Funny

Funny

Wednesday, 14 August 2013

Kita Berjumpa Lagi (Bahagian V)

     "Wow!" kata Eli dan Ki Seop serentak.Kevin tersenyum melihat muka mereka berdua lalu Kevin menekan loceng rumahnya.Dengan tiba-tiba,pintu pagar besar terbuka dengan perlahan-lahan.Ki Seop seperti terkejut beruk melihat pintu pagar terbuka sendiri.Kevin menarik Ki Seop dan Eli,"Mari masuk." kata Kevin.Ki Seop dan Eli bagai lembu dicucuk hidung hanya menurut sahaja."Woah,besar sungguh rumah Kevin.Macam sebesar villa!" getus Eli dalam hati sambil memerhati kawasan sekeliling.Sangat cantik.Landskapnya sungguh cantik dan menarik perhatian sesiapa yang memandangnya.Kevin mematikan langkah di depan pintu rumahnya.Lantas pintu terbuka dan kelihatan seorang perempuan yang berumur 50-an berdiri di situ."Oh,Kevin dah balik,sayang." kata perempuan itu dan memeluk Kevin.kevin membalas pelukannya."Nae,mak cik.Mak cik,saya ada bawa kawan-kawan saya ke sini." kata Kevin dengan sopan.Perempuan itu mengalihkan pandangannya kepada Eli dan Ki Seop."Oh,kawan kamu datang sekali.Jemput kawan kamu masuk,mak cik nak hidangan makanan kepada kawan kamu." kata perempuan itu."Jemput masuk." Kevin mempelawa Eli dan Ki Seop masuk.

     "Woah,cantiknya!" kata Ki Seop dengan kuat.Eli memukul bahu Ki Seop."Woi,perlahan sikit suara tu! Tak elok cakap kuat-kuat." kata Eli dengan tegas.Ki Seop menekup mulutnya,"Okey,okey,saya minta maaf." kata Ki Seop menahan ketawa melihat muka Eli berkerut.Kevin tergelak melihat telatah mereka."Hahaha,Ki Seop,Eli,mari duduk sini." kata Kevin menunjukkan tempat duduk dan terus menuju ke dapur.Ki Seop dan Eli mengambil tempat duduk di atas sofa.Sekali duduk,terus tenggelam punggung Ki Seop dan Eli.Eli pula yang kecoh,"Mak aih! Tenggelam punggung aku duduk atas sofa ni!" kata Eli dengan kuat.Ki Seop ketawa tengok Eli dengan kelam-kabut terus bangun dari sofa itu.Kevin yang datang dari dapur terus ketawa tengok muka Eli."Sesetengah orang akan terkejut apabila mereka duduk atas sofa tu.Jemput makan,semua." kata Kevin dan meletakkan sepinggan oren yang dipotong cantik.Ki Seop berkata,"Eh,tak payah susah-susah.Kevin,betul ke ini rumah kau?" tanya Ki Seop kepada Kevin.Kevin memandang Ki Seop dan mengambil tempat duduk di sebelahnya."Ya,ini rumah saya.Dulu rumah ni milik..." ayat Kevin tergantung.Air matanya mula mengenang.Eli cuba mengalih topik."Wei,kevin.perempuan tadi tu,siapa dia? Mak cik kau ke?" tanya Eli dengan pantas.Kevin mengangguk."Ya,dia mak cik saya.Saya dah lama tinggal dengannya." jawab Kevin dengan sayu.Eli dan Ki Seop mendiamkan diri.

      Keesokkan harinya,Kevin berjalan keluar dari rumah menuju ke sekolah.Dari jauh,Kevin terdengar bunyi deruman motor.Dengan sekelip mata,motor itu terus lalu dengan laju meninggalkan kawasan itu."Lajunya dia bawa motor." kata Kevin.Kevin ternampak tatu di tangan kiri dan tengkuknya."Saya macam pernah nampak tatu itu tapi di mana?" getus Kevin dalam hati.Kevin terus berjalan menuju ke sekolah.Ramai orang menegur Kevin ketika Kevin berjalan menuju ke sekolah.Kevin hanya membalas dengan senyuman.Sampai sahaja di sekolah,Kevin menuju ke lokar kasutnya dan ternampak Soo Hyun mengunci lokarnya.Kevin terpandang pada tatu Soo Hyun di tangan kiri dan tengkuknya."Oh,dia yang bawa motor tadi." kata Kevin perlahan.Soo Hyun memandang ke arah Kevin."Kau nak apa?" soal Soo Hyun dengan tiba-tiba.Kevin terkejut dengan soalan itu tadi kelu.Soo Hyun memandang muka Kevin dengan matanya yang tajam."Jangan sesekali rapat dengan HyoYeon.Kalau kau rapat dengan dia,siap kau!" kata Soo Hyun kepada Kevin.

No comments:

Post a Comment