya.Ibunya mengusap muka Kevin."Ma..maaf..kan...om..ma..sa..sa..yang..." Dengan ayat itu,ibu Kevin menghembuskan nafas terakhirnya.Kevin terus menangis teresak-esak."Omm..ma...omma...jangan tinggalkan Kevin...omma...omma...omma..." kata Kevin dalam tangisannya.Muka Kevin dipenuhi dengan darah ibunya.Ibunya meninggalkannya di depan matanya.
Air mata terus mengalir menitis ke pipinya.Kevin terduduk di kawasan taman itu.Perasaan sedihnya tidak mampu dibendung lagi.Kevin terus menangis tanpa menghiraukan pandangan orang lain.Ibunya mati di depan mata sendiri.Kevin tidak mampu menyelamatkan ibunya."Maafkan Kevin,omma...Maafkan Kevin..." kata Kevin dengan perasaan sayu.Hujan terus turun membasahi permukaan bumi.Kevin masih lagi duduk di situ.Eli yang ternampak Kevin dalam hujan terus berlari mendapatkannya.Eli membuka jaketnya dan meletakkannya di atas kepala Kevin."Kevin,kau okey tak? Kitorang risau sangat sebab kau keluar dari wad tadi." AJ,Hyo Yeon dan mak cik Kevin datang bersama payung.Kevin memandang sekeliling dan memandang ke arah Eli."Bawa saya masuk ke dalam." kata Kevin,perlahan.Eli tanpa membantah terus mengangkat Kevin.Kevin terus tertidur di belakang Eli.AJ merapati mak cik Kevin."Mak cik,apa yang berlaku sebenarnya?" tanya AJ.Mak cik Kevin mendiamkan diri."Mak cik..." tanya AJ lagi."Kamu tanyalah Kevin nanti bila fikirannya sudah stabil nanti." kata mak cik Kevin dan terus mengikut Eli dari belakang.AJ memandang ke arah Hyo Yeon.Hyo Yeon terbatuk-batuk kecil.AJ hanya mengagak."Mungkin batuk biasa je,tak seteruk mana." getus AJ dalam hati.Hyo Yeon memandang ke arah sapu tangannya waktu dia menekup mulutnya tadi."Darah..lagi?" kata Hyo Yeon dalam hati.
No comments:
Post a Comment